Showing posts with label Trailer Filem Mael LambonG. Show all posts
Showing posts with label Trailer Filem Mael LambonG. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

Review Filem Mael Lambong

Hi Korang,

Semalam sempat aku ke TGV Sunway Piramid untuk preview screening bagi filem ‘MAEL LAMBONG’ ni.  Sapa tak kenal watak Mael Lombong ni kan, di adaptasikan daripada sketsa Zizan dan Johan dalam Maharaja Lawak yang lepas.


Terus tercetus idea pengarah Ahmad Idham untuk filemkan sketsa ni. Hebat kan, dala sekelip mata je aku rasa.

Meh layan synopsis filem Mael Lambong ni ek

Mael Lambung (Zizan Razak) merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah dan menjadi kelam kabut apabila bertemu dengan Maria (Juliana Evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat.


Pelarian mereka untuk menyelamatkan diri membawa Mael dan Maria ke Terengganu yang juga kampung halaman Mael. Rupa-rupanya Mael telah lama meninggalkan negeri kelahirannya ini kerana membawa diri.


Di kampung, Mael kembali bertemu dengan Rozie (Shenthy Feliziana), bekas kekasihnya yang kini telah bergelar tunangan kepada Tiger (Taiyudin Bakar). Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan yang pernah terjalin di antara Mael dan Rozie sebelum ini.

Penjahat memburu Maria kerana mahukan mikrocip yang mengandungi maklumat tender projek kerajaan itu akhirnya dapat menjejaki mereka di Terengganu. Apakah yang berlaku seterusnya? Sama sama kita nantikan di pawagam.


THiller filem Mael LambonG, jom layan jap.



Bagi aku :

Jalan cerita very straight forward. Aku tak perlu serabut nak fikirkan kesudahannya. Ada adegan action, lawak dan romantik. Rasanya korang pun tau kan kalau Zizan buat lawak memang menjadi kan, sama gak dalam filem Mael Lambong ni. Cuma ada certain adegan tu aku rasa, kalau ada kanak-kanak menonton for sure mereka tak paham kan adult punya lawak.
Enjoy lah tengok filem ni, penuh dengan gelak ketawa. Gandingan Zizan dan Juliana Evans memang terbaik.

So cam biasa Mr Big kasi 3.5/5 star

Para pelakon Filem Mael Lambong

Loving Couple - Juliana Evans dan Zizan Razak

Korang mesti tertunggu-tunggu filem Mael Lambong ni keluar kan, jadi Filem Mael Lambong yang akan ditayangkan bermula 21 Jun 2012 di 79 panggung seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.