Showing posts with label peraduan online. Show all posts
Showing posts with label peraduan online. Show all posts

Tuesday, April 24, 2018

Lam Soon's Raya Fiesta Berganda, Boleh Menangi RM110, 000 Duit Raya

Hi Korang, 

Kak lily nak kongsikan berita gembira untuk korang ni hah. Walaupun puasa pun belum lagi tapi kita kann rakyat marhaen ni haruslah dah mula prepare-prepare untuk raya betul tak?? Betul kann!! 

So sibuklah kumpul duit demi raya akan datang nanti nie k hehehhe 

Tapi kalau ada orang nak bagi duit raya awal sebelum raya ermmm why not kann!! Haruslah kak lily terima dengan hati terbuka hendaknya hauhauahauha. 


Menangi Peraduan RM110,000 Duit Raya with Lam Soon’s Raya Fiesta Berganda


Memandangkan yang bulan Ramadan semakin menjelang , banyak persiapan yang perlu kita buat samada persiapan dari segi penyucian rohani dan jasmani. Tak dilupa kan persiapan pembersihan rumah secara rapi. Bila rumah kita bersih secara langsung rohani dan jasmani kita pun jadi bersih sekali. Rasa tenang je kan. Baru lah boleh panggil rumahku syurgaku aka home sweet sweet home. Ewah home sweet home gituh ek suker akak lah.. 

Untuk pengetahuan korang, terdapat banyak jenama di bawah Lam Soon yang boleh memudahkan kerja-kerja pembersihan rumah dan menjaga kebersihan diri seperti : 

1. Antabax - rangkaian penjagaan diri antibakteria Halal no 1 di Malaysia 

2. Bio-home - rangkaian pembersihan rumah mesra alam yang diperbuat daripada bahan terbiodegradasikan dan berasaskan tumbuhan 

3. Pembersih khusus wanita Orchid 

4. May dan Fruitale - Rangkaian penjagaan diri 

5. Zip dan Labour - Bahan pencuci rumah 


Petua Kebersihan dan Pembersihan untuk Ramadan! 


1. Guna rangkaian mandian Antabax untuk memberikan perlindungan 24 jam daripada 99.9% kuman berbahaya, serta menjadikan kulit kekal lembap dan segar.

2. Pencuci Dapur bio-home adalah agen pencuci yang mesra alam, dibuat daripada 100% bahan aktif berasaskan tumbuhan yang mampu menanggalkan kesan kotoran degil juga pada kesan minyak. Pada masa yang sama, bahan ini lembut pada kulit – sesuai digunakan untuk membersihkan permukaan dapur selepas memasak hidangan sahur atau iftar.

3. Kaum wanita pula boleh menjaga kebersihan bahagian intim mereka dengan mudah menggunakan pembersih khusus wanita Orchid yang mengandungi herba traditional seperti manjakani, kacip Fatimah dan daun sirih serta mempunyai pH seimbang 3.5 yang sesuai untuk bahagian intim. 

Petua Kebersihan dan Pembersihan untuk Raya! 



1. Travel Kit Antabax terdiri daripada Penyembur Pembersih, Gel Pembersih Tangan Segera, Tisu Pembersih Anti-Bakteria dan krim mandian digunakan untuk pembersihan di mana sahaja terutamanya semasa dalam perjalanan balik kampong.

2. Untuk menyegarkan lantai ruang tamu, ruang makan dan dapur, gunakan pencuci lantai mesra alam bio-home dengan bauan Asia seperti serai dan teh hijau. Pencuci lantai ini tidak perlu dibias kerana tiada sebarang toksik.

3. Untuk menghilangkan kesan minyak dan kotoron degil seperti kunyit, guna cecair pencuci pinggan ZIP yang berkuasa, menjimatkan dan lembut pada tangan. Amalkan pembersihan secara terus di dalam dapur and ruang makan untuk mengelakkan timbunan pinggan mangkuk dan perik kuali bertambah.


Selamat pagi korang.. 😆😆 Pepagi dah nak gossip ek hehehe eh berita baik mesti di kongsikan 👏👏👏 Ha.. ni kak lily bagitau macam mana cara nak dapat duit Raya dengan Peraduan Raya Fiesta Berganda yang tawarkan 416 hadiah sepanjang 13 minggu serta lima hadiah utama sebanyak RM 10,000 yang berjumlah RM 110,000 dalam bentuk duit raya! Peraduan ini berlangsung dari 2 April hingga 2 Julai 2018. Beli mana-mana produk Lam Soon Edible Oils RM 20 seperti Antabax, Bio-Home Products atau Orchid Feminine Wash.Senaraikan 3 produk dan whatsapp ke +6012-5263391. Untuk maklumat lanjut tentang peraduan ni boleh layari www.rayafiesta.com dan juga dekat blog kak lily www.ciklilyputih.com #AntabaxRamadan #RayaFiestaBerganda #contest #duitraya #lamsoon #Antabax #OrchidFeminineWash #BioHomeprofucts #ciklilyputihdotcom
A post shared by ciklilyputih (@ciklilyputih) on



Peraduan Raya Fiesta Berganda 

Memahami tekanan kenaikan kos sara hidup terutama ketika melakukan persiapan untuk musim perayaan ni, korang tau tak yang jenama-jenama penjagaan rumah dan peribadi di bawah Lam Soon telah bergabung untuk memberi kegembiraan kepada korang dengan peraduan Raya Fiesta Berganda yang menawarkan sebanyak 416 hadiah sepanjang 13 minggu ni yang bernilai RM110,000. Hadiah-hadiah berupa DUIT RAYA tu terdiri daripada :

Hadiah Mingguan : 
390 x RM100 

Hadiah Istimewa : 
21 x RM1,000 

Hadiah Utama : 
5 x RM10,000 

** Peraduan ini akan berlangsung dari 2 April sehingga 2 Julai 2018 



Cara Mudah Untuk Sertai Peraduan Raya Fiesta Berganda 


Peraduan Raya Fiesta Berganda ini sangat mudah untuk disertai kerana kebanyakan kita selalu beli produk-produk ini kan. Cara untuk sertai peraduan ni seperti di bawah:

1. Beli mana-mana product Lam Soon bernilai RM20 dalam satu resit.

2. Kemudian namakan 3 jenama Lam Soon yang terlibat dalam peraduan ini.

3. Hantarkan jawapan korang melalui Whatsapp ke +6012 526 3391 beserta nama penuh dan nombor IC. Sertakan juga gambar resit korang sebagai bukti pembelian untuk tujuan pengesahan. Jika resit pembelian RM20 termasuk dua atau lebih jenama yang mengambil bahagian, anda berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 21 hadiah istimewa bernilai RM1,000!!! 

Menurut En. Francis Ng, Pengurus Besar Kanan Jabatan Penjagaan Isi Rumah dan Peribadi, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd’s Bahagian Pemasaran, peraduan ini bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pengguna atas sokongan mereka terhadap jenama-jenama Lam Soon. 

“Kami faham persediaan untuk musim perayaan boleh menyebabkan ketegangan perbelanjaan isi rumah kerana terdapat terlalu banyak benda yang perlu dibeli. Produk-produk kami adalah keperluan sepanjang tahun untuk isi rumah dan individu untuk mengekalkan kebersihan rumah dan peribadi. Musim perayaan adalah masa yang terbaik dan paling bermakna untuk menggembirakan mereka dengan hadiah wang tunai yang boleh digunakan untuk perbelanjaan mereka yang lain dan menjadikan sambutan perayaan meninggalkan kenangan yang lebih mendalam,” kata En. Ng. 

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan Raya Fiesta Berganda contest, sila layari www.rayafiesta.com