Showing posts with label banjir di melaka. Show all posts
Showing posts with label banjir di melaka. Show all posts

Thursday, February 3, 2011

Aku Kepenatan

Hi Korang,

Aku kat umah mak aku nie bercuti sempena raya cina nie. Seronok wei cuti kan. Boleh manja2 dengan mak aku. Order je nak makan apa then terus dapat kan..

Ermm kata kauuuuu...bertuahlah aku kan.

Sejak dari malam tadi aku sampai kat umah mak aku nie sampai lah sekarang aku still tak berhenti lagi berkemas.. jeng jeng jeng.. bukan sebab nak sambut raya cina tapi sebab rumah mak aku kena banjir. Oit first time sepanjang ktorg duk rumah inilah kena banjir yang paling teruk sekali.

Ini sebahagian daripada gobok yang nak kene bakar... Nangis oo

Korang bayangkan lah mak aku terpaksa beli 4 gobok baru bagi nak ganti gobok lama yang dah kembang kena air lumpur banjir tu kan. Ishk cian jugak aku tengok petang tadi gobok tu semua kena bakar. Abis semua pinggan mangkuk aku kena basuh balik, yelah dah kena lumpur. Nasib baik air tak naik kena tilam, kalau tak abis aku kena tidur kat lantai jelah kan.

Ermm dah malam nie pas dah makan baru lah dapat update blog. Even facebook dan twitter pun langsung tak berupdate.

So esok sambung kemas lagi. Pendek kata asal celik mata je kemas umah, lepas makan kemas umah, lepas mandi kemas umah.

Nak tido.. chow..