Showing posts with label cara buat kuih semperit mudah. Show all posts
Showing posts with label cara buat kuih semperit mudah. Show all posts

Monday, July 6, 2015

Rahsia Kuih Raya Semperit Jadi Sedap

Hi Korang, 

Pasal nak kuih raya jadi sedap, kemain cepat korang klik kan. 

Ni aku nak kongsikan sket bagaimana kuih semperit raya korang bakal jadi sedap, ranggup dan lazattttt… 

Kuih Semperit atau biskut Dahlia telah lama menjadi kuih tradisi sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang diraikan di beribu-ribu buah rumah di Malaysia. Berbentuk sekuntum bunga daisi yang sedang mekar dan dihiasi dengan kepingan buah ceri, ia mengimbau nostalgia dan rasa yang unik menjanjikan keenakan yang tidak terperi. 


Mentega SCS kini membawa kembali kuih kegemaran klasik ini, tetapi dengan satu kelainan. Walaupun cara pembuatan tradisional masih dikekalkan, penampilan serta perisanya telah diberi pembaharuan dalam empat variasi baru. Resipi baru ini mencerminkan aspirasi pengeluar mentega premium ini - iaitu membawa inovasi dan sentuhan kreativiti kepada kuih kegemaran seisi rumah. 

Ramuan asas merangkumi tepung, gula, telur dan semestinya, mentega; tapi bukan sebarang mentega, jika anda ingin mendapatkan tekstur dan rasa yang tepat. Ramuan rahsia dalam adunan ini ialah Mentega SCS yang diperbuat daripada krim yang digodak dua kali dengan rapi. 

Tanpa berlengah lagi, aku mempersembahkan resipi eksklusif Mentega SCS untuk menceriakan masakan dan menambat selera anda. Pakaikan apron dan cubalah resipi baru ini! 


Coklat Kacang Hazel

Sajian bertekstur sederhana yang diserikan dengan rasa kacang dan kelazatan coklat, resepi ini menawarkan rasa yang penuh berperisa. Gigitan pertama memberikan rasa yang menyelerakan dan bertukar menjadi manis di tengah, resepi ini memiliki adunan mentega dan kerangupan yang sempurna tanpa mengenepikan daya tarikan yang serba sederhana.

Bahan-bahan :

200gm SCS Mentega Bergaram
75gm Gula Aising
1 biji Telur Kuning
1/4 sudu teh Esen Vanilla
140gm Tepung Gandum
80gm Serbuk Kacang Hazel
60gm Tepung Jagung
100gm Tepung Kastard
150gm Kacang Hazel (atau mana-mana sos atau sapuan kegemaran, dihidang)

Cara Penyediaan:

1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Masukkan telur kuning dan esen vanilla.

2. Campurkan tepung gandum, serbuk kacang Hazel, tepung jagung dan tepung kastard. Menguli sehingga menjadi doh.

3. Masukkan doh ke dalam "piping bag". Paipkan doh dengan jalur panjang kira-kira 4cm.

4. Bakar pada suhu 160°C selama 15 minit atau sehingga masak.


Semperit "Kejutan Oren"

Resipi klasik ini bukan sekadar sensasi Semperit yang biasa. Kanak-kanak pasti menggemari resepi ini kerana ia menawarkan ledakan kelazatan mentega yang diserikan dengan rasa oren dan dihiasi dengan seribu kilauan.

Bahan-bahan :

200gm SC Mentega Bergaram
85gm Gula Aising
35g Telur
6 sudu teh Jus Oren Pekat
20gm Parutan Kulit Oren
200gm Tepung Gandum
70gm Tepung Jagung
70gm Tepung Kastard
40gm Gula Berwarna Oren
40gm Gula Berwarna Merah

Cara Penyediaan :

1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula asing sehingga kembang. Campurkan telur, jus oren pekat dan parutan kulit oren.

2. Campurkan tepung-tepung ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati. Masukkan doh ke dalam "piping bag".

3. Paipkan huruf "8" dan hias dengan gula manik berwarna oren dan merah. Bakar pada suhu 180°C selama 18 minit atau sehingga masak.


Semperit Cappucino (adunan kopi dan kacang)

Adunan berasaskan kopi ini menawarkan kuih yang rangup di luar dan lembut di dalam. Dinikmati bersama secawan kopi, anda akan merasa lebih bertenaga dah sedar sepenuhnya. Rasanya sedap dalam setiap gigitan.

Bahan-bahan :

240gm SCS Mentega Bergaram
80gm Gula Aising
1 sudu teh Esen Vanila
4 sudu teh Pes Kopi/ Emulco
220gm Tepung Protein Rendah
80gm Tepung Jagung
25gm Serbuk Badam
70gm Cincangan Badam
70gm Cip Coklat

Cara Penyediaan:

1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan pes kopi/emulco.

2. Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk badam. Campur sehingga sebati.

3. Masukkan doh semperit ke dalam "piping bag" yang telah dipasang muncung berbentuk bintang.

4. Paipkan bentuk bunga atau bentuk kegemaran anda ke atas loyang. Hias dengan cincangan badam dan cip coklat.

5. Bakar pada suhu 180°C selama 18 minit atau sehingga masak.


Semperit Nutty (Mentega Kacang)

Dihiasi kacang parut di luar dan lapisan nipis mentega kacang di tengah, kuih unggul ini pasti akan menjadi kegemaran ramai. Rasa dan teksturnya merupakan ciri istimewa kuih ini.

Bahan-bahan :

200 gm SCS Mentega Bergaram
80 gm Gula Aising
1/2 sudu teh Esen Vanilla
160 gm Tepung Gandum
65 gm Tepung Jagung
100 gm Tepung Kastad
130 gm Mentega Kacang
80 gm Kacang Berlapis Gula, dikisar
1 biji telur

Cara Penyediaan:

1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Kemudian masukkan esen vanilla.

2. Kemudian masukkan bahan-bahan kering dan campur sehingga sebati. Rehatkan doh selama 5 minit

3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Gulungkan doh di antara 2 plastik setebal 3mm. Sejukkan doh dalam peti sejuk.

4. Keluarkan doh yang separa keras. Sapukan mentega kacang ke atas salah satu bahagian doh, kemudian dilapis dengan doh yang separuh lagi. Sejukkan doh yang berlapis dalam peti sejuk sehingga menjadi keras.

5. Potong doh menjadi kepingan kecil. Sapu bahagian atas dengan telur dan hiaskna dengan kacang yang telah dikisar.

6. Bakar pada suhu 160°C selama 20 minit atau sehingga masak.


Penggemar kek dan kuih yang berminat dengan resipi-resipi kuih khas berasaskan mentega di atas boleh melayari Iaman Facebook SCS atau saluran YouTube kami. Buku resipi kecil untuk kuih-kuih ini boleh didapati di pasaraya terpilih. Menjelang Jun 2015, SCS akan melancarkan satu peraduan FB, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini di Iaman Facebook kami.





Thursday, August 1, 2013

Buat Kuih Raya Bersama PLANTA Untuk Anak-anak Yatim

Hi Korang,


Lately ni banyak plak event masak-masak yang aku attend. Dah tukar profession plak ke, dari lifestyle blogger ke chef blogger. Hahahahah tak la, aku mane reti masak wei.


PLANTA sangat baik coz sudi menjemput aku je Bengkel Amal Kuih Raya padahal diorang pesan bawak anak sekali. La aku nak bawak anak sape plak? Anak kucing boleh lah. Nak tak nak aku bawak anak beso aku Mr Big lah since Sabtu tu dia tak de menda nak buat, so ikut jelah pi Mydin Mall USJ Subang ni.

Sesampai je Kak Ina dan Nadia pun ada. Nasib baik ada geng, so sempat gossip-gossip dulu sebelum event start. Alah citer-citer pasal family je. Nak makan tak boleh, pose so bantai borak je lah.



Event di mulakan dengan speech dari En Victor Leow, Pengurus Jenama, Kategori Makanan & Minuman, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, katanya ‘Daripada perayaan hinggalah kepada hidangan seharian, Planta sentiasa menjadi sebahagian daripada resipi kegemaran kebanyakan keluarga. Selain daripada mencipta kenangan dan detik-detik indah, kami juga ingin memberi inspirasi kepada pengguna kami untuk menyumbang kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik’.

Jeng jeng jeng

Bermulalah Bengkel Amal Kuih Raya ni.


Ktorg di pasangkan berdua, cam aku dengan Cik Ra (blogger gak) untuk buat kuih Semperit. Kuih raya ko! Bahan-bahan semua telah pun disediakan cuma tinggalkan nak bancuh buat adunan dan nak disemperitkan sebelum di bakar.






Maka campurlah semua bahan dan di gaul dengan mixer. Lepas tu plak di cetak guna acuan Semperit yang ada tuh. Cik Ra mencetak, aku tukang potong dan letak coklat chip. Siap semua 2 dulang then bakar.



Dah siap semua, then ktorang masukkan ke dalam balang yang di sediakan untuk diberikan pada Rumah Perlindungan Al Nasuha Batu Caves. Bestnya dapat gak buat amal di bulan puasa ni.


Bulan puasa, mana ada makan. Tapi ktorang dibekalkan dengan kuih Semperit yang ktorg buat tadi. Aku dapat makan esoknya coz terlupa plak. Memang sedap Semperit coz letak peanut butter sekali. Sedap plak makan sekeping so makan, makan dan makan sampai abis sebalang.


Anyway terima kasih kepada Planta coz sudi jemput ktorang ke event ni. Seronok plak main masak-masak depan orang ramai kan.


Tapi Planta memang sedap kan. Ermmm