Showing posts with label kerja dari rumah. Show all posts
Showing posts with label kerja dari rumah. Show all posts

Thursday, April 26, 2018

#YOUCANDUIT Ikut Style CAPRICE, Sesiapa Pun Boleh Buat Duit Digital Ni.

Hi Korang, 

Sini korang layan dulu video IG Caprice ni ek !! 



So what do you think ? 

Pada pendapat kak lily memang kat Malaysia ni banyak nau peluang pekerjaan cuma kita yang tak reti dan tak berapa pandai nak explore ermm tapi buat video merapu sampai jadi viral pandai pulak korang kan. 

Untuk menyokong kata-kata Caprice ni, kak lily nak bagitau office kak lily ada peluang pekerjaan tapi dekat site lah, bila HR akak lily call untuk offer kerja, candidates boleh cakap apa? Jauhlah, kedalam lah tempatnya, job scope merapu, allowance sket dan memacam lagi. Eh itu semua boleh bincang kalau betul-betul nak lah. 

So siapa kata kat Malaysia ni tak de peluang pekerjaan ek!! 

Menipu sesangat sungguh lah… 

Oklah finelah korang dah malas nak kerja 9-5pm macam kak lily ni, so korang nak buat apa? Duduk rumah besarkan badan, suruh mak bapak korang tanggung ishkk tak malu ke!!


Daripada korang buat perangai cam tuh, baiklah korang join program #YOUCANDUIT ni lah. 

Kalau korang kaki TV macam kak lily memang perasan sangatlah kalau iklan MDEC tuh mesti akan keluar ayat #YOUCANDUIT ni kan. Time show Maharaja Lawak dulu pun, Datuk Rosham Noor pun duk promote #YOUCANDUIT ni hah baru nak perasan tuh kan 

Agak-agak korang apa tuh #YOUCANDUIT ? 

Ye ye kak lily tau buat duit secara online tapi macammana ? jual barang? Jual servis ke berjudi? Ishhkk simpang malaikat 44 ek aduiyai merapek-rapek dah ni kan hehehheehe 

Kalau korang nak tau Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menerajui peningkatan aktiviti Ekonomi Digital dikalangan rakyat dengan memperkenalkan dan mewujudkan peluang pendapatan digital menerusi inisiatif eRezeki dan eUsahawan di bawah kempen #YOUCANDUIT. Kempen ini memperkenalkan dan melatih mereka dan golongan isi rumah berpendapatan rendah kepada peluang pendapatan digital melalui tugas yang mudah dan sesuai dengan kemahiran mereka di eRezeki untuk menjadi sebahagian daripada tenaga kerja digital yang berdaya saing. Kempen ini juga menggalakkan dan mendidik pelajar-pelajar kolej vokasional dan usahawan mikro tentang keusahawanan digital dengan menyediakan cara-cara untuk mewujudkan perniagaan atas talian yang boleh memberi pendapatan tambahan. 

Hah itulah serba sedikit kan pasal #YOUCANDUIT nie. 

Di sebabkan kempen #YOCANDUIT ni terbahagi kepada 2 inisiatif, kak lily akan terangkan serba ringkas mengenai kedua-dua ni ek 

eRezeki 


eRezeki merupakan sebuah program di bawah kempen #YOUCANDUIT yang bertujuan memberi peluang kepada rakyat yang berpendapatan rendah termasuk penerima BR1M untuk menjana pendapatan tambahan menjana pendapatan secara konsisten dan sepenuh masa dengan memanfaatkan teknologi digital dan peluang-peluang pendapatan digital melalui kaedah crowdsourcing 

Crowdsourcing atau kaedah di mana syarikat-syarikat kini mendapatkan perkhidmatan daripada warga internet (netizens) untuk melaksanakan tugasan-tugasan tertentu telah dikenalpasti oleh World Economic Forum (WEF), menerusi laporan ‘The Future of Jobs’, sebagai salah satu trend yang akan mengubah cara kerja tradisi. 

Antara tugasan yang boleh didapati dalam sistem eRezeki adalah seperti berikut: 

a) Tugasan Digital Mikro (Digital Micro-Task) 

Tugasan ringkas seperti Menyemak atau menentusahkan Foto / Imej dan Memasukkan Data. Tugasan ini secara umumnya tidak memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan 

b) Kerja-Kerja Digital (Digital Work) 

Kerja / tugasan seperti pengaturcaraan (programming) dan terjemahan. Tugasan ini memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan. 

c) Kerja-kerja Bukan Digital (Digitally Enabled) 

Kerja / Tugasan seperti perkhidmatan penghantaran, pemasangan, perkhidmatan baik pulih, dan lain-lain tugasan seumpamanya. Tugasan diperoleh secara atas talian tetapi dilaksanakan secara ‘offline’ atau di lokasi yang ditetapkan. 

Program ini juga sesuai untuk pelajar universiti, graduan menganggur, pesara, mereka yang diberhentikan kerja atau yang menamatkan kerjaya atas sebab-sebab peribadi. Even OKU dan para wanita di luar sana juga boleh menyertai inisiatif ini. 

Mostly kerja-kerja yang dilakukan secara online, kita just duduk depan laptop dan habiskan tugasan yang di berikan. Ok apa, tak yah keluar rumah setiap hari. Sambil buat kerja boleh tengok anak, buat housekeeping, memasak. Kira macam semua kerja berjalan serentak dan cukup tempoh duit pun masuk. 


Korang boleh check out di eRezeki social media platform 

Facebook: @myeRezeki 
Instagram: @erezekimy 

eUsahawan 


Bagi program eUsahawan ini pula, ianya membuka peluang untuk menjana pendapatan tambahan kepada para usahawan yang sedia ada untuk menambahbaik kemahiran perniagaan yagn sediaada. Kira macam korang jual kuih tapi hari-hari jual kat tepi jalan je pepagi, untung memanglah untung tapi kalau boleh kita nak lagi untung. Kita buat kuih frozen then jual secara online ke kan. Hah cam gituhlah. Kiranya program eUsahawan ni memberi bimbingan serta strategi dalam pengurusan perniagaan agar peserta eUsahawan terus kekal maju dalam perniagaan digital.


Yang penting korang kena mendaftar untuk menyertai kursus sambilan eUsahawan melalui https://eusahawan.mdec.my/ then dari situ nanti MDEC bakal nampak potensi perniagaan korang dan mungkin diketengahkan ermm kita mana tau kan hehehhhee rezeki masing-masing 

Ok ni kak lily kongsikan lagi video IG beberapa artis ni ek 

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on


Tengoklah betapa penting program Ekonomi Digital ni, coz akan datang maybe kita tak kan guna duit fizikal kot but more kepada duit digital. So nak beli apa-apa je tolak terus dari account kan ermm manalah tau kan... 

Kak lily kalau berangan memang no. 1


Untuk info lanjut korang boleh layari laman web #YOUCANDUIT di www.youcanduit.mdec.my atau Ikuti laman media sosial YOUCANDUIT di: 

Facebook Page : 
https://www.facebook.com/YouCanDuitMY/

Instagram: 

Hashtag: #youcanduit