Showing posts with label makan seafood di Cyberjaya. Show all posts
Showing posts with label makan seafood di Cyberjaya. Show all posts

Wednesday, January 27, 2016

Makan Makan di CRAB HUT, Shaftsbury Square Cyberjaya

Hi Korang,


Citer pasal tempat makan sedap memang tak akan pernah habis di blog ciklilyputih.com ni ek sebab aku kan suka makan so kenalah explore tempat makan yang baru dan sedap ni ek


muke letih je memasing sebab penat nau makan ketam 


So dapat adhoc invitation daripada Blogger Ruby ke CRAB HUT di Cyberjaya ni. Pergilah ktorang berdua ke Shaftbury Square ni. Ramai jugak yang hadir macam Jocko, Wilson Ng, Rawlins, Ruby & Family, Fatin Bella, Khai, Eazy dan juga geng-geng Gaya Travel.










Wei seafood siapa yang tak suka kan?

Lobster, udang, mussel, clam and of courselah crabbbbbbbb……

Nasib baik bawak sekali Mr Big so ada geng melantak seafood sekali kan. Duduk pulak dengan Jocko, Wilson, Rawlins dan Jae lagilah geng makan semuanya. Lagi gamak dibuatnya



Style makan kat sini ermm ‘lambak’ style lah, tak de pinggan tak de mangkuk. Dimasukkan ke dalam beg plastic dan semua di lambak atas meja yang di lapik dengan kertas dan plastik, bersihlah kan jadi makan pun tanpa was-was. 

Ok let’s dig in ye

Mintak maaf kalau gambar aku carca marba sket bukan apa, cuba korang bayangkan sambil makan sambil ambil gambar dengan tangan penuh sos bagai. Gambar pun senget benget di buatnya hahahahha

Brown Crab in Jamba-Jamba Mild Sauce

Red Lobster-M 2 in Signature Southern Bang Sauce Mild Spiciness

Meat Crab-M in Garlic Butter Sauce

Spanner Crab & Mussels in Assam Pedas Sauce

Freshwater Prawns & White Prawns in Spicy Plum Sauce

Baby Octopus & White Prawns & Slipper Lobsters & Corn & King Mushroom in Signature Southern Bang Sauce Medium Spiciness

Garlic Fried Squid Tentacle

Fried Enoki Mushroom

Clam

Apmacam?

Hebat tak kawan. Segala jenis seafood semuanya ktorang bedal tanpa ragu-ragu pun yelah guna tangan makan lagilah sedap hingga menjilat jari gituh.

Video sekangkang kera je ni, suasana makan di Crab Hut Cyberjaya

Makan first round then stop sekejap basuh tangan then pi amik gambo then makan lagi sampai licin ke semuanya.

table Ruby, berselera sungguh diorang makan kan

tengoklah ktorang makan, comoooottt
thanks rawlins for the photo

ok rehat jap borak-borak

nampak tak? perangai kan

suka tak nak bagi aku makan kan

tak per tak per mak pun ade nokss
thanks rawlins for the photo

tengok Rawlins dan Jae tu kan

yeah saya memang suker makannnnn
thanks rawlins for the photo

In terms of harga, tak delah mahal sangat pun berpatutan lah kan sebab kesemua seafood ni datang daripada merata-rata tempat di seluruh dunia dari US, Australia, Canada dan memacam lagi lah. Yang pentingnya ianya segar dan bermutu tinggi. 

Promosi Monthly Crazy Bag bagi permulaan tahun baru ini menawarkan pakej 2 pcs Red Lobster dengan sekitar berat 800 gram dengan hanya harga RM155 sahaja berbanding harga biasa RM179. Menarik bukan lobster segar ini dengan tawaran harga murah?

Tidak hanya dengan tawaran ini, di Crab Hut Asia Cyberjaya ini juga ada banyak pakej promosi lain termasuk pakej Happy Hour, makan tengahari yang memang berbaloi untuk anda cuba pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 3.00 pm hingga 5.00 pm. Untuk menu ini, mungkin korang boleh cuba Ketam dan Udang, Mussels dan Udang atau Yabbies dan Udang yang sememangnya menjadi pilihan utama menu makanan di Crab Factory, Brolly atau di Crab Hut sendiri.

La suker la tu kan, ni lah tempatnya :

Crab Hut Asia
P2-25, 
Shaftsbury Square,
Persiaran Multimedia, 

For reservation : 03-8322 6861



Crab Hut Asia jugak ada menyediakan set lunch untuk mereka yang teringin sangat nak pi makan tengahari kat sini kan.

Salmon Lunch Tray & Baby Octopus Lunch Tray

Chicken Chamalla Lunch Tray & Prawn Lunch Tray

Inilah set lunch yang aku rasa cam teringin nau nak cuba kan.

Untuk kaki makan seafood cam aku, pihak Crab Hut Asia sudi memberikan diskaun sebanyak 10% bila korang datang makan kat sini ek


Korang just tunjukkan gambar flyer ni sebelum order then dapatlah diskaun ek.

Kira sekali sekala nak makan besar dengan family ke kengkawan ke kan bolehlah sangat ke mari. Tapi nanti aku nak cuba gak lah set lunch diorang ni, nampak cam sedap. Nampaknya kenalah amik cuti untuk pi makan kan.

Selamat menjamu selera ek...