Hi Korang, 
Lama rasanya tak ke event Planta, even last year pun diorang hantar raya gift je time-time raya ni. This time merasa jugak pi event Planta ek
Planta, jenama marjerin Malaysia yang dipercayai sejak turun temurun, hari ini meraikan penutup kempen 'Peraduan Setulus Hati' Hari Raya selama sebulan yang menyaksikan 12 peserta akhir terpilih bertemu dalam pertandingan masakan amal yang menyentuh hati. 
Dirancang untuk  mencetuskan rasa keriangan Hari Raya kepada kalangan golongan kurang bernasib baik, kempen tersebut mencabar dan mengajak masyarakat merebut peluang agar biskut ciptaan mereka diedarkan oleh pihak Planta untuk membahagiakan lebih 400 orang kanak-kanak di Selangor dan Kuala Lumpur, di samping menawarkan banyak hadiah menarik untuk para peserta sendiri. 
Bertujuan untuk berkongsi hasil air tangan ibu dengan golongan kurang bernasib baik supaya anak-anak yatim dapat menikmati kasih sayang seorang ibu menerusi kuih-muih serba lazat, pertandingan masakan selama 90 minit itu menyaksikan salah seorang peserta akhir muncul sebagai pemenang dan lebih 5,000 biskut yang menyelerakan berjaya dihasilkan untuk amal. 
Antara badan penerimanya ialah Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr Ismail, Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Suci Rohani, Rumah Anak Yatim AI-Munirah, Rumah Anak Yatim Limpahan Kasih, dan Rumah Anak Yatim Nur Hidayah. Lebih 400 kanak-kanak, pengendali rumah amal serta ibu tunggal menerima derma berupa lebih 5,000 keping biskut. 
Menurut Tim VanEs, Ketua Kategori Makanan Unilever Malaysia, "Kami mempercayai makanan memainkan peranan yang penting dalam mengeratkan ikatan keluarga, terutama semasa perayaan seperti Hari Raya. Malahan, ia juga masa untuk renungan kembali, kemurahan hati dan kerendahan budi, bahkan juga masa mempamerkan empati dan mengungkapkan kasih sayang tanpa syarat dengan cara menyediakan makanan serba lazat." 
"Berkongsi hasil air tangan ibu dengan anak-anak yatim menerusi 'Peraduan Setulus Hati' akan menyemaikan rasa kegembiraan tak terperi di hati mereka kerana melalui pertandingan ini, mereka memperoleh peluang nyata dan dapat merasai kasih sayang ibu daripada kuih-muih serba lazat buatan tangan semasa Hari Raya," kata VanEs lagi. 
Menghakimi pertandingan masakan  dan berkongsi kemeriahan suasana  ialah Tim VanEs,   Ketua   Kategori   Makanan   dari   Unilever   Malaysia  dan   Mohd Hadzrin,  Sous Chef Kanan (Kuisin  Asia) Unilever  Food Solutions Malaysia.
Kriteria  penghakiman adalah  berdasarkan 70% pada rasa  Planta  yang paling menonjol  dan 30% pada cara persembahan biskut.
Pemenang hadiah  utama  mendapat penghormatan dimana  resipi  biskutnya yang  menang   itu  dibuat  oleh  Planta  dan  kemudiannya dibahagi-bahagikan kepada  lima  rumah  amal.  Beliau  juga memenangi baucar  hadiah  Seng Heng bernilai RM1,500  serta produk-produk Planta.
Naib juara dan 10 pemenang hadiah sagu hati membawa pulang baucar hadiah Seng Heng di samping produk-produk Planta bernilai  RM10,000.
Sebagai penutup Encik VanEs berkata: "Sejak lama Planta sentiasa berkongsi jalinan ikatan  yang erat dengan  ibu-ibu dan anak-anak mereka, dan menerusi inisiatif  CSR  seperti   'Peraduan  Setulus  Hati',   pihak  kami   berharap  dapat sentiasa  menggalakkan ibu-ibu untuk berkongsi pengetahuan dan "air tangan" melalui resipi-resipi biskut buat generasi-generasi akan datang."
