Showing posts with label charity work. Show all posts
Showing posts with label charity work. Show all posts

Friday, September 26, 2014

RB berganding bahu bersama Save the Children untuk “Save a Child Every Minute”

Hi Korang,

Sedikit info di pagi Jumaat yang indah ini

RB (dahulu dikenali sebagai Reckitt Benckiser), syarikat peneraju dunia bagi produk kesihatan dan kebersihan pengguna, baru-baru ini melancarkan kempen di seluruh negara yang bertujuan mencegah kematian akibat cirit-birit di kalangan kanak-kanak di bawah usia 5 tahun – melalui kempen “Save a Child Every Minute.” Bersandarkan visi global dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan dan kebersihan untuk lebih 200 juta individu menjelang 2020, RB telah bekerjasama dengan Save the Children untuk menangani kekurangan amalan kebersihan dan fasiliti kebersihan. Sebagai sebahagian daripada kempen ini, RM1 daripada setiap jualan berjumlah RM20 bagi produk Dettol dan Harpic di antara Ogos dan September 2014 akan disalurkan kepada Save the Children untuk program mencegah kematian akibat cirit-birit ini. Melalui inisiatif serupa sepanjang tahun ini meliputi negara di Asia Tenggara seperti India, Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Bangladesh dan Sri Lanka, RB menyasarkan untuk meraih kutipan keseluruhan bernilai GBP 280,800.


RB telah bekerjasama dengan Save the Children sejak 2003 dan meraih lebih £15 juta (~ RM77.9 juta) dan membantu 2.5 juta orang termasuk 1.5 juta kanak-kanak untuk pelbagai program di seluruh dunia. Pada tahun 2013, kerjasama 'Healthier kids, Happier homes' dilancarkan semula dengan sasaran untuk mengurangkan jumlah kematian kanak-kanak akibat cirit-birit menjelang 2020 dan RB telah memeterai pelaburan sebanyak £23.5 juta (~ RM121 juta) sehingga 2015. Dengan fokus kukuh terhadap teknologi dan inovasi, RB juga komited untuk menyediakan produk penyelesaian bagi membantu menghentikan kematian kanak-kanak akibat cirit-birit. 


Berucap pada majlis pelancaran kempen ini, Encik Chander Mohan Sethi, Naib Presiden Kanan, RB Asia Tenggara: “Kami percaya bahawa setiap organisasi perlu dipacu dengan satu tujuan jelas. Bagi RB, tujuan kami adalah menyediakan penyelesaian berinovatif kepada individu untuk kehidupan lebih sihat dan keluarga yang lebih bahagia. Pencapaian kami tidak hanya menerusi produk berinovatif, malah turut dibantu kerjasama inovatif untuk mewujudkan kesedaran tentang kesihatan dan kebersihan. Kami juga percaya, kerjasama bersama Save the Children merupakan satu bukti terhadap komitmen kami kearah perubahan dan membantu menyelamatkan banyak nyawa kanak-kanak di bawah usia 5 tahun daripada mati akibat cirit-birit.”


Hina Nagarajan, Pengurus Besar bagi RB Malaysia & Singapura pula berkata, “Sebagai sebuah organisasi beridentitikan kesihatan dan kebersihan, kami percaya ia adalah tanggungjawab utama untuk tampil ke hadapan dan memainkan peranan penting dalam mengurangkan statistik membimbangkan melibatkan kematian akibat cirit-birit di seluruh dunia. Kerjasama kami bersama Save the Children dengan tujuan “Save a child every minute” akan dijalankan menerusi pendekatan holistik: dalam merawat dan mencegah insiden cirit-birit dan juga bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan dalam menangani masalah ini. Bermula Ogos, kami menyasarkan untuk meraih RM50,000 dengan menderma 5% daripada hasil jualan produk Dettol dan Harpic di antara 1 Ogos 2014 sehingga 30 September 2014.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerjasama RB bersama Save the Children, layari - http://www.rb.com/our-responsibility



Tentang RB

RB (dahulu dikenali sebagai Reckitt Benckiser) merupakan sebuah syarikat peneraju dunia dalam sektor kesihatan dan kebersihan pengguna. Syarikat ini beroperasi di lebih 60 negara dengan ibu pejabat di UK, Singapura, Dubai dan Amsterdam serta mempunyai pasaran di hampir 200 negara. Pekerjanya dianggarkan seramai 37,000 orang di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.rb.com/my-sg

TENTANG SAVE THE CHILDREN

Save the Children berkhidmat di lebih 120 negara dan membantu menyelamatkan nyawa kanak-kanak, memperjuangkan hak mereka dan membantu memenuhi potensi diri mereka. Untuk maklumat lanjut sila layari: www.savethechildren.org.uk

Friday, April 25, 2014

Kanak-Kanak Istimewa Juga Mahukan Kemahiran Hidup


Hi Korang,

Korang, please take time baca sket pasal ni ek.


Aku sendiri pun tak tau ada pusat CADS Enhancement & Vocational (CADS) ni, untuk kanak-kanak istimewa until aku ke event ‘OPEN MINDS’ dari P&G dan MYDIN Mohamed Holdings Bhd (MYDIN) ni.



CADS menumpukan perhatian kepada Palsi Serebrum (Cerebral Palsy), ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder), Autisme, Disleksia, Sindrom Down dan Lembam (Slow Learners). Ia merupakan organisasi bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan oleh sekumpulan ibu bapa, ahli akademik dan individu yang mempunyai minat dalam perkembangan kanak-kanak istimewa. CADS mempunyai dua pusat, CADS Enhancement Centre (CEC) untuk kanak-kanak dengan usia mental dari 12 tahun ke bawah dan CADS Vocational Centre (CVC), untuk kanak-kanak dengan usia mental dari 12 hingga 18 tahun.



“Sejak penubuhannya, Open Minds telah bekerjasama dengan organisasi-organisasi yang mempunyai objektif yang seiring dengan objektif kami untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas. CADS sesuai buat kami kerana ia memberikan kanak-kanak istimewa ini bimbingan yang diperlukan untuk memperoleh keemahiran-kemahiran hidup dan kemudiannya mampu menyumbang kepada masyarakat. Kami juga berbesar hati kerana MYDIN sekali lagi menyertai kami untuk meraih dana bagi CADS,” kata Nicolas de La Giroday, Ketua Pegawai Eksekutif Negara, P&G Malaysia dan Singapura di pelancaran kempen ‘Hulurkan Harapan’.



CADS menyediakan persekitaran yang kondusif, penyayang dan menyeronokkan yang membolehkan kanak-kanak istimewa belajar dan berjaya. Kanak-kanak di pusat tersebut gembira kerana berjaya mencapai perkembangan demi perkembangan. Menurut Encik Mohamed Hanifah Mohd Salih, Presiden CADS dan bapa kepada kanak-kanak yang menghidap Sindrowm Down, anak perempuannya yang berusia 14 tahun kini lebih yakin dan boleh berdikari hingga mampu memasak nasi gorengnya sendiri.




Korang boleh melibatkan diri di dalam kempen pengumpulan dana, ‘Hulurkan Harapan’, ini. Bermula dari hari Sabtu, 5 April 2014, hingga 31 Mei pengguna boleh membantu CADS dengan membelanjakan sekurang-kurangnya RM10 ke atas produk-produk P&G di cawangan-cawangan MYDIN yang mengambil bahagian. Sebahagian daripada hasil jualan ini akan didermakan kepada CADS. Produk-Produk P&G yang terlibat adalah seperti Joy, Pantene, Head & Shoulders, Rejoice, Herbal Essences, Olay, Gillette, Oral-B, Downy, Ambi-Pur, Whisper, Febreze, Dynamo dan Fab.

Pengarah Urusan MYDIN, YBhg Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Bin MYDIN berkata mengenai kempen tersebut, “Kami berbesar hati kerana P&G telah memilih untuk bekerjasama dengan MYDIN untuk tujuan murni ini. Kami terharu mendengar kisah-kisah menarik dan pencapaian-pencapaian hebat oleh kanak-kanak istimewa ini dan bangga untuk menjadi rakan kongsi kempen ini buat tahun kedua dan bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab kami bagi menjayakannya.”




Turut hadir di majlis pelancaran kempen tersebut adalah Chef Ammar Al Ali, chef selebriti dari rancangan masakan ‘Masak dari hati, Masak with Iman’ yang ditayangkan di TV Al Hijrah yang juga kerap hadir di CVC. Beliau percaya bahawa kanak-kanak istimewa ini mampu melalukan tugas-tugas yang lebih mencabar. Chef Ammar bersama-sama kanak-kanak dari CVC mendemonstrasikan seni menyediakan manisan Timur Tengah, baklava, ketika pelancaran tersebut. “Ibu bapa kanak-kanak istimewa ini perlu mendedahkan mereka kepada tugas-tugas yang lebih mencabar. Sebagai contoh, baklava adalah manisan yang memerlukan ketelitian, tetapi kanak-kanak ini berjaya menyediakannya,” kata Chef Ammar.


Kemurahan hati pengguna dalam menyertai kempen yang bertujuan membantu CADS dalam usaha berterusan mereka untuk memberikan kemahiran-kemahiran hidup dan perkembangan pendidikan untuk kanak-kanak istimewa ini sangat dihargai. Untuk mengambil bahagian, pengguna dijemput untuk datang ke cawangan MYDIN yang terdekat bagi mendapatkan produk-produk P&G.


Serius korang, aku rasa cam sayu hati sangat bila tengok bebudak ni. Betapa struggle diorang ni belajar pelbagai jenis perkara untuk memajukan diri sendiri. Sempat juga aku curi dengar perbualan parents yang hadir masa event ni, memang parents ni very sportive kepada anak-anak istimewa mereka ni. Langsung tak de rasa give up or mengalah, senantiasa bagi harapan dan dorongan. Serius aku amat kagum dengan mereka ni.

Cuba bayangkan kalau korang ni, di tempat ibu bapa anak-anak istimewa ni.. sedih tu memang sedih but you have to be strong.