Showing posts with label masak agar-agar. Show all posts
Showing posts with label masak agar-agar. Show all posts

Wednesday, August 14, 2013

Resipi Triffle Mudah Dan Sedap

Hi Korang,

Tengah musim rumah terbuka ni, elok kiranya kalau dapat buat Triffle sebagai pemanis mulut kan. Yelah tak susah pun buatnya.


Aku belajar buat Triffle mudah dan sedap ni daripada adik-adik ipar aku. Diorang ni kalau bab masak, macam selenge je tapi hebat ooo. Kagum sekejap aku dibuatnya. Masa ni ada makan-makan kat rumah Gemuk, so sempatlah diorang ajar aku.


Bahan-bahan:-

1. Kek Swiss Roll
2. Agar-agar Kristal Jelly brand Nona, senang sket.
3. Fruit Koktel


Cara-caranya:


1. Potong kek Swiss Roll setebal 1cm. Kemudian susun pada mangkuk. Kek mestilah kena tutup seluruh ruang dasar mangkuk tuh. Kalau boleh lagi padat lagi bagus.


2. Amik air koktel tu, siram atas kek yang disusun tadi supaya lapisan kek akan jadi lebih lembut.

3. Masak agar-agar Kristal Jelly tu ikut instruction atas dapur.


4. Buah-buah koktel tu korang susun atas kek tu tadi. Letak sebanyak mungkin abis satu tin pun tak per.


5. Terus je siram agar-agar yang korang dah masak tadi dalam mangkuk Triffle tuh sampai penuh. Kemudian sejukkan dalam fridge, sejuk-sejuk sedap ooo

Hah apmacam? mudah kan.

Itulah aku cakap korang tak caya, mudah dan cepat, yang paling penting sedap.


So inilah dia Triffle mudah dan sedap tuh. Sila abaikan warna purple tu ek coz gemuk salah pilih perisa masa dia pi beli hari tuh. Ada ke perisa grape, sebab tu gelap semacam je kan. Kalau guna perisa strawberry cantik coz warna pink..

Ok ok selamat mencuba

Yang sibuk nak buat OPEN HOUSE tu eloklah korang buat pencuci mulut ni ek... Sedap dan boleh buat bebanyak..