Showing posts with label kuala lumpur. Show all posts
Showing posts with label kuala lumpur. Show all posts

Friday, March 7, 2014

Spa Kaki Di KENKO Fish Spa, Pavilion




 Hi Korang,



Kita ni kalau bab muka bukan main belek lagi kan, cuba tengok kaki memasing.



Ya ampun, berkerak bagai. Ada tuh kering nau nampaknya itu belum kira hitam-hitam kat bahagian tumit tu kan. Kaki pun sama penting gak wei dengan muka.


Dapat je peluang berouting dengan bebudak comel dari The ButterflyProject ni, haruslah aku tak lepaskan. Yelah ko sekali sekala chillax dengan pompuan-pompuan kan, best apa.


Lepas hantar Mr Big kat Sg Wang Plaza, aku terus je drive ke Pavilion. May be awal lagi kot so parking still banyak kosong lagi. Naik pi minum kopi jap then baru ke KENKO Spa Fish ni.

So ktorang pi berendam kaki di Kenko Fish Spa kat Pavilion ni. Sebab terlalu ramai so kena buat 2 session. Aku haruslah kena 1stsession coz aku nak lepak plak dengan Mr Big lepas tuh. Hehehhehe biasalah laki bini kan.


Ktorang dapat kupon dari Worthy Book ni.

Boleh rendam kaki, kasi ikan makan daki-daki dalam masa 30 minit. Kira okla tuh.

Sebelum tu, sila basuh kaki dulu kat tempat yang telah disediakan. Ikut prosedur dalam gambar tuh ek. Kena cuci kaki dengan special sabun, mana tau kaki korang cagu ke kan, at least ikan-ikan tu taklah mati lepas makan daki korang

Marilah celup kaki ke dalam kolam la ek




Dah lama gak tak buat fish spa ni. Masa nak celup kaki ni dalam air, ma koi banyak benau ikan yang datang. Memula rasa geli pas tu rasa best plak. Yelah ko segala daki-daki kita dia bersihkan.

Bebudak pompuan ni memang kelakar betul, ada tu siap jerit macam di sampuk hantu bagai. Giler ar. Nasib baik spa ni hujung sekali, kalau tengah-tengah rasanya satu Pavilion boleh dengar diorang jerit kan.




Ikan-ikan dalam kolam ni baik-baiklah moi, tak makan jari kaki pun. Ada gak ikan besar tau, yang tu aku terasa sket cam dia mengigit tapi bukan sakit mana pun.

Nak tau berapa harga sebenar kalau without guna Worthy Book kupon

RM38 untuk 30 minit

Murah kan. Alah sekali sekala pun nak berkira kan


Memang sangat seronok wei, sekali sekala memanjakan diri kan

Anyway thanks to The Butterfly Project and Worthy Book jugak tau



Tuesday, January 4, 2011

One Step Closer to the Maxis Om Nom Nom Race

Hi Korang,


Sapa suka makan? Aku


Sapa suka tengok Amazing Race ? Aku


So sapa suka makan + join Amazing Race ? Of Courselah aku kan.

Gila korang, sapa yang tak suka makan kan. Tengok je saiz aku confirm2 kaki makan itu belum tengok MrBig yang lagi kuat makan. Betul tak?


La bukan apa Nuffnang ada anjurkan event ala2 Amazing Race tapi version makanan punya. Ermm seharusnya menarik event nie, yelah pasal makan kan. Mesti dapat makan variety makanan yang diorg dah sediakan.

Kat mana? Hah kat sini lah.


Date: 15 January 2011 (Saturday)

Venue: Modesto’s, Ground Floor, Capital Square, 7 Persiaran CapSquare 50100, Kuala Lumpur

Time: 8am-7pm (all participants must register before 9am)


Sebab apa aku nak join event nie?
Aku nak buktikan kat orang ramai bahawa aku nie memang seorang yang kuat makan. Tak kiralah ala jua jenis makan, mesti aku bedal. Lagi yang aku suka lagi banyaklah yang aku boleh bedal. Sebab tu kalau boleh aku nak t'shirt size XXL so bolehlah aku sumbatkan perut aku yang comel nie kan.  hehehhe. Kalau boleh dapat team up dengan Shahrol, Daydeck dan Hamzah Ian pun not bad jugak kan.


Hah, hadiah-hadiahnya sesangat menarik okeh, meh sini baca:

2 HADIAH UTAMA
Tempat Pertama : Melancong ke Hong kong 3 hari 2 malam dihotel 5 bintang ( 4 orang satu pasukan) bernilai RM10,000 dan 1 Smartphone percuma setiap seorang.
Tempat kedua : 4 x Smartphone Percuma - Setiap 1 seorang pemenang dalam kumpulan.
Tak menang pun dapat googie beg dari Maxis.


Tapi yang penting :-

Pertandingan ini juga akan melibatkan kepandaian para peserta menggunakan aplikasi dalam iPhone4 dan juga kepekaan peserta penggunaan FINDER301 dan juga melibatkan penggunaan Broadband Wireless dari Maxis..wei payah nie. Tak pasal2 aku kena start training dari sekarang nie. Korang pinjam IPhone 4 jap ek.

Nak join jugak, check it out kat sini tau.