Showing posts with label Mek View Soothing IVY Serum. Show all posts
Showing posts with label Mek View Soothing IVY Serum. Show all posts

Monday, June 19, 2017

REVIEW | Two Way Cake Foundation Dan Soothing IVY Serum Dari Mek View International

Hi Korang,

Yesss lama tak citer mengenai make-up ni ek, yelah asyik cerita pasal makan je kan hehehehe

Aku ni mempunyai masalah kulit berminyak. Ye dulu siap ada pakej dengan jerawat merah-merah lagi but bila umur meningkat ni dah kurang masalah jerawat tuh tapi masalah kulit berminyak still go on huahauha.

Jadi dalam handbag tuh memang kena ada blotting paper alah kertas yang serap minyak muka tuh so nampak berminyak je terus tekap kan, tak delah orang perasan sangat. Ermm kalau ambil gambar candid mesti nampak muka aku berkilat je dari jauh hah itu sebab kulit muka berminyak lah tuh.

Sudahnya aku memang senantiasa mencari bedak yang bersesuaian dengan kulit muka aku, so memang duk asyik ulang-alik cari je bedak compact jel ah.

Kebetulan..

Aku dapat tau pulak yang Mek View International ada mengeluarkan produk foundation yang boleh kurangkan masalah berminyak so why not cuba

Two Way Cake With Full Coverage Dari Mek View International



Ok mari aku terangkan sket mengenai Two Way Cake ni ek

Mek View International Foundation di cipta menggunakan fomula dari Jepun dan di rumus khas menggunakan teknologi terkini Jepun. Selain itu bahan lain yang ada dalam Mek View adalah seperti :
  • Ekstrak Jagung – mampu mengawal minyak yang berlebihan di wajah dan menghalang dari melekit. 
  • Shea Butter – semua orang dah tahu Shea Butter ini memang bagus untuk memberi kelembapan pada kulit wajah serta melembut dan melicinkan kulit wajah. 
  • Ekstrak Madu – mampu merawat dan menyembuhkan masalah yang dialami di wajah. 
  • Ekstrak Kelapa Dara – Mampu membersihkan kulit dan melembutkan kulit 
  • Palmitoyl Tripeptide 5 – mampu meningkatkan pengeluaran kolagen dan melambatkan kesan penuaan. 

Kelebihan Menggunakan Mek View :

1.    Mekview tidak mudah luntur atau bercapuk walaupun ketika waktu panas malah boleh tahan lebih 8 jam di wajah anda tanpa perlu sapu berulang kali.

2.    Mempunyai kelulusan kkm NOT 160905156K membuktikan bawaha mek view selamat di gunakan apabila berada di wajah anda.

3.    Melindungi muka dari sinaran UV dan mengandungi SPF 35 bagi melindungi kulit anda dari hitam dan terbakar apabila berada di bawah matahari.

4.    Mempunyai tekstur yang lebih halus dan 7 kali lebih ringan. Apabila anda sapu mekview dimuka, anda akan rasa seolah-olah tiada bedak di muka, tapi cantik berseri-seri.

5. Mesra wudhuk dan solat. Ia dicipta khas , untuk kekal berseri dan flawless walapun selepas berwuduk dan ketika solat tanpa perlu touch up berulang kali lagi

6.    Dengan mek view, anda tak perlu lagi cover jerawat dengan bedak kerana mek view mempunyai satu formula kahs untuk mengecutkan jerawat dan memudarkan parut serta jeragat supaya anda kelihatan cantik berseri-seri.

7. Mekview membantu mengawal minyak dimuka yang berlebihan dan memanfaatkan minyak dimuka tersebut dengan bedak ini untuk menjadi lebih flawless dan berseri-seri.

8.    Dalam mek view terdapat satu bahan yang membantu mengeluarkan kolagen dari kulit sendiri yang membantu kulit anda menjadi lebih lembut, halus dan tegang.

9.    Mek view membantu menutup cela-cela, bekas parut, jeraagat dan garis halus di muka lebih kemas dan rapi, menjadikan muka anda licin dan halus walaupun dilihat dari dekat.


Two Way Cake with Full Coverage ( Natural Beige)
Two Way Cake with Full Coverage ( Light Beige)



Aku dah pun gunakan 2-3 kali so boleh nampak kesannya. Macam kulit berminyak tuh kurang sket bila masa waktu tengahari. Lepas tuh, even ada nampak berminyak sket tapi tak rasa cakey alah yang macam ada kesan-kesan kat muka setelah sekian lama.


Mek View Soothing IVY Serum



Kemudian aku berkenan juga dengan Mek View Soothing IVY Serum ni. 

Wah ada produk penjagaan kulit muka jugak dari Mek View International ni ek. Kagum sekejap, yelah bukan senang nak buat produk serum ni kan. 

Apa yang special dengan Soothing IVY Serum ni..

Dia ada PITERA!!!

Ok aku kongsikan sket apa itu PITERA ye!

PITERA is full of vitamins, amino acids, minerals and organic acids that work together to allow the skin's natural surface rejuvenation process to function at its prime.

Hah in English tau, so kalau dalam Bahasa Malaysia pula, Pitera Pitera merupakan hasil sampingan semulajadi penapaian yis, merupakan cecair yang kaya yang mengandungi asid amino, mineral, vitamin, dan asid organic yang boleh mengurangkan kedutan dan mencerahkan bintik-bintik hitam yang ada pada kulit muka kita

Senang je nak guna kat muka.

Titiskan 2-3 titik bergantung pada saiz muka korang dan ratakan keseluruh muka sebelum sapukan Two Way Cake Foundation tuh, super easy beasy kan


Once aku dah pakai untuk pertama kali, serumnya cepat menyerapkan masuk ke kulit muka dan langsung tak berminyak tau. Tup-tup rasa cantik wei

Untuk pembelian dan maklumat lanjut :

Mek View International Two Way Cake
RM79.00 ( Semenanjung ) / RM85.00 ( Sabah dan Sarawak )

Mek View Soothing Ivy Serum
RM35.00 ( Semenanjung ) / RM40.00 ( Sabah dan Sarawak )

Set Kombo Mek View International Two Way Cake
dan Mek View Soothing Ivy Serum
RM100.00 ( Semenajung ) / RM105.00 ( Sabah dan Sarawak )


Produk yang tidak mempunyai bahan terlarang serta telah mempunyai kelulusan dari KKM dengan no NOT160905156K. Korang boleh gunakan produk ini tanpa was-was.

Untuk maklumat lanjut :



Telefon / Whatsapp : 017 - 351 1510









Dari

Cik Lily Putih