Showing posts with label KWSP. Show all posts
Showing posts with label KWSP. Show all posts

Tuesday, March 31, 2020

i-Lestari KWSP : Cara Pendaftaran dan Permohonan Pengeluaran Secara Online

Hi Korang,

Kak lily tertarik untuk kongsikan info ni kepada semua.

Eh penting ni di musim-musim COVID-19 ni kan, ada jugaklah bantuan untuk kita semua rakyat marhaen nie.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa ahli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 bermula 1 April 2020. Ahli dijangka menerima wang pengeluaran tersebut melalui akaun bank masing-masing pada 1 Mei 2020. 


Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini. Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan 

Diharapkan kemudahan i-Lestari akan memberikan kelegaan dari segi kewangan kepada mereka yang terjejas dalam keadaan semasa yang tidak menentu. 

KONSEP PENGELUARAN I-LESTARI 


Apakah i-Lestari dan bagaimana prosedur pengeluaran KWSP akan berlangsung adalah seperti berikut: 

1. Pengeluaran maksimum RM500 daripada Akaun 2 sahaja. 

2. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021. 

3. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti dalam situasi di bawah (b) 

Situasi : 

· Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan. 

· Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan. 

· Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan. 


KELAYAKAN AHLI UNTUK MEMOHON PENGELUARAN I-LESTARI. 


1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ; 

2. Berumur di bawah 55 tahun; dan 

3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2 

TEMPOH AHLI MEMBUAT PERMOHONAN PENGELUARAN I-LESTARI. 

Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021) 

AMAUN YANG LAYAK DIKELUARKAN OLEH AHLI DI BAWAH PENGELUARAN I-LESTARI. 


Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat. 

Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut. 

Semak di i-Akaun pada 1 April 2020 


BILAKAH BAYARAN UNTUK PERMOHONAN YANG DILULUSKAN AKAN DIBUAT KEPADA AHLI? 


Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020. 

Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP. 

CARA HANTAR BORANG MOHON PENGELUARAN I-LESTARI 


Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar kepada KWSP mulai 1 April 2020 melalui kaedah-kaedah berikut: 

1. Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli) 

2. Secara e-mel yang dialamatkan kepada: ilestarimohon@epf.gov.my; atau 

3. Secara hantaran pos kepada alamat : 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya dengan catatan (UP : i-Lestari ) pada bahagian hadapan sampul surat

Ahli disarankan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran) untuk mempercepatkan proses kelulusan. 

Permohonan secara manual yang dihantar melalui kaedah (b) dan (c) akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses. 

Permohonan pengeluaran oleh ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui kaedah (b) dan (c) sahaja. 



MAKLUMAT LANJUT 


Untuk pertanyaan lanjut boleh e-mel ke : ilestari@epf.gov.my atau hubungi 03-8922 6000

Lawati Facebook rasmi KWSP untuk update terkini : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/

Sebagai sebuah institusi dana persaraan, KWSP perlu mengimbangi mandatnya untuk melindungi simpanan persaraan ahli dan pada masa yang sama menjaga kesejahteraan mereka dalam waktu getir sebegini.