Showing posts with label menu tahun baru cina. Show all posts
Showing posts with label menu tahun baru cina. Show all posts

Wednesday, December 26, 2018

Makan Besar Sempena Tahun Baru Cina 2019 Di GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

Hi Korang,

Tahun Baru Cina 2019 akan bermula pada 5 Februari 2019. 


Sesi makan besar telah menjadi satu tradisi bagi keluarga kaum Cina semasa sambutan ambang Tahun Baru dan tradisi ini merupakan simbolik kepada perpaduan dalam sesebuah keluarga. Semasa sambutan ini, masyarakat sekali lagi berpeluang untuk berkumpul bersama keluarga serta dapat mengeratkan hubungan dan menikmati detik-detik indah bersama orang tersayang. Saat-saat penting ini semestinya perlu disambut dengan sesi makan yang tidak akan dapat dilupakan di Grand BlueWave Hotel Shah Alam. 


Untuk mengalu-alukan perayaan ini, Grand BlueWave Hotel Shah Alam telah memperkenalkan menu untuk perayaan Tahun Baru Cina 2019 iaitu Halal Auspicious Yee Sang, Poon Choy Set, dan Golden Prosperity Chinese New Year Set Menu yang disediakan ekslusif oleh Chef Chinese Cuisine kami, Chef Patrick. Menu-menu yang menarik ini boleh didapati di Tung Yuen Restaurant, Aras 1 dari 15 Januari hingga 28 Februari 2019, bermula dari jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang untuk makan tengahari manakala untuk makan malam, ia bermula dari jam 6.30 malam hingga 10.30 malam. 



Auspicious Yee Sang, sejenis pembuka selera yang perlu ada semasa Tahun Baru Cina. Tetamu boleh memilih dari empat pilihan mewah kami iaitu Yee Sang dengan Abalone yang dihiris dan Ikan Salmon, Yee Sang dengan Ikan Salmon, Yee Sang dengan Ikan dan Sayuran Tuna Yee Sang. Harga bermula dari serendah RM40.00 +. 



Selain itu, hidangan yang wajib ada semasa sambutan Tahun Baru Lunar ialah Poon Choy Set. Terdapat dua jenis Poon Choy Set di Restoran Tung Yuen di mana Set A berharga dari RM988.00+ dan Set B yang berharga dari RM1288.00+, sesuai untuk 10 orang. Poon Choy ialah satu hidangan tradisional Cina yang menjadi kebiasaan di China dan dihidangkan dalam kayu besar, porselin atau peti logam. Special Take Away Prosperity Pot “Poon Choy” juga boleh didapati dengan harga RM680.00 + (termasuk Pot Stainless Steel). 





Untuk melengkapkan lagi kerseronokan semasa Tahun Baru Cina, kami turut menyediakan Golden Prosperity Chinese New Year Set Menu yang menyelerakan, sesuai buat seisi keluarga dan perjumpaan syarikat atau bersama rakan-rakan mahupun rakan perniagaan. Kami menyediakan empat set menu iaitu, Auspicious Good Luck berharga dari RM1088.00+, Joyful Reunion berharga dari RM1288.00+, Auspicious Good Health berharga dari RM1488.00+. Ketiga-tiga menu ini sesuai untuk 10 orang. Manakala, Super Value Auspicious Good Health ditawarkan dengan harga RM898.00+ dan sesuai untuk 6 orang. 

Tetamu digalakkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu di Tung Yuen Chinese Restaurant melalui talian 03-5511 8811 ext. 2616 atau Bahagian Telepemasaran 2724. Semua harga adalah tertakluk kepada 6% cukai perkhidmatan. Selain itu, Tung Yuen Chinese Restaurant diiktiraf dengan sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. 

Harga Makan Besar di Tung Yuen Chinese Restaurant: 

1. Auspicious Yee Sang dari RM40.00nett 

2. Golden Prosperity CNY Set Menu 

– RM1088.00+ (Auspicious Good Luck, 10 pax) 

– RM1288.00+ (Joyful Reunion, 10 pax) 

– RM1488.00+ (Auspicious Good Health, 10 pax) 

– RM898.00 nett (Super Value Auspicious Good Health, 6 pax) 

3. Poon Choy Set – RM1288.00+ (Set A) dan  RM988.00+ (Set B) 

4. Special Takeaway Prosperity Pot – RM680.00+ (Termasuk Stainless Steel pot) 


Hari : Isnin – Ahad (7 hari seminggu) 

Masa : 

11.30 pagi – 2.30 petang (Makan tengahari) 

6.30 petang – 10.30 petang (Makan malam) 



Maklumat tentang Tung Yuen Chinese Restaurant 

Pengurus Hotel : Tuan Haji Mohd Ghazali bin Sayed Ibrahim 

Chef Cina : Chef Patrick Ng

Tung Yuen Chinese Restaurant ialah restoran Cina yang terletak di Aras 1, Grand BlueWave Hotel Shah Alam. Ia menawarkan pelbagai jenis masakan Cina. Restoran ini telah memperoleh pengesahan rasmi HALAL dari JAKIM pada 1 November 2009. Oleh itu, restoran ini menyajikan 100% masakan Cina yang Halal di Hotel Bintang Lima Asia Tenggara Pertama Terakreditasi dengan Mesra Halal. 


Jom kita ke: 

Tung Yuen Restaurant 
Grand BlueWave Hotel, 
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 
40000 Shah Alam, Selangor. 

Tel : 03-5511 8811 

Laman Web: 

Facebook: