Showing posts with label program tebus barangan di Guardian. Show all posts
Showing posts with label program tebus barangan di Guardian. Show all posts

Wednesday, December 30, 2015

GUARDIAN Sumbang GARFIELD ON-THE-GO, Semarakkan Keceriaan Musim Perayaan Dan Kembali Ke Sekolah

Hi Korang,

Semalam sempat ke event CSR anjuran GUARDIAN di Sunway Piramid. Seronok gak coz dapat melayan anak-anak istimewa jemputan mereka.


Peneraju rantaian farmasi, kesihatan dan kecantikan Guardian Malaysia meraikan musim istimewa ini dengan 100 kanak-kanak kurang bernasib baik di sebuah majlis makan tengah hari eksklusif hari ini. Setiap kanak-kanak diceriakan dengan beg sandang eksklusif Garfield On-The-Go, beg troli dan pelbagai keperluan persekolahan.

Hadiah kembali ke sekolah itu telah disampaikan oleh Peter J. Dove, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, tuan rumah yang telah mengadakan majlis makan tengah hari istimewa untuk kanak-kanak tersebut dan penjaga mereka.

Dove berkata, "Kami amat berbesar hati kerana berpeluang untuk berkongsi dan memberi di musim perayaan ini. Dalam kemeriahan kita menyambutnya, ia juga budaya kita untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik, selaras dengan program Syarikat untuk menyumbang semula kepada masyarakat."

Beliau berharap beg yang direka khas yang menampilkan salah satu ikon yang paling disayangi itu akan menaikkan semangat mereka untuk kembali ke sekolah.




Kanak-kanak berumur 7 hingga 17 dari Grace Community Services, Rumah Good Samaritan dan Parents without Partners, telah diraikan dengan makan tengah hari yang lazat dan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan yang disediakan khas untuk mereka oleh Guardian Malaysia.

Barangan Garfield On-the-Go boleh didapati secara eksklusif di Guardian, yang telah melancarkan program penebusannya baru-baru ini.


Christina Low, Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia, berkata program itu telah mendapat sambutan luar biasa sejak ia bermula pada bulan November, dan Syarikat sentiasa mencari cara untuk memberi ganjaran kepada para pelanggan dan meningkatkan pengalaman membeli­ belah mereka di Guardian.

BUTIRAN YANG BERTERUSAN GARFIELD ON-THE-GO PROGRAM PENEBUSAN: 
Pengguna hanya perlumembuat pembelian RM20 untuk menerima satu setem. Apabila 20 setem telah dikumpulkan, mereka boleh menebus baragan Garfield pada harga diskaun. Pelanggan juga boleh mendapatkan setem tambahan denganmembeli barangan belian hebat (star buy).

Apabila 20 setem telah dikumpulkan, pengguna boleh:

Menebus sebuah Garfield overnighter pada harga RM29 (harga runcit RM79); 
Menebus sebuah beg sandang Garfield pada harga RM39 (harga runcit RM99); 
Menebus sebuah beg sekolah troli Garfield pada harga RM69(harga runcit RM199); 
Menebus sebuah bagasi beroda Garfield 18" pada harga RM129 (harga runcit RM399).

Penebusan barangan tersebut boleh dibuat sehingga 14 Mac 2016.

Di samping program penebusan Garfield On-The-Go, Guardian telah melancarkan promosi Kembali Ke Sekolah yangbermula hari ini sehingga 4 Januari 2016, bagi membolehkan para pelanggan dan peminat menebus dua barangan pada harga yang lebih menarik. Antara barangan itu adalah beg sandang pada harga RM31, bukan RM39 dan begsekolah troli pada harga RM59, bukan RM69.

Para pelanggan juga boleh membeli satu set dua organizer pelbagai guna pada harga RM19, dengan setiappembelian RM20.



Pelanggan turut berpeluang memenangi sebuah Vespa! Mereka hanya perlu membeli produk jenama Guardiansebanyak RM30 dan mengikuti akaun rasmi Guardian Malaysia LINE. Sembilan buah skuter Vespa, baucer Guardian,patung LINE dan pelbagai hadiah menarik lain untuk dimenangi jadi jangan lepaskan peluang ini!

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.guardian.com.my