Showing posts with label promosi buffet Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label promosi buffet Ramadhan. Show all posts

Tuesday, June 6, 2017

Buka Puasa Di OAKWOOD Hotel, Kuala Lumpur

Hi Korang,


Ingatkan bulan puasa dapatlah buka puasa kat rumah dengan Mr Big kan, ermm rupanya tidak ye. Ada je jemputan buka puasa sana sini, kira murah rezeki kitaorang berdua bagi Ramadan ni. 


So Khamis lepas kitaorang berbuka puasa di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur. Alah dekat jalan Ampang je, aku tumpeng je Mr Big naik motor pi, sebab malas nak tempuh jem.

Tak de apa occasion pun just jemputan makan-makan sebab sebelum ni aku tak dapat hadir ke preview buffet Ramadan kan, sambil tuh juga ada jemputan anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Al-Firdausi sekali. 




Pihak hotel juga memperkenalkan chef baru ‘Chef de Cuisine ‘ – Addy Dzulfadzly Abdullah yang terkenal dengan signature dishnya iaitu Ayam Percik. Sempat aku rasa sket harus sedap jugak. 

Meh aku tunjuk a few gambar ek









Hah mesti korang rasa lapar kan? Eh tak baik ek puasa tuh tau.

Ni yang sempat di rasa






Sebelum balik tuh, anak-anak yatim ni di berikan duit raya oleh pihak hotel. Wah beruntung diaorang ni ek, yelah masa inilah mereka ini diraikan.


Seronok ek jadi budak-budak hehehe


Siap ada musician sekali tau menghiburkan masa kita makan, best tuh sambil makan-makan sambil nyanyi-nyanyi

Untuk buffet ramadan ‘Dining Under The Stars’ 2017 ni, ianya bermula dari 29hb Mei 2017 hingga 24 Jun 2017 dari 6.30petang hingga 10.00 malam.

Harga buffet Ramadhan 2017 di Oakwood Hotel adalah

RM77++ untuk dewasa 

RM39++ untuk kanak-kanak 

Jom kite ke:

OAKWOOD HOTEL and RESIDENCE KUALA LUMPUR
222, Jalan Ampang, 
50450 Kuala Lumpur


Tel : +603.2720.3888 
Fax: +603.2720.3999

Sekali sekala makan di hotel apa salahnya kan hehehehe....



Monday, May 29, 2017

Buffet Ramadan 2017 | Warna-Warna Ramadhan di Putrajaya Marriot Hotel.

Hi Korang, 

Temui Ramadan di Zest Lifestyle Restaurant dari 29 Mei hingga 24 Jun2017 bagi menikmati kenakan masakan tradisional yang terkenal di era 1980an di Kampung Baharu dan Jalan Chow Kit. 


Selaras dengan tema "Warna-Warna Ramadhan" pihak hotel menyediakan hidangan mewah tradisional dan hidangan bufet khusus dengan konsep gerai serta Stesen-stesen memasak secara langsung yang interaktif. Terdapat jugak gerai untuk buah-buahan untuk di nikmati secara buffet. 

Di antara hidangan yang menjadi ‘signature dish’ di sini adalah:- 

Penyeri Ramadhan 
Bubur Lambuk Kampung Baru with Condiments 

7Kawah 


Featuring Kari Kepala Ikan, Daging Gulai Kawah, Kambing Kandar, Asam Pedas 
Tenggiri and Kari Sotong Mamak 

Muara Ikan Bakar



Grilled Pari Fish, Squids, Prawns and Crabs 

Roasted and Carvery



Live action stalls serving Kambing Panggang dan  Ayam Golek with a variety of western and local sauce 

Selera Pasar Malam Jalan Raja Alang





Aneka Satay Kajang, Roti Canai, Murtabak and Roti Boom 

Dusun Buah 
Fruit fiesta for the fruit lovers by the hotel garden. A variety of local fruits namely Durian, Rambutan , Manggis, Limau Madu and Salak are available throughout the Ramadhan month. 


Terdapat juga persembahan kumpulan ghazal untuk menghiburkan para tetamu dan sura yang luas di sediakan untuk kegunaan para tetamu 

Harga buffet Ramadhan 2017 di Marriot Buffet Ramadhan adalah 

RM135 nett untuk dewasa 

RM90 nett untuk kanak-kanak (7-12 tahun) dan warga emas 

Hubungi Ramadan hotline du 03-8949 8888/1013/1029 untuk tempahan 

Jom kita ke:

Zest Restaurant
Marriot Putrajaya Hotel
IOI Resort City
Putrajaya

Phone: +60 3 89498888

Fax:+60 3 89498999


So boleh lah plan dari sekarang ek hehehee 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2017, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2017 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau. 


Friday, April 28, 2017

Buffet Ramadhan 2017 | V E Hotel & Residence, Bangsar South

Hi Korang,


Bermula pada 29 Mei sehingga 23 Jun 2017, V E Hotel & Residence (V E Bangsar South) mengalu-alukan kehadiran bulan mulia ini dengan berbagai-bagai jenis hidangan enak dari negara Arab serta tempatan bagi mengetengahkan citarasa unik Malaysia di restoran mereka, The Straits Estate.


Di The Straits Estate, anda bakal dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan yang meliurkan, hasil pertembungan budaya kedua-dua rantau berkenaan. Sajian menu istimewa ini disediakan oleh pasukan chef yang diketuai Eksekutif Chef Sous Unaver Unabia. Chef Unaver yang berasal dari Sabah akan mempamerkan kepakarannya dalam menyediakan masakan Arab serta kecintaan beliau terhadap masakan tradisional Malaysia dalam aneka sajian bertemakan ‘Straits & Arabian Bazaar’ (Bazar Negeri Selat & Arab) tahun ini. 

“Citarasa rakyat Malaysia dalam menikmati pelbagai jenis makanan sudah tidak asing lagi, oleh sebab itu kami ingin mencari dan menyediakan sesuatu kelainan daripada selera tempatan bagi meningkatkan lagi mutu pengalaman kulinari di restoran kami.” kata Chef Unaver. “Memandangkan berbuka puasa bukanlah sesuatu perkara yang asing bagi komuniti di seluruh dunia, kami telah berusaha untuk menggabungkan elemen makanan rantau Arab tanpa mengetepikan citarasa unik Malaysia untuk santapan di bulan yang mulia ini.” 


Falsafah makanan Chef Unaver berjaya menghasilkan menu yang diatur khas untuk ‘Straits & Arabian Bazaar’ yang memberikan keseimbangan antara hidangan Arab yang popular dengan hidangan istimewa Malaysia yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Para tetamu boleh menikmati jamuan berbuka puasa bersama yang tersayang dengan hidangan pembuka selera seperti Hummus, Babaganoush, Moutabel, Salad Fattoush, Kerabu Pucuk Paku Dengan Udang Kering, Serunding Ayam dan Daging dan banyak lagi. 



Kemudian, rasailah hidangan utama Arab yang padat dengan aroma seperti Lamb Shank Tagine, Ouzi Kambing, Kebab dan Shish Taouk, Shawarma Ayam (makanan jalanan yang klasik), dan Sup Harira yang berkhasiat (sup tomato dan kekacang). Para pengunjung juga boleh menikmati masakan Melayu yang hebat seperti Kambing Golek dan Ayam Golek yang diperap dengan resipi tradisi Kelantan, Kari Kawah Kepala Ikan Ala Melaka dan Ayam Percik Terengganu yang dipanggang hingga sempurna. Tambahan lagi, anda juga boleh memuaskan selera makanan laut yang dibakar seperti Ikan Tenggiri Bakar, Ikan Pari, Ikan Tongkol, Ikan Cencaru dan banyak lagi. 

Bagi mengakhiri juadah ini, para tetamu juga boleh menikmati pemanis mulut seperti Pancuran Coklat dengan pelbagai kondimen, Tart Laici Rangup, Kek Mousse Strawberi atau hidangan manis tempatan seperti Bubur Serawa Nangka, Pengat Pisang, aneka kuih-muih Melayu dan berbagai- bagai jenis pemanis mulut yang lain. 

Pastikan korang tidak terlepas promosi Straits dan Arabian Bazaar seperti berikut:

1. Bermula pada 29 Mei sehingga 5 Jun, hanya RM98 untuk dewasa bawah promosi “Early Bird Savings”.

2. Bermula pada 6 Jun dan seterusnya, buat tempahan dan bayar sebelum 15 Mei 2017 bagi menikmati potongan harga sebanyak 20%:

a. Harga biasa RM128 bagi dewasa

b. Set Muhibbah Dome (hidangan untuk 10 orang sahaja) berharga RM1,288 atau RM1,588 semeja

Untuk membuat tempahan, sila hubungi +603 2246 2888 atau emel kepada dine@vehotel.com

Jom kita ke:-

V E Hotel and Residence
Bangsar South City, 
No 8 Jalan Kerinchi, 
Pantai Dalam,
Kuala Lumpur









So boleh lah plan dari sekarang ek hehehee


Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2017, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2017 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


Tuesday, April 4, 2017

Buffet Ramadhan 2017 | Hotel Dorsett Putrajaya di Precinct 3 Dengan Tema #Bismillah

Hi Korang,


Ya ampun banyak sungguh nak ditulis mengenai Buffet Ramadhan 2017 ni ek, yelah orang dah bagi kepercayaan so kita kena bagi yang terbaikkk


So last week aku ke Dorsett Putrajaya untuk merasai kenikmatan buffet Ramadhan yang pertama kali di adakan, maklumlah hotel ini baru je dibuka tahun lepas. Hehehe

#Bismillah tau

#bismillah untuk memberkati segala usaha mereka di hotel. Segala-galanya bermula dengan Bismillah. Ini adalah sebab pihak hotel memilih #bismillah sebagai tema untuk buffet Ramadhan tahun ini.








Bermula dari 29 Mei 2017 hingga 24 Jun 2017 Restoran Citra Rasa dan keseluruhan kawasan di tingkat 3 ini akan di hidangkan dengan lebih 500 jenis makanan yang bakal membuatkan para tetamu tidak berhenti makan dari menu pelbagai jenis tempatan mahupun antarabangsa.








Di ketuai oleh award winning chef iaitu Chef Shamsul Rizal Johari bersama pasukannya akan menghidangkan pelbagai jenis makanan untuk bulan Ramadhan ni di antaranya:

  • Buffet Durian
  • Barbequed Venison
  • A wide variety of delicious age old curry recipes from Aunty Mani
  • Shell out barbeque seafood
Buffet durian, makan sampai kenyang ye



hidangan shell out


Di tingkat yang sama juga, selain daripada hidangan buffet turut disediakan surau yang besar dan lengkap untuk kegunaan kesemua para tetamu.

Pencuci mulut yang awesome

Tidak lupa jugak para tetamu akan dihiburkan dengan kumpulan Sri Mawar yang di terajui oleh penyanyi Isma yang bakal mendendangkan lagu-lagu semasa berbuka puasa nanti.

sempat bergambar dengan Isma tau lepas dia perform malam tuh


A post shared by ciklilyputih (@ciklilyputih) on


Untuk buffet Ramadhan 2017 ni, ianya bermula dari 29hb Mei 2017 hingga 24 Jun 2017 dari 6.30petang hingga 10.00 malam.

Harga buffet Ramadhan 2017 di Dorsett Putrajaya adalah

RM120nett untuk dewasa 

RM60nett untuk kanak-kanak (7-12 tahun) dan warga emas


Eh ada Berita Baik !!


Dorsett Putrajaya sekarang ni sedang menawarkan promosi jualan vouchers untuk buffet ramadhan 2017 ini

RM60nett seorang pada pembelian sepanjang bulan April 2017

RM99nett seorang pada pembelian sepanjang bulan Mei 2017 (special offer of 5+1 where every 5 Ramadhan buffet vouchers bought receives 1 free voucher)

RM120nett seorang pada pembelian sepanjang bulan Ramadhan 2017 (special offer of 5+1 where every 5 Ramadhan buffet vouchers bought receives 1 free voucher)

Untuk tempahan, korang boleh hubungi +603 8892 8388 atau pun email je ke fnb.putrajaya@dorsetthotels.com

Jom kita ke:

Dorsett Putrajaya 
Lot 3 (Lot 3C5) 
Precinct 3, 
Wilayah Persekutuan, 
62000 Bandar Putrajaya, Putrajaya 



So boleh lah plan dari sekarang ek hehehee

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2017, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2017 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.