Showing posts with label cara bersihkan kulit. Show all posts
Showing posts with label cara bersihkan kulit. Show all posts

Tuesday, July 16, 2013

CLINIQUE Moisturizing Lotion Bagi Kulit Kekeringan

Hi Korang,

Bulan-bulan Ramadhan ni kita semua mesti kurang air punya, maklumlah puasa.

Lepas tu, time buka puasa plak haruslah korang minum air kaler-kaler kan so bila masa nak masuknya air masak dalam badan kan. Mulalah kulit start kering, nampak cam kusam, tarik sket dah sakit kan sebab kulit tu tak bounce balik.

Ah sudah, sampai raya nanti kulit tu nampak mengeleber je plak. Dah tak cantik.



Sebab tu CLINIQUE memperkenalkan Dramatically Different Moisturizing Lotion + (DDML +)  ni bagi mereka-mereka yang mengalami masalah kulit kering. Kira maha hebat gaklah masalah kulit kering ni kan, seingat aku kulit berminyak je selalu mendatangkan masalah.

Ermm interesting..



Rupanya CLINIQUE ni dari 1968 (produk ini diperkenalkan) senantiasa mengkaji bahan dan teknologi terkini untuk memodenkan produk ni bagi kepuasan pengguna. Diorang ni berkerjasama dengan Dr David dan Dr Catherine Orentreich mempelajari keperluan kulit muka kita-kita ni. So dari sinilah,diorang dapat tau apa yang menyebabkan kulit kita menjadi sensitif,kesan alam sekitar pada kulit muka dan memacam lah.

Banyak plak aku membebel, mehlah kita try CLINIQUE  Dramatically Different Moisturizing Lotion + (DDML +)  ni ek.




Cute kan packagingnya nampak cam esklusif gituh, barulah curlass kan

Apa lagi, moh cuba ek



Meh kita try sapu kat tangan nak, tuang sket dulu kat tangan ek. Eee tengok tangan aku ni ada pigmen bagai huhuhuhuhuhu


Then sapukan seluruh bahagian tangan tuh, tapi aku terletak banyak plak. ishkk rugi ooo 


Cuba rasa jap, tangan kiri rasa biasa je but tangan kanan boleh rasa kulit cam melembapkan kan. Nampak kan perbezaannya.

Sebab apa jadi cam tu?

Kerana ianya bertindak 2 kali ganda tahap kelembapannya dan kulit senantiasa melembap sepanjang hari tanpa ada penurunan minyak tambahan. Lepas tu plak, kalau pakai secara berterusan, peningkatan 54% kulit korang dari kekeringan kepada menjadi lembap dalam 8 minggu.

Ialah aku tak tipu, diorg ni kan buat research. Mestilah ada bukti-buktinya

Yang ada masalah kulit kering ni, bolehlah mencuba CLINIQUE Dramatically Different Moisturizing Lotion + (DDML +)  ni, mana tau korang lagi cantik dan kulit lagi bersih kan. Aku sendiri pun mencuba gak ni, walaupun kulit muka aku ni nampak cam berminyak tapi kalau korang boleh rasa bahagian pipi ni kering tau, so tak seimbanglah.


Macam pakar Fisiologi ada cakap, kulit muka mestilah mempunyai nisbah yang sama di antara minyak dan air supaya ia tidak kering dan gatal-gatal, tidak berminyak disebakan oleh kelenjar minyak yang terlalu aktif. So nampak tak, kelembapan, kulit tenang yang berfungsi tanpa halangan adalah kulit seimbang.

Itulah kulit sihat

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai CLINIQUE Dramatically Different Moisturizing Lotion + (DDML +)  Lotion ni, korang leh check it out di www.clinique.com.my dan di facebook www.facebook.com/cliniquemalaysia . Lagi banyak info yang korang boleh tau ye.

Korang yang kulit kering tu, tak yah nak bimbang lagi la ek.