Showing posts with label bebas cukai. Show all posts
Showing posts with label bebas cukai. Show all posts

Sunday, March 20, 2011

Seronoknya 3 Hari 2 Malam Di Langkawi

Hi Korang,

For sure korang mesti x perasan kan, yang aku pi bercuti last week. Ermm nampak blog berupdate je kan, padahal itu semua schedule post. hehehehehhehe


Ye, ktorg pi bercuti ke Langkawi je dengan all our family sebelah mak aku. Percutian keluarga katakan. Naik bas persiaran reramai, mak aku yang jadi event plannernya dah macam rombongan cik kiah plak aku rasa.Semua generasi ada, atuk nenek, mak sedara, cousin, anak sedara, cucu semua ada lah. Ktorg jalan jumaat malam dari Melaka then singgah amik members kat Sg Buloh then teruskan journey sampai ke Jeti Kuala Perlis pagi sabtu hari tuh. Ingatkan tak ramai orang masyallah ramai gile. Nasib baik semua dah booking so ok lah.

On 1st day tu, ktorg di bawak 'day tour' satu pulau ni. Tak banyak yang berubah but pembangunan semakin rancak. Dah banyak bangunan2 tinggi dan cantik dah kat Langkawi ni. Ktorg sempat singgah ke Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Cable Car Gunung Mat Cincang, Tempat Gamat, Tempat Batik Jawa dan memacam lagi lah. Sampai petang 'day tour' tuh, masuk hotel je trus terbungkang kepenatan.


2nd day tu plak, kebanyakan masa di habiskan dengan lepak2 kat Pekan Kuah sambil mengabiskan duit dengan makan dan bershopping. Penuh van air laut tu lah dengan bag plastic Idaman Suri & Hj Ismail Group. Yang beli pinggan mangkuk lain, beli kuali mahal lain, beli set vantage lain, beli set correlle, vision ermm memacam lagi lah. Yang beli coklat sampai 3-4 beg pun ada.Mak aku pun sama gak, sibuk nak tambahkan koleksi set Vantage dia. Ishkk lotih betul lah..


Last day kat Langkawi, ktorg gerak pagi coz nak ke Padang Besar plak. Sambung shopping kat sana. Kat jeti Kuah, ramai gila manusia semuanya nak balik dah. Yang aku perasan beg ktorg nie dah beranak2 plak. Yelah pegi bawak 1 beg balik dah jadi 5-6 beg. Aku rasa nak meletup plak perut bas tu ktorg sumbat dengan bebarang kan.


Anyway, percutian family kali ni seronok sangat. Yelah dah lama tak kumpul reramai cam ni so memacam citer & gossip2 terbaru semuanya dapat tau. Hopefully dapat lagi pegi trip cam ni.