Showing posts with label armada hotel. Show all posts
Showing posts with label armada hotel. Show all posts

Friday, August 23, 2013

SUPERWOMEN, WEvents’ 3rd Anniversary Party!



Hi Korang,


Last week, sempat gak aku ke Armada Hotel, PJ untuk celebrate WEvents Anniversary yang ke3.


Kira first time aku dapat join WEvents’ punye event, dah 3 tahun pun diorang ni beroperasi tau. Haruslah semuanya perempuan kan. Itu yang syiok tuh.



Cam biasa registration dulu, aku cam biasalah as media. Dapat goodies bag yang comel tau. Cute bagnya polka dot.





Jom makan-makan dulu sebelum event start, nasib baik ada Innanie dan Ayna kira ada kenal gak. Ramai gaklah bloggers lain turut hadir. Walaupun menunya simple but sedap.




So apa-apa pun speech dari Jenisha dan Winnie selaku founder of WEvents ni. Kata-kata diorang menambah semangat ‘superwomen’ aku tau. Mimi Teh dari Bag Of Love pun sangat inspiring kata-katanya. Sukerlah diorang ni.




Kemudian ktorang di hidangkan dengan 10 talented SUPERWOMEN yang bertanding bagi merebut hadiah-hadiah yang awesome. Hah ko memacam aksi keluar baik menyanyi, menari, motivasi  semua ada. Ade few shot yang dapat aku amik ni.

Best kan.

Diorang ni memang sangat berani untuk perform atas stage. Kalau aku gabra ya ampun hehehhe


Yeah, aku dapat hadiah lucky draw. Sukernya iaitu Eyelashes extension voucher dari Posh Spa. Ermm tapi rasa tak sempat nak buat kot coz tak de masa, most probably akan di giveawaykan. Sapa mau? Cepat angkat tangan.




Inilah dia pemenang bagi talented SUPERWOMEN tuh. Sangat awesome dia menari dan menyanyi as catwomen. Congrats pada semua pemenang. Kalah menang semua dapat hadiah tau.


Terima kasih pada The Butterfly Project dan WEvents’ coz sudi ajak aku berjimba di party ni. Sangat seronok. Korang tanyalah Innanie budak coklateyes tuh, cam ne aku gelak tak hinggat tau.

Saturday, July 6, 2013

Buffet Ramadhan 2013 Di ALOFT Hotel Kuala Lumpur Sentral

Hi Korang,

Aku rasa ramai yang tak tau tentang kewujudan Aloft Hotel ni kan.


Yelah hotel baru yang betul-betul terletak dekat KL Sentral Station, keluar je dari bangunan dah nampak dah Aloft Hotel ni.






Pihak hotel menyediakan buffet ramadhan bagi tahun ni dengan bertemakan ‘A-list Malaysian Feast’ yang menghidangkan beberapa jenis pilihan masakan melayu, bersama-sama dengan pembuka selera, salad, roti, sup, makanan utama, dan pencuci mulut.


Jom lah tengok apa yang ada di buffetline mereka nie k.















Sedap, lazat dan menarik hati dan perutku. Rasanya 2-3 ulang ke buffetline diorang ni.

Ok layan dessert plak












Kau memang deboom dessertku, bubur kacang dan teh tarik 2 kali aku pi tambah ye.






Simple but nice kan. The way that diorang represent all the food dalam saucepan, pot nampak sangat unik lagi menarik. Terus tergoda aku dibuatnya.



Untuk buffet ‘A-list Malaysian Feast’ ni, ianya bermula dari 12hb Julai 2013 hingga 7hb Ogos 2013.

Harga buffet ramadhan di Nook Cafe ni adalah

RM88++ untuk dewasa

Eh korang boleh gak beli ‘early bird’ voucher bagi buffet ramadhan 2013, untuk ini cuma RM70nett untuk dewasa dari sekarang hingga 8hb September 2013.

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-2723 1154


Jom kita ke

Nook Cafe
Aloft Kuala Lumpur Sentral
Kuala Lumpur Sentral
Tel : 1800 80 6575

Makan kat sini best sket coz dapat tengok view depan KL Sentral, orang lalu lalang berpusu-pusu ke sana kemari kan. Memacam gelagat orang yang aku duk peratikan. Best!

Anyway,

Selamat Menjamu Selera Korang!