Showing posts with label susu sedap. Show all posts
Showing posts with label susu sedap. Show all posts

Monday, May 31, 2010

Hari Susu Sedunia Di Pavilion-Penat Betul lah!

Morning Korang,

Terlambat update plak pasal hari susu nie. Semalam merupakan Hari Susu Sedunia. Eventho tarikhnye jatuh 1hb June 2010 tapi sambutan dibuat pasal hari semalam.

So dengan penat tak abis dari Digi Break Event Party, ktorg gagahkan diri bangun awal lagi untuk event nie. So sampai Pavilion dalam kul 9.40am camtu, nasib baik parking kete kat Grand Millennium tu, so dekatlah sket.

Lautan Manusia

Dapat no.

Sampai2 je, aku tengok ribuan manusia dah membanjiri dataran depan water fountain nie. Pelbagai rupa dan bangsa ade. Dari yang secomel2 baby sampai ke veteran2 atuk nenek pun ada, semata2 nak memeriahkan acara yam-cha susu beramai2 nie. Aku pun sibuklah cari registration counter dia, memang banyak tapi counter bergerak. Selepas register, kami diberikan nombor untuk ditampal dan juga goodies bag. Wow, sukanya.

Majlis pelancaran start dalam kul 11am. Bayangkan ktorg beratur selama 1 jam. Tapi tak per seronok, perhatikan ragam manusia yang ada kat situ sambil dihiburkan MCnya oleh Sharizat. Ala korang mesti kenal lah, artis okeh!.La sebab apa kene beratur ek? Rupanya ada live telecast from TV3 ermm patut pun.

Apa lagi bila MC start kira je, terus cucuk straw kat kotak susu then yam-cha reramai. Seronok oo minum reramai nie kan. Ktorg di bekalkan lagi dengan sekotak susu low fat untuk yam-cha nie, so tambah lagi susu dalam perut aku nie. Memang cuci abislah perut nie. Lepas abis acara, ktorg diberikan sijil MBR untuk event nie. La tambah lagi koleksi sijil aku ek, takper2 leh tunjuk time interview keje nanti kan.

So ktorg pun startlah bergerak ke booth yang disediakan. Sambil tengok2 sambil bercamwhore ok. Di antara yang aku jumpe adalah :

Amber Chia

Shasha Basher

Hah, Kak Red pun ada okeh! So sempatlah gossip2 sket kan.

Wah, terasa cam artis plak. Semalam pun glamour pun tak abis lagi. Tambah plak ari nie.

Goodies Bag - I like!

Apa-apa pun event susu nie memang best. Walaupun penat tapi seronok k!

TQVM Dutch Lady, aku membesar bagai johan dengan kamu!

p/s: alamak, entry untuk Digi Break Event Party lom buat lagi! So tungguuuu...