Showing posts with label movie review. Show all posts
Showing posts with label movie review. Show all posts

Wednesday, April 27, 2011

3D Media Screening Of THOR

Hi Korang,

Baru-baru ini aku dapat jemputan untuk menonton filem THOR di GSC Mid Valley dari Nuffnang. Yang di jemput 10 orang tapi yang datang 8 orang je. Ermm tak perlah kan. May be ada benda yang tak dapat di elakkan agaknya.


Lepas gather semua sekali dan Fresh pi check attendance then ktorg dapat pop corn and coke free. Uisk best2 jimat sket duit kan. Bila nak masuk cinema tup tup diorg bagi cermin mata plak. Wah 3D screening rupanya. Dah lah aku first time masuk panggung 3D ni, jakun jugaklah sekejap kan. Sempat bercamwhore dengan Hazman dan Bella kan.


Ok ok jangan mengarut lagi. Meh layan sinopsis citer nie:-


'Marvel Studios expands its film universe with a new type of superhero: THOR. This epic adventure spans the Marvel Universe; from present day Earth to the realm of Asgard. At the center of the story is The Mighty Thor, a powerful but arrogant warrior whose reckless actions reignite an ancient war. Thor is cast down to Earth and forced to live among humans as punishment. Once here, Thor learns what it takes to be a true hero when the most dangerous villain of his world sends the darkest forces of Asgard to invade Earth. Kenneth Branagh directs this fantasy epic which stars Australian actor Chris Hemsworth as the ancient Norse god, Tom Hiddleston as his evil brother Loki, Natalie Portman as Jane Foster, a young woman who befriends Thor on Earth, and Anthony Hopkins as Odin, Thor's father and king of Asgard. Expect to see agents of S.H.I.E.L.D., previously seen in ''Iron Man,'' to make an appearance, further forshadowing the coming of The Avengers!'


Citer ini mengisahkan kisah pertelingkahan keluarga dan perebutan tahta di Asgard dan salah seorang daripada anak raja (Thor) tu dihalau turun ke bumi dan diselamat oleh seorang saintis muda yang cantik gitu. So bila adiknya (Loki) memegang tahta Asgard tidak lagi aman dan mereka datang mencari Thor ke bumi untuk menyelamatkan Asgard. Dapatkan Thor menyelamatkan Asgard dan bertemu kembali dengan saintis cantik tuh? Korang kenalah tengok sendiri kan.


Wah bestkan bila dah sinopsis, kalau pi tengok lagi best. Yelah banyak action yang menarik sangat. Terbang sana sini. Costume pun menarik. Bila tengok 3D lagilah aku kagum. Sampai aku rasa salji2 tu kena kat muka aku lah. Itu belum lagi tengok api memercik macam kena mata kan. Terperanjat2 pun ada.

Bagi yang kaki komik, eloklah pi tengok citer ni sebab jalan citer filem ni agak berlainan sket dari yang komik punya.


Berapa nak bagi rate ek? Of course lah 4/5. Two thumbs up!

Best wei, ice terkena kat muka tau..


Saturday, March 12, 2011

Nuffnang Premiere Screening Mars Need Moms

Hi Korang,

Rabu lepas, aku dapat lagi tiket free dari Nuffnang untuk tengok citer Mars Need Moms kat Cineleisure The Curve. Aku sorang je coz Mr Big balik lambat so tiket yang lain aku bagi kat PojiePooh memandangkan dia free malam tu.


Meh layan sinopsis nie:-


Cerita ini mengisahkan usaha seorang anak dalam menyelamatkan ibunya yang di culik oleh orang2 kat planet Mars. Pelbagai halangan yang terpaksa si anak tempuhi dan macam-macam jenis makluk yang dia jumpa. Cerita ini memang ada suka dan duka, kelakar dan hiba.. Dalam cerita ini juga korang akan kagum dengan gadget2 yang digunakan dalam watak tersebut. Memang canggih betul kalah Bumi.


So far, oklah citer ni. Sesuai  untuk tontotan sessi keluarga time2 cuti sekolah ni nanti kan. Kalau mak2 yang tengok mesti ada feeling sedih2 sket.
 
Itu je

Thursday, March 3, 2011

Nuffnang Premiere Screening Iam Number Four

Hi Korang,

Lambat plak aku update citer pasal tengok wayang ni ek. Yelah busy betul lah katakan.

Rabu lepas aku dapat lagi invitation untuk premiere screening cerita Iam Number Four. Ermm sapa bagi? Mau tanya lagi plak, Nuffnang lah. Mr Big cakap citer ni 'Den  Nombo Ompek'. Bengong tak?


Aku sampai awal kat The Curve, so sempatlah dinner kat Little Taiwan kan. Not bad jugak makanan dia, korean style. Sementara tengah makanan sampai, aku pi beratur amik tiket dulu. Ramai jugak dah beratur. Nasib baik kenal lah, Tikkos yang sentiasa ditemani oleh ibunya dan Elywen yang tengah menunggu datenya. Borak punya borak, Jackie pun sampai. So lepas dapat tiket terus turun bawah sambung makan balik.


Di sebabkan movie start dalam kul 9.30pm, ktorg sempatlah merayau dalam bangunan ni, dari atas sampai bawah. Just cuci mata je. Dah boring naik atas balik, then sambung borak plak dengan K Red. Muka cam letih je, yelah baru baru dari event Dato Siti katanya.


Eh, dah melalut banyak nie, sambung pasal filem Iam Number Four ni balik okeh.

Nah, layan sinopsis citer nie dulu tau.


Three are dead. He is Number Four. D.J. Caruso (“Eagle Eye,” “Disturbia”) helms an action-packed thriller about an extraordinary young man, John Smith (Alex Pettyfer), who is a fugitive on the run from ruthless enemies sent to destroy him. Changing his identity, moving from town to town with his guardian Henri (Timothy Olyphant), John is always the new kid with no ties to his past. In the small Ohio town he now calls home, John encounters unexpected, life-changing events—his first love (Dianna Agron), powerful new abilities and a connection to the others who share his incredible destiny.
 
Mereka ini datang planet asing untuk menyelamatkan diri dari dibunuh oleh musuh. Cuma ada 9 orang yang layak untuk menentang musuh dan juga membangunkan kembali keamanan planet mereka. Jadi Mamat yang no. 4 ni paling berkuasa di antara 9 yang lain. Dia kena mencari 5 lagi untuk bersatu menentang musuh. Kenapa 5 bukan 8 kan? So korang kenalah tengok citer, baru mantops!
 
Wei, best citer nie. Actionnya tak terduga. Korang kena berfikir sket lah untuk fahamkan karektor dalam citer nie. Ada sket romance lah. Suka kan korang romen2 nie.
 
Ok aku baru 4/5. Tapi itu dari pandangan contact lens aku yang power 600 ni kan. Tak tau lah korang.

Itu je..