Showing posts with label Kota damansara. Show all posts
Showing posts with label Kota damansara. Show all posts

Friday, August 14, 2015

Nantikan Pelancaran Butik Nelyz Couture di Kota Damansara

Hi Korang,

Its shopping time!!!

Tak lama lagi, Butik Nelyz Couture akan di buka di Kota Damansara tau..

Ada apa di Butik Nelyz Couture ni? Mesti ramai yang nak tahu kan. 

Mostly Nelyz Couture Boutique menawarkan fesyen terkini muslimah dengan design yang menarik serta harga yang berpatutan. Ada shawl, blouse, baju kurung, pants, dress yang cantik dan sesuai untuk semua golongan wanita. 

Wow wiii junior juice!! Huahauhauhua


Majlis pelancaran Nelyz Couture Boutique di The Strand Damansara pada hari Sabtu 29 Ogos 2015. Bermula pada jam 11 pagi sehingga 8 malam. Ermm pagi lagi dah bukak wokeh, ini yang lagi semangat nak pi ek.

Korang kena pastikan yang kena datang sebab 100 yang terawal akan mendapat T-Shirt Nelyz yang EXCLUSIVE. Selain itu korang juga akan dapat special discount 10% pada hari itu untuk semua pakaian dan shawl Nelyz. Ada lagi yang special untuk yang datang grand opening adalah kupon discount untuk pembelian selepas itu. Uishkk of courselah aku nak datang awal ni

Semua dijemput hadir ke

Grand Opening 
Nelyz Couture Boutique
Tarikh : 29 Ogos 2015 - Sabtu 
Masa : 11 pagi - 8 malam

Lokasi : 
36-G, Jalan PJU 5/21,
The Strand Damansara, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, SEL
0149622600

Meh like social media diorang untuk for update, promotion, sales dan memacam lagi la ek

Instagram @nelyz_couture 
Facebook page: nelyz couture
Official Website: www.nelyzcouture.com

Kita jumpa nanti di sana yeah!! Datang jangan tak datang…


Wednesday, September 5, 2012

Pizza Hut Red Carpet Party

Hi Korang,

Setelah 2-3 kali fill up form kat fanpages Pizza Hut ni, dapat jugak akhirnya aku di jemputkan. 


Kali ni Red Carpet Party ni di adakan kat Pizza Hut Kota Damansara. Jauh gak but dari opis tak delah jem lah so cepat gak lah aku sampai kan.




Disebabkan Mr Big tak sempat nak pi, jawabnya aku keseorangan malam tuh. Nasib baik ada geng2 blogger yang kenal dan baru kenal duk sekali so tak delah rasa kekok sangat kan.



Ada 3-4 games yang diorg dah sediakan untuk ktorg ni main dan menang hadiah, but aku tak leh nak join coz tak de partner jadi duk melayan je orang-orang ni memain lah.


Sambil nak tunggu dinner, ada macam trivia yang telah disediakan. Jawapan leh refer kat FB PizzaHut. Nasib baik ada smartphone ni, banyak gak menolong aku menjawab soalan sampai DJ Arnold tu tak kasi aku jawab lagi kan. Hehehehhehehe

Ok dinner is served!


Memang banyak pilihan pizza yang sedap dan lazat but aku tak boleh nak makan banyaklah, maybe penangan PB kot. Aku cuma dapat makan 1 ½ keping Pizza je dan sket spageti. Aduhai sedih rasanya plak. Tapi tak perlah janji dapat rasa Super Pan Pizza tu sudahlah.


Sambil makan tu ada Magic Show dari Edison Lee. Muda je orangnya tak sangka plak magician.  Serious walaupun aku duk depan tapi aku still cam tak caya camner dia boleh buat magic tu kan. Hebatlah. 


Ada juga demostrasi cam buat air sedap yang ada kat Pizza Hut ni, rupanya diorg ada pakai special bahan yang di namakan MONIN. Memang sedap oo dapat juga aku merasa kat situ gak.


Ok jawab soalan lagi, kali aku boleh jawab satu je sebab before that aku dah jawab banyak kan. So bantulah bebudak ni bagi jawapan. Tergelak-gelak dibuat nasib baik ada Wave3 ni, kalau tak hancur hati dibuatnya kan.


Prize giving ceremony untuk yang menang main game tadi. Yana Yassin ade menang satu, yang banyak ShilaAzizi, dia dengan lakinya sapu semua khakahkahakak jeles wokeh. Takperlah janji aku ada menang voucher gak kan.


Anyway Red Carpet Party ni memang cukup meriah dan best. Makanannya walaupun simple tapi sedap ooo. Kalau ade jemputan sebegini lagi rasanya nak pi lagi lah. Dapat berkenalan dengan kengkawan baru tu yang lagi awesome!

CLP notes : Tak banyak amik gambo pun coz malas sangatlah time tuh.


Thursday, August 30, 2012

My Celebrity Partner @ Pizza Hut Party

Hi Korang,

Semalam sempat jugak aku hadiri Pizza Hut Red Carpet Party



Disebabkan Mr Big tak dapat nak pi, dia hantar wakil dari Hitz FM tau. So ini dia DJ Arnold. Not bad orangnya. Kelakar plak tu.

Hebat tak my Mr Big? 

ok.. nanti sambunG lagi nak rehat lah...


Thursday, November 17, 2011

The Strand, Kota Damansara

Hi Korang,

Semalam first time aku pi ke Red Carpet Avenue The Strand dekat Kota Damansara ni. Ada event sket. The day before, aku search dalam google map. Tempat ni aku tengok cam tak de ape je. 


Bila aku pegi je semalam, ermm rupanya ianya commercial area punya tempat. Banyak shoplot baru2 yang da dipenuhi dengan kedai2 makan, kedai2 aksesori kete, offices dan memacam lagi lah. Bab kedai makan tuh, korang pun boleh pening nak pi kedai mane sebab terlalu banyak kedai2 yang aku rasa cam best gak lah. Maybe next time kalau aku datang lagi bolehlah cuba kot.


Tapi ada satu tempat yang aku tertarik sangat which is Red Carpet Avenue. Tempat ni ala-ala dataran gitu lah. Open space concept. Kat area boulevard tu banyak kedai makan ala2 western, middle east, pubs dan memacam lagi.


Aku rasa kalau ada event or product launching buat kat sini mesti cantik lah. Coz ruangnya besar dan berangin. 

Tengok ada air pancut yang belakang tuh, tapi dah diblock oleh orang-orang beso ni semua

Tapi yang tak berape best tuh, parkingnya agak payah sket. Aku pi semalam pun parking punya lah jauh kan. Cuma kalau ade event tertentu je para media or VVIP dapat parking dekat2 situ. 

Ini mapnya




The Strand, Kota Damansara 
Persiaran Mahogani, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Direction : Kalau datang dari IKEA tu korang straight je. Sampai nampak Sunway Giza sebelah kanan korang, terus belok kanan. Terus je sampai nampak signboard beso Encorp Strand tu korang masukkan kanan. 

Note : Aku buat entry nie sebab ramai nau yang suka call aku bila sesat nak ke The Strand ni, diorg ingat aku nie GPS bercakap ke ek.