Showing posts with label Kempen Set Glow. Show all posts
Showing posts with label Kempen Set Glow. Show all posts

Monday, January 7, 2019

‘READY SET GLOW’ - Program Kesihatan GUARDIAN Bagi Tahun 2019

Hi Korang, 


Apa azam tahun baru ek?? 

Bagi kak lily yang penting sekali kesihatan yang bagus di samping duit yang banyak kan huahauhauha 

muke memasing yang tak sabar nak bersenam ni hah

Hari tuh kak lily berkesempatan ke Program Kesihatan Guardian yang dikenali sebagai “READY SET GLOW”

“Kempen ‘READY SET GLOW’ bulan ini merupakan satu lagi kempen yang mengukuhkan reputasi Guardian selaku pakar dalam Kecantikan Sihat dimana kami membantu para pelanggan untuk kekal sihat secara dalaman dan tampil menawan secara luaran dengan tawaran-tawaran hebat produk kami,” kata Mr DY Cho, Pengarah Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Asia Tenggara, Guardian Health & Beauty. 


“Untuk Kempen Ready, Set, Glow ini, kami berkolaborasi dengan selebriti kecergasan Youtube Nombor 1 di Asia, Joanna Soh untuk menghasilkan satu siri latihan ringkas untuk membantu dan menyuntik semangat kepada rakyat Malaysia untuk mencapai matlamat kecantikan dan kesihatan mereka tahun ini,” jelas Cho lagi, 


Bersama-sama Joanna, Guardian menggalakkan rakyat Malaysia untuk Sertai Skuad Glow dan menjadi sebahagian daripada inisiatif nasional ini, untuk melihat dan mengaplikasi tutorial latihan ini di dalam kehidupan harian. 




Video-video tersebut adalah tiga video latihan yang cukup ringkas dimana orang ramai boleh mengamalkannya sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka untuk mencapai GLOW yang lebih sihat pada tahun 2019. 

Di penghujung video-video tersebut terdapat promosi-promosi produk istimewa dimana penonton boleh membuat rakaman skrin (screenshot) baucer elektronik itu untuk menebusnya. Ini termasuk potongan RM5 untuk Good Morning V-Grains tin 2.5kg , potongan RM5 untuk 2 unit Sarang Burung Snow Lotus Kinohimitsu dan Kita Beauty pada harga istimewa RM28.80 untuk rangkaian 10 paket 6g.

Meh tengok video ni meh:


ini namanya senaman dalam kereta, ketika jem. memang patut di praktikkanlah


Sebaik sahaja korang menjadi sebahagian daripada Skuad Glow Guardian, Guardian akan mempunyai senarai semak mingguan pada halaman Facebook dan Instagram Guardian Malaysia bagi memastikan anda kekal bermotivasi pada kemajuan anda. 

Di samping itu, Guardian juga menawarkan banyak promosi menarik daripada pelbagai rangkaian produk pada harga hebat untuk kecantikan sihat pelanggannya. 

Antara promosi-promosi utama termasuk: 

1. Satu set hadiah Tahun Baru Cina daripada Brand’s Essence, Royal Bird’s Nest, Kinohimitsu Bird’s Nest dan banyak lagi, yang sesuai untuk dihadiahkan kepada keluarga dan rakan-rakan di musim perayaan. 

2. Potongan sehingga 50% untuk produk-produk Kosmetik & Wangian sepanjang Promosi Kecantikan. 

3. Masker Muka PERCUMA untuk pembelian mana-mana Pencuci Muka bernilai RM25 dan ke atas sepanjang Promosi Pencuci Muka. 

4. Sebuah Pembakar Roti Phyliss PERCUMA untuk pembelian mana-mana produk daripada rangkaian barangan Penjagaan Diri sebanyak RM128 dan ke atas sepanjang Promosi Penjagaan Diri. 

Jadi, “READY SET GLOW” dengan Guardian di tahun baru ini. Tidak kira di mana anda berada dan apa jua yang anda perlukan, Guardian memiliki stor-stor yang boleh menawarkan anda segala keperluan untuk terus sihat dan cantik berseri. 

sakit wei sebab lemak tersepit ni hah

Kak lily dah cuba gak senaman ringkas tuh semua, so far memang mudah untuk di lakukan di mana jua bila masa korang mempunyai masa kelapangan kan. Alah sampai duduk pun boleh bersenam tau


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook : 


Instagram : 













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com