Sunday, April 26, 2015

Percuma Internet Sebulan Untuk Kempen P1 ToGo.

Hi Korang,

Sedikit info di hujung minggu yang awesome ni ek

Packet One Networks Sdn Bhd (P1) hari ini mengumumkan promosi terbaru Kempen P1 ToGo, yang menawarkan langganan percuma satu (1) bulan bagi mereka yang melanggan di atas talian. Kempen P1 ToGo ini diadakan bertujuan untuk membolehkan para pelanggan terutamanya warga belia yang berusia dari 20 – 34 tahun, untuk terus berhubung dengan mudah dan tanpa risau tentang penggunaan data yang terhad. Segmen pelanggan ini mewakili 36% para pengguna tegar Internet, yang secara majoriti terdiri daripada warga kota. 

Terkini, didapati trend untuk menyambungkan pelbagai peranti ke Internet secara serentak semakin meningkat di kalangan pengguna, terutamanya golongan warga belia. 


Di samping itu, pembelian kandungan definisi tinggi (HD) dan penggunaan peranti skrin besar secara meluas telah dikenal pasti sebagai punca utama kehabisan had data pengguna sebelum tempoh bil berakhir. Menyedari trend tersebut, Kempen P1 ToGo telah menawarkan lebih nilai kepada pengguna dengan memberikan data tanpa had dengan kelajuan sehingga 1Mbps, pada harga RM115.53 sebulan. 

“Kami sangat teruja melihat trend aktiviti digital yang semakin meningkat di kalangan pengguna dari semua peringkat umur, terutamanya generasi milenium," kata Lai Shu Wei, Ketua Pegawai Pemasaran P1. “Dengan penglibatan tinggi di kalangan pengguna di rangkaian sosial serta atas talian, keperluan untuk berhubung pada setiap masa, di mana sahaja, melalui pelbagai peranti, adalah tinggi. Di P1, kami bersedia untuk memenuhi keperluan ini untuk membolehkan pelanggan menggunakan Internet secara maksimum.” 

“Ramai golongan belia berhijrah ke kawasan bandar untuk peluang kerjaya yang lebih baik. Majoriti daripada mereka memiliki pelbagai peranti dan bergantung sepenuhnya kepada Internet untuk mencari pekerjaan serta berhubung dengan keluarga," tambah Shu Wei. “Modem MX230 yang ditawarkan dalam pakej P1ToGo ini dapat membantu memenuhi keperluan tersebut dengan keupayaan menyambungkan pelbagai peranti ke Internet secara serentak, sama ada ketika berada di dalam atau di luar bangunan, pada bila-bila masa. Dengan modem MiFi ini, pengguna dapat menyambung dan berkongsi pelbagai peranti mudah alih seperti komputer riba, telefon pintar, serta tablet, ke Internet; di mana-mana sahaja mereka berada,” kata Shu Wei. “Dan berita baik ialah, pengguna yang melanggan di sepanjang tempoh kempen ini akan diberikan langganan secara percuma untuk bulan pertama sekiranya mereka membuat langganan pakej di atas talian!” 

Tempoh kempen bermula dari 6 April sehingga 13 Mei 2015. Maklumat lebih lanjut mengenai kempen ini boleh didapati di http://www.p1.com.my/mifi/

Saturday, April 25, 2015

REVIEW | Pure Beauty Youth Restore Lift & Nourish Range

Hi Korang,


Nampak aku umur berape ek? 40? Aku puk korang kang tau..

Belum lagi, still sweet 27 lagi hahahahaha perasan tak henggat tau Cik Lily kite ni.


Untuk senantiasa nak nampak muda, of courselah aku kena cari produk kecantikan anti-aging yang sesuai dengan muka mak yang lebar dulang ni. Bagi aku yang penting sekarang ni dalam skincare regime aku mesti ada essence dengan night cream. Eh penting dua-dua tuh, untuk merepair kulit muka kita kan.


Ok ni aku citer pasal produk Pure Beauty yang aku dah guna dengan seminggu dah ni. 

PURE BEAUTY 

Youth Restore Lift & Nourish Firming Essence
Weight : 30ml
Price : RM69.90
Availability : Watsons Nationwide

Hah inilah dia firming essence yang aku guna sekarang ni. Kat bawah ni di antara kandungan bahan-bahan di dalam essence tuh.


Liftonin, Red Ginseng Peptide & Noni Fruit Extract (Anti-ageing complex)
~ Boost skin's elasticity and reduce wrinkles
~ Enhance skin's firmness and moisture
~ Rich in anti-oxidant that fight against damaging effects of free radicals\

Sea Grapes (Green Caviar) & Blue Lotus Extract
~ Locks in hydration
~ Secure skin's moisture and prevents early signs of ageing

Thymus Vulgaris (Thyme), Buddleja Davidii & Edelweiss (Certified Organic Extract)
~ Enhances soothing effects

Bulgarian Rose Water 
~ Nourishes, hydrates and soothes to give radiant and supple skin

Bagus kan!


Apa yang best dengan firming essence dan skincare range ni, ianya free from paraben, lanolin and alcohol. Lagi pulak, produk ni dah diuji secara dermatologically dan mengandungi bahan-bahan organic yang di sahkan. Baguslah untuk mereka-mereka yang mempunyai kulit sensitif, boleh guna jugak.

Kemudian, kita beralih pula pada krim malam.


PURE BEAUTY 

Youth Restore Lift & Nourish Repair Night Cream
Weight : 50ml
Price : RM55.90
Availability : Watsons Nationwide

Comel kan packagingnya. Aku suka menda-menda yang unik nie. Siap ada cover lagi kat sebelah dalam. So tak de lah nak tumpah-tumpah terkeluar kalau bawak sana-sini kan. Ni kalau nampak #DakUban of courselah dia buat main bola nanti.


Ada bau-bau ginseng extract untuk krim malam ni, alah tak per yang penting dapat menjaga dan memulihara kulit muka kita masa kita tidur kan. Cepat meresap masuk kedalam kulit. I like it!.

tengok #DakUban buat main bola kan

So itu je nak citer mengenai beauty produk yang aku duk guna sekarang ni, hopefully boleh jadi panduan buat korang dalam mencari krim yang sesuai untuk kulit muka kita kan. Harga pun not bad, berpatutan sesuai dengan budget krim-krim muka yang lain.


Kalau korang berminat nak cuba produk dari Pure Beauty ni, korang boleh dapatkan daripada www.watsons.com.my dan korang boleh check it out jugak di https://www.facebook.com/purebeautymalaysia tau.

Selamat mencuba ye…




Cik Lily Terfikir : memintak diorang ni ingat aku muda ek! hauhauahuahauhauhaua




Friday, April 24, 2015

Sakura Candy

Hi Korang,

Ada berita baik untuk wanita di luar sana tu ye..

Bayangkan korang kemam gula gula yang sedap tu.larut dalam mulut.Tiba tiba selepas seminggu kulit jadi cerah,awet muda,lebih gebu. Untuk ibu lepas bersalin pulak susu melimpah ruah.

Tak ke seronok rasa nak lompat???


Haa!!itulah mukadimah Beucure sakura candy. Banyak lagi manfaat/kelebihan/fungsi sakura candy ni tau.

Kan dah cakap banyak gilos fungsi dan kelebihan serta manfaat sakura candy ni.Dari kulit lembap sampai la akar rambut jadi kuat.


Dengan setiap Kotak Beucure Sakura Candy, mampu memberikan 

✔ Cerah Merah Jambu muka & seluruh badan 
✔ Tegang serta gebukan kulit wajah 
✔Anti penuaan
✔ Mencegah serta menghilangkan jerawat 
✔ Membaiki strukur kulit ( hilang parut ) 
✔ Menambah tenaga ( mudah bangun pagi ) 
✔ Melambatkan proses penuaan dan proses monopaus
Haaa!!ni lagi banyak khasiat sakura candy dari segi kesihatan,kecantikan dan nak cantik molek body.Demi cantik seluruh badan,cubalah sakura candy...tak rugi you ollss!!!


Kandungan Beucure Sakura Candy ni:

Bahan-bahan ni memang kualiti terbaik dan terbukti untuk jadikan kulit Cerah Merah Jambu tau! Bahan-bahan ni agak mahal dipasaran tapi sangat menjadi dan kesan terbaik!! :)

Sakura Extract
Acai Berry
Snow Lotus
Pamogrenate
Collagen
Vitamin C
Maltodextrin
Sucralose


Cara Makan Sakura Candy ni senang aje,
1) Koyak sachet
2) Kemam terus di bawah lidah

Bila waktu terbaik makan???
jawapannya: satu sachet bangun pagi perut kosong dan malam sebelum tidur.nak lagi cepat kesan makan 2 malam,2 pagi.

Halal dan lulus KKM ke?

Jangan risau, Beucure Sakura Candy halal dimakan kerana diperbuat oleh kilang bumiputra Muslim dan kilang tu berstatus GMP Halal. KKM pun dah dapat nombor rujukan dari mereka. Jadi kemam Sakura Candy tanpa was-was ye! 

Proses:
1. Jika badan mempunyai masalah, ia akan merawat dalam badan terlebih dahulu.
2. Sel kulit mati akan dirawat dan diganti.
3. Kandungan kolagen dalam badan dan kulit bertambah.
4. Menjadikan kulit cerah kemerahan dan gebu secara sekata.


Soalan Lazim biasa ditanya :

1) Berapa Harga Beucure Sakura Candy?
-Harga sangat berpatutan sesuai dengan Kualiti dan kesan cerah merah jambu. Harga RM150 (sm), RM160 (ss). Free postage. 

2) Kandungan kat dalam berapa?
-Ada 30 sachet khas untuk 30hari guna. Satu sachet ada 2gram Sakura Flakes. Rasanya adalah rasa sakura iaitu seperti makan gula-gula masam manis. Sedap!

3) Bila masa terbaik untuk ambil Sakura Candy ni?
sejam sebelum sarapan, malam – sebelum tidur (dengan andaian anda makan malam selewatnya 3 jam sebelum tidur agar zat aktif produk dapat diserap sistem pencernaan tanpa gangguan dari makanan2 yang belum dihadam). Utk kesan optimum, ambil semasa perut kosong. 

Minum air masak at least 2 liter sehari untuk melancarkan pembuangan toksin dan membolehkan nutrien diserap secara optimum oleh sistem dalaman badan.

4) Boleh ke diambil ketika haid/period?
Boleh diambil ketika haid, ia membantu mengurangi senggugut, melaraskan kitaran hormon (bagi mereka yang hanya sesekali datang haid dalam beberapa bulan) juga melambatkan monopouse. 

5) Wanita mengandung boleh makan Sakura Candy?
Boleh ambil tapi tidak digalakkan. Lebih elok diambil selepas anda bersalin / dalam pantang.

6) Wanita berpantang selepas bersalin boleh ambil?
Boleh tetapi disarakankan diambil selepas 60 hari bersalin iaitu semasa badan sudah berada dalam keadaan yg stabil. Pengambilan dalam kadar minima sahaja sudah mencukupi, iaitu 1 pagi dan 1 malam. Ia membantu mempercepatkan proses pemulihan luka selepas bersalin, mengeluarkan sisa darah nifas, memperbaiki rahim pada kedudukan asal dan mengetatkan semula vagina selain menambahkan susu ibu dan memberi tenaga.

7) Lelaki boleh amalkan Sakura Candy?
BOLEH! Ia membantu mengimbangi hormon kelelakian anda selain menjauhi kanser prostat, di mana dengan pengambilan Sakura Candy ia mampu merencatkan kanser tersebut selain menguatkan sistem perkumuhan (buah pinggang) anda. 

8) Boleh ke ambil Sakura Candy bersama ubat lain? Contoh saya ambil ubat hospital dan juga supplement dari produk yang lain.
Ya boleh ! Tapi dinasihatkan untuk jarakkan waktu pengambilan sekurang2nya 1 jam sebelum mengambil produk lain.

9) Berapa lama baru boleh nampak kesan lepas ambil Sakura Candy?
Semua orang nak kesan yang cepat dan pantas kan. Secara umum nya kesan bergantung pada badan masing-masing dan berbeza bagi setiap individu. Kesan boleh dilihat seawal 7 hari - 3 bulan paling lewat penggunaan. Seeloknya guna Sakura Candy ini selama 3 bulan berturut-turut untuk kesan yang optimum.

10) Adakah ianya akan menyebabkan buncit?
Untuk makluman, produk ini mempunyai ramuan untuk mengempiskan perut. Oleh itu, ia secara tidak langsung juga membantu menyelesaikan masalah buncit yang dihidapi.

11) Bagaimana pula kekerapan membuang air kecil dan besar? Adakah ia normal?
Ya, ia adalah normal kerana ia adalah sebahagian daripada proses pembuangan toksin-toksin/lendir-lendir di dalam badan.

12) Siapa yang sesuai untuk guna produk ini?
Lelaki dan wanita boleh guna produk ini. Untuk remaja seeloknya umur 15 tahun ke atas dah boleh guna Sakura Candy.

Ni aku letakkan sekali beberapa testimonial pengguna yang sudah pun menggunakan Sakura Candy ni






Itulah dia.. ramai kan...


Nak info lanjut mengenai Sakura Candy ni korang boleh hubungi

SMS/WHATSAPP SHJ
017 900 3962/011 2941 0140