Hi Korang, 
Untuk kaki-kaki makan semuanya, nak bagitau ni.
Rangkaian restoran jenama Melur  & Tyme  begitu sinonim   dengan   pilihan   hidangan  Timur    dan   Barat  telah pun melancarkan  cawangan    francais pertamanya di Gleneagles Hospital  baru-baru ini. 
Pemilik  francais  Melur   & Tyme   Nabila Elanie Bt Jamaluddin Akbal berkata,    "Walaupun ini merupakan francais  pertama, namun  kami masih mengekalkan keenakan  rasa makanan   seperti  di  restoran   utama.   Malah,  konsep  asal  restoran   dikekalkan  walaupun  ini cawangan  yang dilesenkan. Menerusi pembukaan ini, kami berharap dapat  memudahkan penduduk sekitar Ampang, Gombak  dan  Cheras   berkunjung ke  Melur  & Thyme   tanpa  perlu  ke  pusat  bandar  lagi," 
Menjelaskan  lebih lanjut,  Nabila Elanie  berkata,  menu Melur  &a Thyme terbahagi kepada  Sip and Toss (salad dan sup), Tapas (seleksi fusion Timur dan  Barat), Sandwich  dan Burger,  Main  Course,  Rice  (nasi), Pasta  & Noodles  (pasta  dan  mee), Kids menu (hidangan  kanak-kanak)  dan Drinks (minuman). 
Di antara signature drinks yang bakal menjadi kegemaran para pelanggan 
Pineapple belt 
Apple monin, Mint Monin, Blue Lagoon, Pineapple Juice 
Lemongrass Apple 
Fresh Lemongrass Syrup,Lemon Squeeze Apple Syrup. Sugar Syrup 
Lemon Berry Sting 
Lemon Squeeze, Strawberry Sting, Topped up with Sprite 
Para pelanggan juga perlu meneliti senarai Sip and Toss yang bermula  dengan  Wild Mushroom Soup, California Grilled Seafood Salad, Salmon Salad dan Smoked Duck Salad pada harga bermula RM14++. 
Potato Leek Soup 
A smooth creamy soup that’s full of flavor 
Salmon Salad 
Mixed smoked and grilled salmon salad served with honey mustard dresssing 
Menu orang fusion dalam Tapas  yang berlu dicuba tentulah  Crispy Aromatic Duck pada harga RM34++. Tidak  kurang   hcbatnya ketam  Crispy  Chili  Baby  Crab  yang  digoreng    garing bersama  daun  kari. Jika  berani,  apa  salahnya  mencuba hidangan  sate itik yang dipcrap  semalam  sebelum  dibakar  atas bara. 
Crispy Aromatic Duck 
Tidak  lengkap kunjungan ke Melur  & Tyme sekiranya tidak mencuba hidangan malar segar Sandwich   and   Burger   terutamanya  rendang  yang   dipersembahkan  sebagai   M&T   Beef Rendang  Burger   pada   harga   RM42++. 
Kalau   tidak  bersarapan  cubalah   menjengah  ke  bahagian   Main   Course   yang  menyajikan Braised Lamb  Shank  with Pasamah  Style pada  harga  RM59++. Jika  hidangan paha  biri-biri terlalu klise mungkin  Rendang Lamb  Shank  with Butter  Rice boleh  memenuhi selera tengah hari. 
Grilled Chicken Chop 
bahagian ayam yang di ‘grill’, dihidangkan bersama sayur-sayuran, mashed potato dan sos pilihan 
Fish & Chips 
Hidangan ikan dori yang dimasak ‘deep fried’ , dihidangkan bersama tartar sos, coleslaw dan kentang goreng.
Cubalah  Nasi  Goreng Daging   Dendeng dalam   bahagian   Rice  yang  disediakan   bersama emping  daging,  keropok,  telur mata  kerbau  dan  sambal belacan. Sekali-sekala,  cubalah  Nasi Campur M&T  Style yang  boleh  ditambah lauk  pauk  berasaskan  daging  ayam,  lembu  atau makanan laut pada  harga  bermula  RM13++. 
Nasi Goreng Daging Dendeng 
Nasi yang digoreng beserta daging dendeng. Dilengkapkan dengan keropok dan telur mata. 
Nasi Campur M&T Style
Ayam Cili Hijau – Small RM 13 Regular RM28  
Nasi putih dimasak secara tradisional di hidangkan bersama keropok. sambal belacan dan timur jua tomato. Pilihlah menu tambahan lauk pauk seperti ayam, daging mahupun makanan laut untuk melengkapkan hidangan korang. 
Jangan lupa membelek  menu Pasta and Noodles terutama Spaghetti Seafood Tomyam,Plancha Seafood  Spaghetti  dan  Croissant  Crab  Spaghetti yang hanya  terdapat di restoran  Melur and Thyme.
Plancha Seafood Spaghetti
Pasta cooked with homemade plancha sauce served with garlic prawn and flower crab
Spaghettti Cabonara with Beef Beacon 
Spaghetti yang dimasak bersama sos carbonara bersama beef bacon
Chicken Wing Satay
Chicken wing di perap seperti satay dan dihidangkan bersama kuah kacang, timun dan bawang
"Sempena pembukaan cawangan   baharu ini,   potongan 20%  sehingga  April  ini  manakala untuk  memenuhi kebajikan  pelawat  dan  kakitangan  Gleneagels  Hospital,  kami menawarkan set makan  tengah  hari pada  harga  bermula  RM20++" tambah Nabila Elanie  .
Restoran  Melur & Thyme yang mampu memuatkan sehingga 100 orang dalam satu-satu  masa beroperasi  setiap  hari  bermula puku1 8 pagi hingga  10 malam. Nabila Elanie  turut  memaklumkan, restorannya  sedia  menerima  tempahan  untuk  pelanggan   yang  ingin  mengadakan   majlis keraian  seperti  hari  lahir  dan  kesyukuran.
Jom kita ke :
Melur & Thyme Restaurant
Ground Floor, Block B,
Gleneagles Hospital
282-286, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Contact no. 019 3581889 atau 03 4265 3322.
Apa lagi, meh kita pi cuba..
 
 
 







