Showing posts with label WORLD SANDWICH DAY. Show all posts
Showing posts with label WORLD SANDWICH DAY. Show all posts

Wednesday, November 6, 2019

Sambutan ‘WORLD SANDWICH DAY’ Bersama SKIPPY® Peanut Butter Malaysia

Hi Korang, 

Pernah dengar ‘World Sandwich Day’? 

Haruslah tidak kann!! 

Ye jangan kata korang, even kak lily pun baru tahu hari tuh. Best jugak ek, ada menda menda ni at least kite appreciate sandwich kan hehehhe 


Kenal SKIPPY® Peanut Butter tak?

Giler tak kenal, korang ni kan. Please jangan nak malukan ahkak ko ni ek

Sehubungan dengan itu, DKSH Business Unit Consumer Goods, penyedia perkhidmatan Pengembangan Pasaran Utama di Asia, telah bekerjasama dengan SKIPPY® dan DIY Bites Studio untuk meraikan ‘World Sandwich Day’ yang mana acara ini berlangsung di Setia City Mall dan turut hadir seorang chef muda yang berumur 9 tahun iaitu Chef Cheah Leah Choy. 

Of courselah kak lily excited sekali maklumlah, sarapan kan amat penting bagi kita semua dan sandwich merupakan menu yang paling mudah untuk di setiap pagi tanpa berpenat lelah untuk menyediakan bahan-bahannya. Even kak lily suka makan cam tuh jer SKIPPY® Peanut Butter ni, colek guna jari pun boleh hehhehe 

Dan SKIPPY® Peanut Butter memang memudahkan kerja-kerja ibu-ibu ketika menyediakan sarapan setiap pagi untuk anak-anak di bawa bekal ke sekolah. 

Uniknya SKIPPY® Peanut Butter 

Cantikkan packagingnya. 


Senang untuk di pegang dan di bawa kemana-mana jua pun. Kalau kak lily just letak dalam handbag dan siapkan 2 keping roti so bila lapar just picit bebanyak pada roti lepas tuh makan hehehe. Yang best tuh, ada nozzle untuk korang gunakan dan boleh buat deko kat atas roti  korang nanti hehehhe, harus kena dapatkan ek.

3 nozzle yang menarik dan mudah di pasang pada SKIPPY® Peanut Butter tiub ni

Hah lepas pasang nozzle tuh, terus picit jer atas roti

"Sandwiches are a staple in any household or restaurant today. This versatile, on-the-go and easy-to• make food can be a balanced meal because it can include meat, vegetables, dairy products and sometimes even fruits. We share SKIPPY®'s passion in inspiring people and are happy to celebrate this occasion with their iconic peanut butter brand" menurut penerangan dari Chua Chong Hoon, Vice President, FMCG, DKSH Malaysia. 


Sejarah Sandwich 

Sandwich seperti yang kita tahui ianya mula popular di England pada tahun 1762 yang telah diperkenalkan oleh John Montagu, Earl of Sandwich ke-4. Menurut sejarah, Montagu mempunyai masalah perjudian yang besar yang menyebabkan dia menghabiskan berjam-jam lamanya di meja kad perjudian. Dalam satu pesta yang sangat panjang, dia bertanyakan kepada tukang masak untuk membawa sesuatu yang dia boleh makan tanpa bangun dari tempat duduknya, dan saat itulah sandwic diperkenalkan. Ketika itu Montagu menikmati sandwich yang mana daging yang dikepit dua potong roti dijadikan makanan yang boleh dimakan dengan sebelah tangan sambil bermain kad.

Sandwich merupakan menu yang paling mudah sekali, hanya sediakan 2 keping dan korang boleh letak apa jua bahan-bahan yang korang suka di tengah-tengahnya, tak kiralah letak kaya, mentega, telur, keju dan memacam lagi. Tetapi sandwich yang paling hebat dan enak serta mudah disediakan adalah peanut butter dan jelly hehhehe 

May Ang (tengah), Pengurus dari SKIPPY® PEANUT BUTTER DKSH Malaysia Sdn Bhd, Chef Leah Choy dan Chef Jie Low merakamkan momen bersama variasi hidangan sandwich yang dihasilkan daripada SKIPPY® PEANUT BUTTER bersempena dengan Hari Sandwich Sedunia..

Semasa majlis tersebut, ada acara misteri box challenge di antara Chef Leah Choy dan Chef Jie Low. Mereka di berikan kotak misteri yang di dalamnya merupakan bahan-bahan untuk menyediakan sandwich. 



Dah nama pun Chef kan, ermm dalam sekejapan mereka menyediakan sandwich yang enak lagi nampak menyelerakan. Kak lily pulak yang excited ek, nampak cam sedap plak hasil resipi kedua-dua Chef ini ek. 



Inilah dia idea ciptaan kedua-dua Chef ini menggunakan SKIPPY® Peanut Butter

Mari Belajar Buat Sandwich Coklat Enak 

Hahhaa nak gelak dulu boleh?? 

takut akak wei bila acik Kols Ayu Rafikah duk pandang jer apa akak buat kan

Sebab apa?? Tangan kak lily memang tak berseni betul senget benget jadinya sandwich ni lah.hehehehe 

So Chef Jie Low ajar kami menyediakan resipi mudah menggunakan SKIPPY® Peanut Butter dalam sandwich coklat yang mudah ini. 

Campurkan bubble rice bersama coklat dan masukkan dalam acuan dan sejukkan dalam chiller

Sambil tuh buat ganache coklat untuk di letakkan di tengah-tengah bubble rice tuh nanti

Sekejapan dah sejukkan, terus kak lily keluarkan dari acuan

Hah paipkan coklat dan SKIPPY® Peanut Butter di atasnya dan letakkan strawberry sebagai hiasan

akak dengan hasil sandwich akak, tangan tak berseni cam ni lah kan hahaaa

Tergelak-gelak masa buat resipi ni, sebenarnya mudah tapi disebabkan memain so jadiklah comot cam tuh kan hahahaha


Inilah dia orang-orang yang excited dengan SKIPPY® Peanut Butter ni hah, makan-makan dan makan jer kerjanya hehehe



Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook : 


Instagram : 




#worldsandwichday2019
#skippypeanutbutter
#DKSHMalaysia
#DKSHFMCG
#DKSHconsumergoods
#simplyskippy
#skippypbmalaysia