Showing posts with label peraduan “Beyond Basic Comment & Win”. Show all posts
Showing posts with label peraduan “Beyond Basic Comment & Win”. Show all posts

Tuesday, April 16, 2019

Lima Alatan Yang Anda Perlukan Untuk Tingkatkan Rutin Penjagaan Oral


Hi Korang,

Kesihatan Oral merupakan penunjuk yang penting terhadap kesejahteraan, kualiti hidup dan kesihatan secara keseluruhannya. Jika anda tidak menjaga kesihatan oral dengan betul, anda berisiko mengalami masalah nafas berbau, penyakit gusi, gigi, gusi sensitif, kaviti dan kehilangan gigi (rongak).

Berita baiknya, semua isu ini boleh dicegah. Guardian, peneraju rantaian produk kecantikan, kesihatan dan penjagaan peribadi Malaysia mempunyai cara untuk membantu rutin asas penjagaan oral harian anda.



Asas Penjagaan Oral

Gosok gigi anda sekali pada waktu pagi dan malam selama dua minit setiap sesi menggunakan berus gigi yang lembut dengan kepala bersaiz kecil dan sederhana[1], bersama ubat gigi berflorida. Pegang berus gigi pada kedudukan 45 darjah menghala ke arah gusi.[2] Gosok seluruh permukaan gigi (bahagian sisi dan permukaan mengunyah di atas). Guardian mempunyai berus gigi yang anda perlukan untuk rutin penjagan oral ini. Cuba “Guardian Activ’ Care Giant Head Toothbrush” dengan bulu lebih banyak untuk membersih permukaan lebih luas dengan lebih pantas. Sementara itu, “Guardian Ecolo Green Tea Toothbrush” pula lebih mesra alam. Anda juga boleh membawanya ke mana-masa sahaja dengan “Guardian Dental Travel Kit”. Ia memang ideal untuk digunakan ketika bercuti, boleh diisi ke dalam beg tangan, beg gimnasium dan laci meja bersama penutup berus gigi yang bersih. Jadi, anda boleh memberus gigi apabila perlu sepanjang hari. 

Penjagaan Oral yang Lebih Menyeluruh

1.    Flos Gigi Korang!

    Memberus gigi setiap hari hanya membersih tiga daripada lima permukaan gigi anda. Tingkatkannya ke satu tahap lebih tinggi dengan membersihkan celah-celah gigi menggunakan berus interdental atau flos.[3] Flos penting untuk mencegah penyakit gusi. [4] “Guardian Activ’ Care Dental Floss Mint” ideal kerana ianya kecil, padat dan muat di dalam poket  dengan perisa pudina yang menyegarkan.

2.    Flos Pencungkil Gigi untuk Pembersihan yang lebih Menyeluruh

   Jika anda tidak boleh melakukan flos sepenuhnya, gunakan “Guardian Floss Toothpicks”     untuk menanggalkan plak dan sisa makanan di celah-celah gigi dan di sekitar garis gusi       secara efektif, terutama di kawasan yang sukar dicapai. Ia hadir dalam bungkusan satu      persatu, jadi anda boleh menyimpannya di dalam beg tangan atau poket seluar untuk        membersihkan mulut dengan pantas selepas menikmati hidangan tengah hari. 

3.    Fishbone Toothpicks (Pencungkil Gigi Tulang Ikan) apabila makanan melekat di celah-celah gigi

    Cuba “Guardian Fishbone Toothpicks” baharu yang sangat baik untuk mengeluarkan sisa makanan yang melekat di celah-celah gigi dengan lembut. Tip pro: Lakukan regim penjagaan oral anda di dalam bilik air atau secara bersendirian.

4.    Selesaikan masalah nafas berbau dan Plak dengan Pembersih Mulut

Pembersih mulut boleh meningkatkan rutin penjagaan oral harian anda kerana ia boleh menjangkau kawasan yang tidak boleh dicapai oleh berus gigi dan flos. Ambil sedikit dan kumur dalam tempoh 30-40 saat dengan bibir ditutup rapat. Kemudian buang dan jangan telan. Sesetengah produk pembersih mulut memiliki kandungan anti-bakteria untuk membantu mengurangkan masalah nafas berbau dan plak.[5] Gunakan “Guardian Fresh Mouth Six Action Mouthwash” untuk nafas lebih segar, mengurangkan plak, menguatkan gigi, menggalakkan gusi yang lebih sihat dan memulihara mineral pada enamel.

5.    Bersihkan Lidah Anda

Plak terdiri daripada satu lapisan yang mempunyai jutaan bakteria.[6]  Kita sering kali lupa untuk membersihkan lidah. Membersihkan lidah merupakan satu rutin kebersihan oral harian yang penting.[7] Gunakan “Guardian Tongue Cleaner” untuk membantu menghilangkan lapisan dan sisa makanan daripada lidah.


Bagi menggalakkan lebih ramai orang untuk meneroka alat penjagaan oral, Guardian akan mengadakan peraduan Beyond Basic Comment & Win” di laman Instagram dan Facebook bermula 14 April hingga 21 April 2019. Anda hanya perlu komen tentang apakah alat penjagaan oral yang ingin anda terima dan ia mungkin menjadi milik anda. Sepuluh pemenang bertuah akan menerima pek permulaan Beyond Basic Oral Care daripada Guardian bernilai RM40 setiap satu.

Tingkatkan rutin anda dengan Guardian Oral Care untuk kesihatan oral yang menyeluruh.  

Boleh didapati di semua cawangan Guardian dan e-stor Guardian.




[1] The Toothbrush. (1991). The Journal of the American Dental Association, 122(2), 2–5.doi:10.14219/jada.archive.1991.0373 
[7] Christen, A. G., & Swanson, B. Z. (1978). Oral hygiene: a history of tongue scraping and brushing. The Journal of the American Dental Association, 96(2), 215–219.doi:10.1016/s0002-8177(16)30453-6 
QR/2019/MY159r1