Showing posts with label cara ambil gambar produk. Show all posts
Showing posts with label cara ambil gambar produk. Show all posts

Friday, April 18, 2014

My Mini Photo Studio

Hi Korang,

Aku memang tak terfikir pun nak beli mini photo studio nie.

Masa ruby.my sibuk ajak aku pi beli, aku buat dek je sebab rasanya cam tak pakai kot. Mesti nanti terperuk je kat bilik entertainment je nanti.

Sudahnya bila rasa dak bosan giler buat editing untuk product review, barulah rasa menyesal tak beli kan. Padan muka kata Mr Big, hari tu ada peluang tak nak beli plak.

Nyesal tak sudah.

So teruskan jelah kehidupan dengan ambil gambar menggunakan terknik tersendiri.


Baru-baru ni masa duk cantik je browse online shopping punye website ni, aku terpandang iklan mini photo studio ni di www.gdeal.com.my. Ermm baca sambil duk belek-belek gambar yang appear tuh, ermm nekad terus beli lah. Dahlah promotion date tinggal 30 minit time tuh. Cepat-cepat order dan buat payment melalui maybank2u. Hah settle!

Dapat email confirmation yang mengatakan payment successful dan barang akan di hantar secepat mungkin. Memang ye cepat ko, rasanya 3-4 kemudian barang pun sampai kat office.

Balik rumah, lepas dinner terus bukak kotak besar ni.


Rupanya ada 2 spotlight, kotak sebagai frame studio tuh, adjustable camera stand dan 4 warna kain background untuk photoshot kan.

Cepat je aku pasang, Mr Big duk tengok je samada aku ni pakai ke tidak guna mini photo studio ni. Yang nak pakai pun aku je, so baik belajar sendiri tak yah nak tunggu Mr Big balik dan pasang.

Ok siap.


Untuk testing, remote astro aku jadi mangsa. Cantik gak gambar tu bila 2 spotlight dah ON tadi. Gambarnya nampak bersih dan cantik je.



Mangsa kedua, sapa lagi kalau bukan #DakUban coz dia yang excited sangat masa aku duk sibuk pasang tadi. Keluar masuk, panjat atas kotak nak tengok apa yang aku buat. Bila dia masuk dalam frame studio, terus je aku snap. Nampak besar plak budak hitam ni coz camera aku dekat sangat, tu yang jadi cam tuh.

Bolehlah baru percubaan pertama, seronok gak.

Bila aku post kat Instagram & facebook, ramai plak berminat nak beli. Siap tanya aku delivery charges berapa kalau ke KL. Alamak korang, aku pun beli online gak lah, bukan tukang jual.

Inilah websitenya : www.gdeal.com.my 

Kemudian korang search MiniPhoto Studio. Aku rasa still available lagi kot cuma harga je yang tak pasti coz senantiasa berubah ikut permintaan. Masa aku beli tuh dalam RM90.00 then masa blogger mahamahu beli pun still RM90.00 lagi.

Hah apa lagi, pi check it out la ye kalau korang berminat. Diingatkan sekali lagi ye bahawa, aku penjual setakat customer yang minat dengan benda-benda yang menyenangkan hidup ni kan. 

Itu je, ermm weekend ni nak try amik gambar product plak.

Ishkk best ni..