Showing posts with label Sos Limau Merecik. Show all posts
Showing posts with label Sos Limau Merecik. Show all posts

Monday, July 8, 2019

Enak Rasanya Nasi Burung Sos Limau Merecik Ni

Hi Korang,


Craving level kak lily memang tahap super sayaa so takde sape yang boleh lawan tau huahauha 

Especially bila dengar nama makanan yang pelik-pelik haruslah kak lily akan pi terjah untuk merasainya sendiri. Kebetulan jugak dah seminggu lebih kak lily dengar pasal Nasi Burung Sos Limau Merecik ni lah, ermm nama pun dah awesome apatah lagi kalau dapat merasa kan. 

Bila story-story dengan Maha pasal ni terus dia cakap oh dia tau ade orang yang buat  menu Nasi Burung Sos Limau Merecik ni kan ermm apa lagi haruslah kena terjah ni. 

Nasi Burung Sos Limau Merecik

Sebab nak order cuma sebungkus je, So jumaat hari tuh lepas kerja terus janji dengan Maha nak pi rumah Puan Sheeda di Subang ni. Nak rasa sangat dah ni, so lepas maghrib cam tuh ktorang sampai la bukan ktorang je adalagi geng-geng kaki makan lain yang Maha ajak so takdelah akak ko ni rasa segan kan hehehhee

Kalau korang nak tau yang Nasi Burung Sos Limau Merecik ni bermula pada setahun yang lalu daripada satu jamuan yang di adakan dan Puan Sheeda menghidangkan menu unik ni. Selepas daripada itu, ramai yang berminat untuk menempahkan menu ni daripadanya. 

Ok ok burung tuh, burung puyuhlah. Korang burung apa plak kan, ishkkk 

burung puyuh kena makan panas-panas lepas di angkat, baru asyukkk

Ermm ada ke burung lain yang di jadikan menu kan hehehhe

Bekalan burung-burung puyuh ni di ambil daripada Jasin Farmbest Puyuh Mas Sdn Bhd yang terletak Melaka tau, ek kampung kak lily ni errmm semestinya daripada pemborong tempatan yang menepati piawian sembelihan yang halal ye. Akak tau korang very particular about this kan.

Kalau korang nak tau Nasi Burung Sos Limau Merecik ni adalah idea olahan Puan Sheeda so takde nak di copycat dari mana-mana resipi pun tau. Even kalau korang suruh kak lily pi tanya pun sudah semestinya itu menjadi rahsia keluarga Puan Sheeda tau hehehee 

Ini dia 

Rahsia kesedapan Nasi Burung Sos Limau Merecik 

Sos Limau Merecik - awesome kan kan kan 


Haruslah terletak pada sos limau merecik hawau ni kan. 

Korang tengok macam alah boleh teka je bahan-bahan di dalam sos ni kan tapi bila korang makan ermm lain daripada yang lain rasanya wokeh. Even kak lily sendiri tak dapat nak teka apa lagi ramuan di dalam sos hebat ni kan. 

meriah meja makan kan

hah cicah jangan tak cicah, tapi kalau nak sedap letak Sos Limau Merecik ni dalam pinggan nasi ermm lagi terangkat wei

Bersungguh-sungguhlah kitaorang makan sampai bertambah-tambah nasi dan puyuh dan sos limau dan nasi balik dan puyuh balik dan sos limau balik, sampai tak pandang kiri kanan orang lalu lalang kan hehehehe 

By the way, Sos Limau Merecik ni bukan sahaja di makan dengan Nasi Burung tapi boleh dicampur ataupun di cicah dengan makanan-makanan lain seperti masakan Ikan Goreng Sos Limau Merecik, Ayam Kampung Sos Limau Merecik, Daging Bakar Sos Limau Merecik atau Goreng Cucur Udang, Goreng Pisang atau Ulam Ulaman cicah Sos Limau Merecik dan lelain lagi. 

Comel kan packagingnyer


love tau nasinyer


By the way, harga untuk sebungkus Nasi Burung Sos Limau Merecik adalah RM14.00. Ade servis penghantaran PERCUMA kalau korang order 10 bungkus ke atas. Penghantaran di kawasan Shah Alam dan Lembah Klang. Eh servis katering pun boleh jugak tau, boleh discuss dengan Puan Sheeda wokeh. 


Nak kak lily arrange kan ?? 
Bisa di atur dong!! 


Inilah alamatnya ye :

Nasi Burung Sos Limau Merecik 
No 2, Jalan Spektrum, 
U16 / 13CB, Bukit Subang, 
Denai Alam, Shah Alam 
Selangor 

Tempahan/Hubungi 

Tuan Hj Azzahari (016-3919396) 
Puan Hjh Sheeda (017-3126765) 


Untuk maklumat lanjut boleh check it out di : 

Facebook Page :

Instagram :