Showing posts with label kristal Swarovski asli. Show all posts
Showing posts with label kristal Swarovski asli. Show all posts

Monday, March 16, 2020

Majlis Pelancaran Showroom WIRDORA Di Ampang, Kuala Lumpur

Hi Korang,

Wirdora, sebuah jenama tempatan yang mengeluarkan barangan perhiasan wanita dan lelaki menggunakan kristal Swarovski asli yang diimport dari Austria, hari ini melancarkan butik pameran baru mereka yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur. 




Wirdora adalah Swarovski branding partner yang sah dimana kesemua batu kristal Swarovski Wirdora adalah asli ~ authentic dan setiap pembelian disertakan dengan seal tag & code no dimana pembeli boleh buktikan kesahihannya di laman web Swarovski sendiri. 

Puan Wirdalina dan suami nya, Encik Khairul

Wirdora diasaskan oleh Wirdalina Binti Tauhed pada bulan Mei 2017. Terdapat dua kategori produk ditawarkan oleh Wirdora iaitu luxe series dan standard series. Bagi aksesori di dalam kategori luxe series, terdapat aksesori yang diberi sentuhan rhodium, 18k rose gold plated, 18k white gold plated berserta pin stainless pin. 





Setiap barangan Wirdora dijamin kualitinya. Ianya:- 

· Tahan karat 

· Hypo allergenic 

· Anti-tarnish 

Produk-produk Wirdora juga menjalani ujian QC yang sangat ketat seperti ujian anti falls dan ujian ketajaman (pin). Bagi aksesori Wirdora yang di dalam kategori luxe, ianya didatangkan dengan jaminan warranty selama setahun dan after-sale service. 

Antara aksesori wanita keluaran Wirdora adalah kerongsang, pin tudung dan scarf ring. Manakala buat kaum lelaki pula, Wirdora menyediakan butang baju melayu yang juga boleh dijadikan cuff link. 




Wirdora dimulakan oleh Wirdalina dengan kaedah home-based business kerana menyedari kekurangan jenama tempatan yang mengeluarkan aksesori wanita. Bermodalkan hanya RM200, sedikit demi sedikit, Wirdora mengorak langkah lebih jauh hingga mencatat jualan RM1 Juta dalam masa setahun. 

Sehingga kini, Wirdora dikenali hingga ke Brunei malah telah berjaya membuat penampilan di pentas berprestij London Fashion Week pada bulan Februari yang lalu. Wirdora adalah satu-satunya produk aksesori keluaran tempatan yang terpilih ke pentas peragaan ber prestij tersebut. 

Hawa Rizwana Redzuan sebagai Faces of Wirdora 2020. 

Pada majlis tersebut, Wirdora turut melantik personaliti TV, Hawa Rizwana Redzuan sebagai Faces of Wirdora 2020. 

Produk Wirdora bermula dari RM18 hingga RM350 dan boleh didapati secara online dan offline. 

Belian secara online boleh didapati di:- 

Laman web Wirdora :- https://wirdora.com 

Laman web fashion valet :- https://www.fashionvalet.com 

Instagram Wirdora :- @wirdorahq 

Manakala pembelian secara offline boleh dibuat di physical store Fashion Valet yang terletak di Publika, Bangsar Village II dan IOI City Mall, Putrajaya. 

Produk Wirdora juga boleh didapati melalui agent-agent Wirdora yang sah dan juga dengan cara berkunjung ke butik pameran Wirdora sendiri. 

WIRDORA
C16, 
1, Jalan Ampang Utama 1/1, 
Taman Ampang Utama, 
68000 Ampang Jaya, Selangor

Waktu Operasi :
Isnin - Jumaat : 9 Pagi - 6 Petang
Sabtu & Ahad : Tutup

Sebarang pertanyaan berkenaan produk Wirdora, boleh juga menghubungi Puan Wirdalina di 019-274 1897