Showing posts with label Eko Cheras Mall. Show all posts
Showing posts with label Eko Cheras Mall. Show all posts

Wednesday, December 4, 2019

Majlis Perasmian Q & M Dental, Eko Cheras Mall Meriah!!

Hi Korang, 

Penjagaan kesihatan oral merupakan bahagian penting dalam kesejahteraan dan kesihatan seseorang, dimana sejarahnya yang panjang bermula sejak lebih 4,000 tahun lalu dan sentiasa berkembang sepanjang zaman. Pada masa ini, teknologi canggih "Artificial Intelligence" (AI) merupakan masa depan dalam bidang pergigian. Kumpulan Pergigian Q & M, kumpulan penjagaan kesihatan pergigian swasta terkemuka di rantau ini telah mendedahkan rancangannya berhubung pelaksanaan dan pembangunan masa depan teknologi AI. 


Kak lily berkesempatan ke majlis perasmian Q & M Dental yang terbaru ini di Eko Cheras Mall baru-baru ini, sangat-sangat meriah dengan barisan VVIP tertinggi yang turut serta hadir di majlis bersejarah ini. 

Bermula dengan sebuah klinik tunggal pada tahun 1996, Q&M telah menjadi kumpulan penjagaan kesihatan pergigian swasta terbesar di Singapura dengan memiliki 78 buah klinik pergigian di seluruh negara. Selain Singapura, Q & M juga memperluaskan kewujudannya di Malaysia dan China. Sejak penubuhan klinik Q & M pertama di Malaysia pada tahun 2010, mereka kini mempunyai 30 buah klinik dengan 130 kakitangan termasuk doktor gigi umum dan pakar pergigian. Hari ini, Kumpulan Pergigian Q & M dengan bangga melancarkan pembukaan klinik terbarunya dalam pasaran Malaysia. 


Pelancaran ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Enterprise Singapore, Png Cheong Boon; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pergigian Q&M, Dr. Ng Chin Siau; Pro Naib Canselor IMU,Profesor Toh Chooi Gait; Pengerusi Dewan Perhimpunan KL dan Selangor (KLSCAH), Datuk Ong SengKhek; Setiausaha Rukun Tetangga Taman Segar dan wakil Taman Segar, Cheras, Encik Chua Ah Hock; rakan perniagaan Kumpulan Pergigian Q&M 


Pada pelancaran tersebut, Dr. Ng Chin Siau, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Q&M dan Profesor Toh Chooi Gait, Pro Naib Canselor (Pembangunan Strategik dan Antarabangsa) di International Medical University (IMU), menyatakan sistem AI dapat mengelakkan kesilapan diagnosis melalui tafsiran radiografi automatik dan mencadangkan pelan rawatan daripada amalan semasa yang terbaik. Dengan sistem AI yang sedang dibangunkan hasil kerjasama IMU, Q & M ingin memperkenalkan rawatan pergigian yang beretika dalam industri tersebut serta membawa penjagaan kesihatan pergigian yang berkualiti dan boleh diakses kepada semua orang. 


"Kami merasakan bahawa teknologi AI boleh digunakan untuk mengisi jurang dalam penjagaan pesakit kerana ia dapat memberikan pelan rawatan yang terbaik, juga memberikan analisis yang holistik terhadap keadaan pergigian pesakit," kata Dr. Ng. 


Profesor Toh juga berpendapat bahawa, "Sistem ini akan membantu dalam membuat keputusan klinikal yang kukuh, amalan berasaskan bukti dan menggalakkan komunikasi dengan pesakit. Bagi pesakit, mereka boleh mendapatkan diagnosis yang tepat dan pilihan rawatan terbaik di samping dapat mengelakkan kesilapan disebabkan penilaian peribadi dan sikap berat sebelah.” 

Dalam sesi bualan, Dr. Ng juga berkongsi beberapa pandangan mengenai kesihatan pergigian rakyat Malaysia secara umum, dengan mengatakan bahawa "Kesedaran dan pengetahuan tentang rutin penjagaan kesihatan mulut yang baik masih kurang di Malaysia. Malah di bandar-bandar utama dan kawasan bandar, ia masih menjadi suatu cabaran kerana kesihatan mulut tidak dianggap sebagai bahagian penting bagi seseorang." 

luaskan klinik ni

Sehubungan itu, Q&M berharap dengan pengenalan teknologi AI ini lebih ramai terdorong dan berasa yakin untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mulut secara tetap bagi memastikan kesihatan mulut mereka terpelihara. 

Sebelum majlis berlangsung sempat jugaklah kak lily meninjau sekitar Q & M Dental ni, 

Bilik Rawatan 1

Bilik Rawatan 2

Mesin X Ray khas 

Peralatan untuk penstrilan

Mesin X ray untuk full scan gigi

Kawasannya agak luas, mempunyai 2 bilik rawatan yang lengkap dengan kemudahan pengkomputeran, bilik x ray samada x ray separuh mahupun full x ray dan bilik pensterilan peralatan. 

Ermm canggih betul lah. 


Selain memberi khidmat cemerlang kepada masyarakat, Q&M juga begitu bersungguh-sungguh mahu menggilap bakat-bakat muda. Pada Oktober 2019, Q & M berbesar hati mengumumkan pembukaan baru Kolej Pergigian Q & M, iaitu sebuah kolej swasta yang menawarkan diploma kepada lepasan ijazah dalam bidang pergigian klinikal. Kolej ini menawarkan sembilan modul iaitu ortodontik, endodontik, implantologi, periodontik, pergigian laser, pembedahan mulut dan maksilofasial, pergigian CAD/CAM dan pergigian digital, pergigian protodontik dan restoratif serta pengurusan pesakit dan etika dalam pergigian. Kursus peringkat diploma ini merupakan program berstruktur yang meliputi kuliah, arahan secara fizikal dan merawat pesakit di bawah penyeliaan jurulatih klinikal. 

“Dengan kewujudan Kolej Perubatan Q&M ini, kami berharap dapat melahirkan generasi baru pergigian dengan kepakaran tambahan dalam bidang kemahiran pembedahan canggih. Selain doktor-doktor gigi di Singapura, kolej ini juga menerima pengamal-pengamal yang berminat di Malaysia, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan China," tambah Dr. Ng. 

Dengan blogger Farah, Ina Aina dan Faries, nasib diorang ni ada tau

Kumpulan Pergigian Q&M akan terus mengembangkan namanya dalam pasaran sedia ada di Singapura, Malaysia dan Chinadengan mengusahakan peluang pemilikan institusi pergigian serta pengeluar bekalan pergigian yang besar dan mantap di rantau ini. Kumpulan ini juga aktif mencari rakan kongsi tempatan di negara-negara Asia Tenggara seperti Thailand, Kemboja, Myanmar dan Vietnam dalam beberapa tahun akan datang. 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website Rasmi :

Facebook Page :

Instagram Page :







#QandMDentalGroup
#DentalClinic
#Cheras