Showing posts with label Ulangtahun. Show all posts
Showing posts with label Ulangtahun. Show all posts

Wednesday, June 24, 2020

Majlis Pra-Pelancaran PROJEK GILA Bersempena Meraikan Ulangtahun LEFTHANDED Ke-40 Tahun


Hi Korang, 

Dalam lipatan sejarah kegemilangan adegan muzik rock Malaysia khususnya pada tahun 1980-an sehingga awal 1990-an, kumpulan Lefthanded ternyata telah pun berjaya membentuk liga mereka sendiri dan tidak dapat ditandingi sama dari segi ‘sound dan style’ muzik serta persembahan mereka. 


Dengan memiliki dua lagenda gitar hero iaitu Man Keedal dan Samad, lahirlah pelbagai riff gitar cukup ikonik, digabung bersama dengan lantunan bassline solid daripada Yan dan dram snare Man Dayak yang pantas dan padu, ia kemudian disempurnakan lagi filem vokal unik Nash yang husky melejit tetapi penuh dinamik. 

Ya, di situlah kekuatan Lefthanded yang tidak ada pada band-band muzik rock lain yang sezaman dengan mereka. Tidak hairanlah mengapa sehingga kini Lefthanded masih tetap unggul serta dihormati di kalangan band muzik rock seangkatan mereka serta anak-anak band muzik generasi muda. 

Sempena meraikan 40 tahun penglibatan dan perjalanan kerjaya muzik mereka di dalam industri muzik Malaysia, kumpulan Lefthanded bakal terlibat dengan sebuah projek besar yang dinamakan PROJEK GILA


PROJEK GILA yang diadakan secara usahasama dengan syarikat produk kecantikan, HERB LAB dan E-Green Enterpreneur ini adalah sebuah konsert jelajah yang akan diadakan di 10 buah lokasi di seluruh negara sebaik sahaja pihak kerajaan mengumumkan berakhirnya sudah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). 

Bertemakan HIDUP dan PERJUANGAN yang juga adalah salah sebuah lagu yang diangkat dari album studio Lefthanded yang berjudul Qabul, PROJEK GILA ini adalah suatu usaha yang dilakukan kumpulan Lefthanded sebagai tanda terima kasih kepada fanbase mereka yang selama ini telah banyak berjasa serta menyokong kerjaya muzik mereka dari awal kemunculan hinggalah pada saat ini. 

Vokalis utama Lefthanded, Dato' Nash berkata, tempoh selama 40 tahun berada di dalam industri muzik bukanlah suatu tempoh yang sia-sia buat Lefthanded dan peminat mereka. 

"Atas usaha Man Keedal dan saya juga, kami dapat meneruskan kesinambungan Lefthanded 2020 aabila bergabung filem bebera pemuzik muda termasuklah anak arwah Man Dayak iaitu Hafiz, Ritz Metalasia serta mereka yang bertauliah di dalam bidang muzik“ 


"Tiada apa lagi yang ingin kami lakukan di dalam PROJEK GILA ini selain daripada memberikan manfaat kepada peminat Lefthanded sendiri. Jujur saya amat bangga dengan diri saya sendiri kerana selama penglibatan bersama Lefthanded ia juga semakin mematangkan saya dalam membawakan muzik Lefthanded " katanya. 

PROJEK GILA ini ternyata amat simbolik buat Man Keedal dan Nash kerana ia bakal mendedahkan perjalanan seni temasuklah jatuh bangun serta pahit getir Lefthanded selama 40 tahun mereka hidup dan berjuang di dalam indusri muzik tanah air. 

Malah mereka akan turut berkongsi pengalaman mereka sepanjang bergelar artis syarikat rakaman, penglibatan mereka dengan kerja-kerja pembikinan muzik, bagaimana persiapan konsert dilakukan bermula dari saat rehearsal sehinggalah melakukan sound check serta usaha-usaha yang dilakukan untuk menjadi band muzik rock tanah air yang hebat. 

Gitaris lagenda Lefthanded, Man Keedal berkata, PROJEK GILA ini akan mendedahkan segalanya tentang Lefthanded buat peminat-peminat mereka. 


"Inilah sumbangan yang ingin kami berikan buat peminat kami kerana berjayanya Lefthanded sehingga ke tahap ini adalah kerana fans kami. Ini juga adalah suatu usaha yang dilakukan untuk kami memberikan contribution kami sendiri terhadap industri muzik tanah air" katanya lagi.

Perjanjian Antara Rakan Sekerja Antarabangsa dan Tempatan

Seperti yang diwar-warkan Projek GILA ini juga mendapat sokongan daripada pihak syarikat antarabangsa mahupun tempatan.




Antara VIP yang hadir untuk majlis perjajian memorandum persefahaman ini termasuklah YBhg Dato' Sheikh Jamal (untuk Hub di Pakistan dan Gulf Corporation Council - Middle East), M.S Margin Consultancy untuk Hub Filipina, Mohd Husairi Huzaidi (E-Green Ketua di Bahagian Cawangan Kelantan), YBhg Dato' Paduka Haszeli Haji Abdul Halim (Regional Distributor Malaysia), Mohd Norizlan Izham (Regional Distributor Malaysia) dan Miss Charmaine Oon (Regional Distributor Malaysia).

Marilah Sokong Projek G.I.L.A

Bagi menyemarakkan industri muzik tanah air, jom sama-sama kita sokong Projek G.I.L.A Lefthanded sebagai tanda terima kasih atas kehadiran kumpulan ini dalam mewarnai muzik rock yang menjadi lagenda satu masa dulu. 


Dengan pembelian tiket konsert pada harga yang cukup menarik, pakej sekali dengan diberikan produk kecantikan Herb Lab sememangnya sangat berbaloi dan berpatutan.Selain itu, pelbagai ganjaran menanti korang dalam bentuk cabutan bertuah. Hadiah utama seperti kereta dan pelbagai lagi.


So apa tunggu lagi, marilah kita sama-sama menyokong industri hiburan tanah air kita.