Showing posts with label dropship AloeShafy. Show all posts
Showing posts with label dropship AloeShafy. Show all posts

Tuesday, December 19, 2017

Pelancaran Rasmi Produk ALOESHAFY, Keluaran PIJ Manufacturing Sdn Bhd

Hi Korang,

Suka Aloe Vera? 

Eh bagus untuk kesihatan kita tau terutama sekali kulit badan kan

Ada plak geli nak makan ek, sedaplah wei

Kalau korang yang tak tau, daun lidah buaya atau Nama Botani-nya "Aloe Vera" dilabel sebagai "Miracle Plant ataupun Tumbuhan Ajaib". Aloe Vera telah digunakan sejak beribu tahun lalu untuk tujuan kesihatan mahupun kecantikan kerana mempunyai pelbagai khasiat yang meliputi dalaman dan luaran tubuh badan manusia.


Dengan itu PIJ Manufacturing Sdn Bhd (PIJ Manufacturing), anak syarikat milikan sepenuhnya PIJ Holdings Sdn Bhd telah melancarkan produk ekstrak Aloe Vera berjenama ALOESHAFY dan menjadikannya syarikat pertama di Malaysia yang mengeluarkan ekstrak Aloe Vera ke pasaran tempatan dan luar negara.

Sebuah lagi anak syarikat Kumpulan PIJ Holdings, PPA Bio Sdn Bhd, telah mengkomersialkan penanaman secara organik Aloe Vera Barbadensis Miller, yang merupakan spesies Aloe Vera terbaik dunia di ladang berstatus MyOrganic seluas 120 ekar yang terletak Bio Desaru iaitu Lembah Makanan Organik Bersepadu Johor. Operasi kilang dan pemasaran ekstrak Aloe Vera dengan kapasiti pengeluaran optimum sebanyak lapan tan sebulan terletak di POIC, Halal Park, Pasir Gudang, Johar.

Kaedah pemasaran produk ALOESHAFY adalah melalui pelantikan agen dropshipper tanpa perlu menyimpan stok atau menghantar produk kepada pelanggan. la bertujuan menarik mereka yang baru memulakan perniagaan, usahawan kecil dan beroperasi dari rumah agar menggunakan secara aktif platform media sosial yang kini terbukti lebih cepat, mudah dan kos efektif di dalam menarik pelanggan. PIJ Manufacturing juga menyediakan pelan insentif menarik kepada agen dropshippers dengan harga produk yang berpatutan tanpa kompromi kepada kualiti.


Semasa pelancaran produk ALOESHAFY di Shah Alam baru-baru ini, Pengarah PIJ Manufacturing Sdn Bhd, Puan Sharifah Suziana Syed Ali, memaklumkan kapasiti pengeluaran di ladang sedia ada mampu mengeluarkan 10 tan daun Aloe Vera segar sebulan bersamaan dengan 120 tan setahun. 

"PIJ Manufacturing komited dan memberikan jaminan kepada semua pelanggan bahawa produk kami mempunyai kualiti yang terbaik, harga berpatutan dan mempunyai perkhidmatan yang boleh diharapkan. Polisi keselamatan makanan dan kualiti produk merupakan keutamaan kami. Prociuk kami memenuhi akreditasi yang sepatutnya untuk industri ini, seperti ISO 22000:2005; HACCP; GMP dan yang paling panting HALAL."


Puan Sharifah Suziana Syed Ali turut memberitahu bahawa Dr. Lee Ting Hun, yang merupakan Ketua Penyelidik, lnstitut Pembangunan Bioproduk (IBD), UTM. Yang merealisasikan usaha tersebut, IBD telah memulakan penyelidikan mengenai ANALISIS KUALITATIF ALOE VERA merangkumi skop kerja testimonial produk dan ulasan untuk:

a. Mengenalpasti kebaikan dan keberkesanan saintifik Aloe Vera 

b. Mengenalpasti dan menentukan komponen bioaktif Aloe Vera 

c. Mengenalpasti komponen bioaktif baru Aloe Vera

d. Peningkatan formula sedia ada

e. Formulasi rumusan baru atau formula terkini

Sejak berdekad lamanya, Aloe Vera telah digunakan secara efektif dalam perubatan tradisional, produk kesihatan dan suplemen diet, produk penjagaan diri dan kosmetik, farmasuetikal serta dijadikan makanan dan minuman.


Selain daripada majlis pelancaran ini, pihak ALOEHAFY juga turut memperkenalkan tiga (3) produk baru mereka iaitu:

1. JUS ALOE VERA yang memberi manfaat diantaranya untuk 

a) Anti oksidan
b) Detoks
c) Anti-radang
d) Meningkatkan proses penyembuhan
e) Menggalakkan tahap tenaga yang sihat

2. SIRI PRODUK KECANTIKAN KULIT

i. ALOE BODY GEL 
Gel badan yang sesuai untuk semua jenis kulit. la dapat membantu melembap, meremajakan kulit malahan boleh digunakan untuk penjagaan kulit kepala dan rambut.

ii. BEAUTY SET
Set Penjagaan Wajah yang terdiri daripada Pencuci Muka, Penyembur Muka dan Gel Pelembap Muka. Amat sesuai digunakan untuk membersih, menyegar, melembap dan menghidrat kulit muka.


Sedikit ulasan :-
Kak lily dah amalkan pun jus Aloe Vera tuh untuk supplemen harian, takdelah rasa pelik pun malah sedap jugaklah. Aloe Body Gel pun bagus sebab kak lily ada masalah kulit kering di bahagian lengan dan siku so sapukan je memang rasa melembap je.

So korang boleh mencuba produk ALOESHAFY ni ek, sebab Aloe Vera memang mujarab untuk kesihatan kita

Info lanjut boleh check it out di social media seperti berikut

Website : 
www.aloeshafy.com/ 

Facebook : 

Instagram : 









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com