Showing posts with label fashion show. Show all posts
Showing posts with label fashion show. Show all posts

Monday, August 15, 2016

OBERMAIN Meraikan Pelancaran Gedung Utamanya Yang Berkonsep Serba Baru Di Malaysia

Hi Korang,

Kaki fesyen mesti tau jenama Obermain ni kan. 


Aku kenal pun sebab Mr Big suker bebenau brand ni, dia kata special sket barang-barangnya lain daripada yang lain.


Obermain, jenama warisan Jerman yang telah bertapak di Malaysia semenjak 1974, hari ini telah melancarkan pembukaan gedung teraju utamanya yang berkonsep baru di Malaysia. Kedai yang terletak di F-057, tingkat satu Mid Valley Megamall Kuala Lumpur, di hias dengan kombinasi konsep “retro”& “modern industrial” dan inspirasi gaya ini pasti menggamit perhatian pelanggan untuk menikmati pengalaman membeli belah penuh bergaya di situ. Untuk menjayakan tema retro kontemporari ini, kedai seluas 1227 kaki persegi itu mendalami sepenuh hati konsep gabungan elemen yang kontras dari pelbagai sudut, termasuklah kombinasi maskulin dan feminin, kontras warna, dan kontras dari segi tekstur bahan. 








Gedung teraju utama Obermain yang berkonsep segar ini dilengkapi dengan pelbagai produk menarik. Selain dari koleksi kasut yang terbaru dan mantap buat lelaki dan wanita, ia juga mempamerkan koleksi tas tangan wanita dan aksesori kulit kecil buat lelaki. Paling menarik sekali, pelancaran kedai konsep baru ini juga menjadi titik lahirnya koleksi pakaian lelaki Obermain. Koleksi pakaian ini diinspirasikan oleh gaya maskulin yang “timeless,” dan buat masa ini terdiri dari koleksi kemeja formal dan kasual yang memang suai gaya dengan kehendak lelaki urban.


“Obermain memastikan produk jenamanya sentiasa berkualiti tinggi, dan jenama ini terus giat untuk mencipta produk harian yang terbaik dengan menggunakan bahan asas yang bagus, dan dibuat dengan teliti dengan “finishing” yang mantap. Koleksi pakaian sulung Obermain ini memang suai gaya dengan lelaki urban berkerjaya pelbagai umur, tidak kira sama ada masih 20an atau sudah menjangkau 50an. Selagi dia seorang lelaki yang menjaga penampilan, dan punyai kalendar hidup yang aktif, pakaian Obermain pasti menepati citarasanya, apa lagi dengan harga yang berpatutatan diantara RM89 ke RM229 sahaja”, menurut Encik Chong King Foon, Ketua Pengurus Operasi Transmarco Lifestyle Sdn Bhd.

Kasut lelaki pertama Obermain telah berada dipasaran Malaysia pada tahun 1974, dan semenjak itu Obermain telah mantap bertapak sebagai jenama yang dikenali dengan barangan yang bergaya, selesa dan direka bentuk dengan teknologi Jerman. Kasut wanita nya pula telah diperkenalkan ke pasaran pada tahun 2012 dengan konsep berteknologi “reflex-zone-bed” dimana alas kaki nya memberi stimulasi lembut pada tapak kaki pemakainya. Teknologi ini telah direka dengan bahan asas semulajadi yang lembut, dan membuat pemakai menjadi lebih selesa sepanjang hari dengan menggalakkan pengaliran darah sempurna yang memantau kesihatan seluruh badan.


Selain dari itu, beberapa koleksi terpilih kasut Obermain direka untuk mengandungi teknologi “Active Flex” yang memberikan kasut itu sifat kebolehlenturan yang hebat. Teknologi ini membenarkan kaki pemakai untuk melentur langkah kaki dengan sempurna di setiap arah gerakan, terutamanya di bahagian depan kaki. 




Pelbagai koleksi menarik ada dipamerkan di kedai konsep terbaru ini, dan buat peminat kasut lelaki, ada empat koleksi yang amat bersesuaian. Untuk yang bergaya “rugged” kasut but Rainor sangat sesuai, terutamanya bila dipadankan dengan kemeja flannel dan jeans. Untuk lelaki yang lebih sukakan gaya sartorial yang kemas & klasik, kasut bertali Clement sangat cocok dengan kemeja berkolar “button down” & denim “slim” berwarna biru tua. Kalau “preppy” adalah gaya pilihan pemakai, Andrew, kasut loafer yang dibuat dari kulit lembut lembu muda, sangat ranggi bila digayakan. Untuk situasi semi formal, kasut loafer berhias rumba seperti Cale juga amat bersesuaian.




Buat wanita pula, koleksi Blute I dan Blute II, kasut bertapak flatform wedges yang direka dengan cetakan corak “floral” yang indah, memang sesuai untuk mereka yang sukakan gaya yang lebih feminin. Buat mereka yang mencintai gaya romantik ala “hippy” 70an, Jude II adalah kasut platform pilihan. Untuk mereka yang merancang untuk bercuti musim panas, kasut sandal kulit Livana III and Livana IV sememangnya yang paling sesuai gaya dan ianya wujud dalam variasi terus sarung atau berikat “ankle strap”dan pelbagai warna menarik seperti merah, biru dan lain lain lagi.



Pelancaran pembukaan gedung ini juga diseri dengan penampilan, penyanyi popular Indonesia, Afgan yang akan mengadakan konsertnya pada tarikh 3 September yang juga dipersembahkan oleh Obermain. Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran beberapa selebriti “new faces” seperti Daler Yusuf, Puteri Aishah, Daniel Woodroof dan Amelia Henderson yang turut memeriahkan pelancaran yang bermakna ini. Majlis ini ditutup dengan satu peragaan koleksi terbaru Obermain yang merangkum semua kategori produk digedung tersebut, yang melambangkan keseriusan jenama tersebut melangkan ke arah baru.





###


ABOUT OBERMAIN

Obermain diasaskan di negeri Jerman pada 1888 dan terkenal kerana rekaan kasut yang bergaya lagi selesa. Rekaannya merangkumi pakaian, kasut dan aksesori. Rangkaian kedai Obermain boleh didapati di Singapura, Malaysia dan Indonesia. Azam untuk membuat pembaharuan dalam rekaan kasut dan meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan telah menghasilkan penemuan teknologi mutakhir membuat kasut, termasuk Active Technologies dan ikon Air Cool technology. Kini, Obermain meneruskan legasi dan kejuruteraan Jerman dengan menitikberatkan penghasilan kasut serta aksesori yang bergaya, inovatif dan keselesaan untuk kepuasan pelanggan yang bijak.


Tuesday, August 18, 2015

Volkwagen Malaysia & Alia Bastamam untuk acara Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear 2015

Hi Korang,

Eventho tak dapat pi KL Fashion Week tahun ni sebab outstation tapi tetap gak nak update pasal event yang best awesome ni kan..


Volkswagen Malaysia berhubung dengan para peminat fesyen menerusi kolaborasi bersama pereka fesyen tempatan, Alia Bastamam pada acara Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear 2015 (KLFW RTW 2015).

Kerjasama ini menandakan penyertaan Volkswagen ke dalam dunia fesyen. Ia nyata serasi dengan DNA jenama tersebut yang memang terkenal menerusi reka bentuk yang tidak ditelan zaman dan memiliki prestasi terbaik. “Sejak bertahun-tahun lamanya, KLFW RTW telah terbukti menjadi satu platform yang hebat untuk menyerlahkan kreativiti dan kepintaran. Kami amat teruja untuk menjadi Penaja Kereta Rasmi pada tahun ini. Bagi meraikan debut tersebut, kami mempamerkan sebahagian daripada reka bentuk ikonik kami seperti Beetle, Golf R dan CC," kata Pengarah Pemasaran Volkswagen Group Malaysia, Martina Berg. 


Bukan itu sahaja, para peminat Beetle yang ikonik itu turut berpeluang melihat prebiu awal model Beetle Club berwarna oren (Habanero Orange) yang dipamerkan di pintu masuk Pavilion Kuala Lumpur sepanjang acara KL Fashion Week berlangsung. 

Mengulas mengenai kolaborasi dengan Alia Bastamam, Berg berkata, “Tidak dapat dinafikan bahawa Alia merupakan salah seorang pereka fesyen tempatan yang paling terkenal. Komitmen beliau terhadap rekaan yang tidak ditelan zaman dan kemas sangat sesuai dengan falsafah kami. Kami cukup teruja untuk memperkenalkan rekaan musim Bunga/Panas 2016 secara eksklusif di pentas peragaan Volkswagen Fashion Night with Alia Bastamam."

“Saya rasa sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan satu jenama ikonik yang cukup saya kagumi. Memang hebat rasanya apabila kami berkongsi banyak persamaan yang mengujakan," kata Alia. 

Dalam musim-musim sebelum ini, koleksi Alia lebih terarah kepada rekaan busana malam yang menggabungkan elemen glamor bersama fabrikasi yang kaya, labuci, renda dan hiasan-hiasan jahitan tangan. Untuk musim Bunga/Panas 2016 pula, Alia tidak lagi menggunakan konsep mewah, tetapi tampil dengan rekaan lebih ringkas. Alia kembali dengan rekaan ringan yang memberi inspirasi kepada beliau untuk memulakan labelnya apabila tampil bersama koleksi Resort pada tahun 2011. 

“Segar dan penuh harapan adalah apa yang saya mahu pada koleksi ini. Saya ingin mengembalikan kemudahan dan keselesaan kepada para pelangan kerana itulah yang membawa saya ke dalam industri ini pada asalnya – untuk mereka dan menghasilkan rekaan yang saya sendiri mahu memakainya," kata Alia.
 

Palet warna yang lebih ringan terserlah pada mood koleksi musim Bunga/Panas 2016 di mana aspek ‘ringan dan terang’ menjadi kata kuncinya. Untuk fabrik dan hiasan yang mewah, Alia menjadikannya sebagai koleksi Alia B. Koleksi Alia Bastamam dilihat lebih menarik kepada semua golongan wanita. Fabrik berlisu menjadi poin penting pada rekaan terbaharu Alia Bastamam – ia bermain dengan tona-tona pastel mentega dan ungu lembut. Siluet longgar dan perincian memberikan rekaan yang memiliki sedikit unsur bohemian ini tampak lebih bebas. 

Koleksi musim Bunga/Panas 2016 merupakan koleksi ke-16 dan ke-17 Alia dalam masa lima tahun. Bagi meraikan lima tahun ini, kini ditampilkan koleksi yang dekat di hati Volkswagen; memberikan gelombang positif yang sebelum ini dikaburi oleh elemen ultra-glamor. 

Semua kasut untuk acara ini direka khas oleh Lewre Bespoke.

Wednesday, September 17, 2014

Shopping Di OMGFEST! Sempena AIDIL ADHA Pada 28 September 2014

Hi Korang,

Kalau pasal shopping korang memang no. 1 dalam blog aku. Mesti kalau aku citer pasal shopping je, korang akan baca berkali-kali untuk pastikan tarikh, masa dan tempat kan. Ermm aku tau tuh, kat blog statistic ada tunjuk info tau.


Ok ni, ada berita baik untuk korang yang kaki shopping dan minat nak buka booth ek.


OMGFest! kembali lagi dengan tema baru OMGFest! Crazy Raya Sale – Part 2 dimana kali ini akan diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor, Seksyen 7 Shah Alam Selangor pada hari Ahad, 28 September 2014 bermula pada pukul 10pagi hingga 9 malam. 

Sempena menyambut Aidiladha ini, pihak OMGFest! Akan menghimpunkan lebih 200 peniaga-peniaga atas talian dengan produk-produk serta trend terkini dari aksesori , tas tangan, fesyen muslimah , kasut, kosmetik hingga ke produk makanan dengan harga runtuh sehingga 90%. Hanya satu hari jualan besar-besaran ini yang juga akan menghimpunkan lebih 20 orang artis/selebriti terkenal tanah air seperti Afdlin Shauki, Mawar Rashid, Bienda, Catriona Ross, Aida Rahim, Aida Aris, Noorshila Amin, Arja Lee, Saida & Saerah, Nadia Mustafa dan ramai lagi yang akan memeriahkan acara OMGFest! kali ini.

di antara bloggers yang hadir di PC OMG Fest!

Masih mengekalkan elemen berbelanja sambil menderma, kali ini OMGFest! bersama Muslim Care, Youth Change Movement Malaysia (YCM Malaysia) serta Appslippers Pioneer sebagai rakan digital media akan mengadakan pertunjukkan fesyen inspirasi dari bumi Gaza yang bertemakan “Gaza Fashion Expression” dimana akan menampilkan 18 rekaan ekslusif daripada Madiha Souk. Selain dari pertunjukkan fasyen dan pelbagai aktiviti pentas, terdapat juga kawasan permainan istana angin disediakan untuk kanak-kanak bermain sambil ibubapa berbelanja.


Menurut Pengarah Urusan OMGFest Ventures, Lieza Baharum berkata sasaran utama acara ini adalah bukan sekadar mendekatkan usahawan-usahawan atas talian dengan pembeli sahaja tetapi juga sebagai platform untuk mereka melebarkan rangkaian perniagaan mereka melalui “Business Matching” yang kami anjurkan dimana mereka dapat mempelajari kaedah pengawasan kewangan yang membantu mereka untuk menstabilkan perniagaan dari segi pemilihan harga yang bersesuaian dengan produk hingga ke budget pemasaran yang ideal tanpa memerlukan latar belakang kewangan atau pemasaran. 

OMGFest! yang diambil dari singkatan “Oh Must Go Festival” juga akan berada di beberapa bandar utama bermula di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kelantan dan berakhir di Kuala Lumpur untuk mempromosikan acara ini. 

Bagi mereka yang berminat untuk turut serta di dalam acara ini boleh menghubungi pihak OMGFest Ventures
 
telefon : 011-2626 1656 (Daz) / 019-279 6275 (Liza) 
Official website : www.omgfest.my

Hah dah tau tarikh, masa dan tempat kan. Apa lagi, meh kita simpan duit bagi event shopping yang awesome ni. Memacam boleh di beli selain daripada kita dapat menderma sekali kan.



Ingat tau! Mesti kena pergi tau..