Showing posts with label SONREI lipcream. Show all posts
Showing posts with label SONREI lipcream. Show all posts

Wednesday, January 10, 2018

SONREI LipCream, Suka Kak Lily Warna-Warnanya

Hi Korang,

Yeahh lipstick perempuan mana yang tak suka kan?? Kak lily pun kalau nak keluar rumah walaupun pi pasar mesti pekena secalit lipstick walaupun lipbalm je tau. Yelah dah ler tak pakai makeup at least tak delah muka tu nampak pucat lesu je.


Kalau lipcream, lagi best sebab secalitnya dah cantik.

Kemam-kemam bibir then tadaaaaa hehehehhehe

Sabtu lepas kak lily berkesempatan untuk ke majlis pelancaran SONREI Lipcream produk pertama dari syarikat Zinia Cosmetic Sdn Bhd di Laman Pengantin Zarlith Jalan Kuching, ermm kemain cantik bebenau tempat tuh, seronok berphotoshoot.


Meh kak lily cerita sedikit mengenai syarikat Zinia Cosmetic Sdn Bhd

Pengasas merangkap Pengarah Eksekutif Zinia Cosmetic Sdn Bhd adalah Zarinah Haji Mohideen. Anak jati Kuala Lumpur ini berusia 41 tahun dan seorang yang bercita-cita besar.

Dan selepas mencipta kejayaan dalam dunia catering ahli pemiagaan terkenal Zarinah Haji Mohideen menubuhkan syarikat Zinia Cosmetic Sdn. Bhd. pada tahun 2017. Beliau dibantu oleh adiknya, Siti Hasmah Haji Mohideen, 34 , dan Nor Asimah Abdul Salam, 25 , mengendalikan syarikat tersebut.

Serius dalam pemiagaan yang baru diceburi, Zarinah melaburkan modal keseluruhan RM 1 juta. Beliau yakin bidang kosmetik mempunyai masa depan yang cerah. Walaupun begitu, Zarinah tidak nafikan berdepan dengan cabaran menghasilkan formulasi Sonrei.


"Sonrei adalah produk tempatan yang berkualiti antarabangsa, ia diformulakan di Perancis. Produk ini dihasilkan daripada bahan alami yang selamat digunakan serta tidak mempunyai kesan sampingan. Sonrei mengandungi Vitamin E, minyak jojoba, minyak castor, minyak zaitun, minyak bunga matahari dan minyak kepala.

"Kombinasi bahan ini menghasilkan produk terbaik untuk penjagaan bibir. Lip cream Sonrei tahan lama dan mesra wuduk. Ia mempunyai kemasan matte tetapi mudah dibersihkan oleh pengguna. Selain membuatkan solekan bibir menawan dan sempuma, Sonrei juga menjaga kelembutan bibir," ujar Zarinah yang juga merupakan Pengasas Zinia Cosmetic Sdn. Bhd. dan Ketua Pegawai Eksekutif Zarlith Events & Management Sdn. Bhd.

Kalau korang nak tau, terdapat 6 bahan organik SONREI lipscream 


  • Vitamin E
  • Minyak Jojoba
  • Minyak Castor 
  • Minyak Zaitun
  • Minyak Bunga Matahari
  • Minyak Kelapa

Ianya merupakan 100% bahan organik untuk penjagaan kelembapan dan kelembutan bibir serta bebas daripada bahan kimia yang lelain.

Terdapat 6 pilihan warna SONREI lipcream bertemakan floral yang sesuai dengan tona kulit mengikut wanita di Malaysia ni kan.


1-Blossom
2-Ester
3-Lilac
4-Primrose
5-Son Rei
6-Zinia

Yang best tuh SONREI lipcream ni tahan lama, mudah di bersihkan dan mesra wuduk. 

photos from : www.bettyjourney.com

Harga bagi SONREI lipcream adalah RM 55.00 dan kini sempena promosi pengenalan ni, harga promosi super EARLY BIRD 

RM 45.00 ( Semenanjung Malaysia )
RM 47.00 ( Sabah / Sarawak )

Untuk info lanjut, meh check it out social media diaorang ek


Website : 

Facebook : 

Instagram : 



Ok ok lets try....











Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com