Showing posts with label Datuk Lee Chong Wei. Show all posts
Showing posts with label Datuk Lee Chong Wei. Show all posts

Sunday, August 5, 2012

Jemputan Menyaksikan Pertandingan 'LIVE' Badminton Olimpik Akhir

Hi Korang,

Ramai yang tahu hari ini adalah penentuan akhir samada negara kita berjaya mendapatkan pingkat emas yang pertama bagi sukan olimpik di London dalam acara badminton perseorangan.


Perlawanan di antara musuh tradisi dunia Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan dari negara China. Mesti sengit lah nanti agaknya.


Yang best tu aku dapat 2 jemputan untuk menyaksikan pertandingan akhir ni secara LIVE di 2 tempat. Satunya di Laundry Bar, The Curve dan satu lagi di Tapas, Micasa Hotel KL. 

Kedua-dua jemputan tu dari company yang selalu aku deal dalam projek blog aku ni.

Ishkk pening aku dibuatnya, dua-dua offer menarik dan lagi plak aku baik dengan mereka ni. 

Ermm payah cam ni ek, ditelan mati bapak di luah mati mak..

Korang rasa cam ne ek? ermmm

p/s : Hopefully Datuk Lee Chong Wei menangla ye. Dapat jugak tengok nama Malaysia ada dalam carta pingat Olimpik 2012 tu  ek


Sunday, March 25, 2012

Tengok LIVE Badminton Tournament AXIATA CUP 2012

Hi Korang,

Dalam tak minat bersukan, sempat jugak aku pi tengok team Malaysian Tigers lawan team Thailand semalam petang kat Stadium Badminton Cheras sempena AXIATA CUP 2012. Sampai tersalah2 simpang lah kan coz first time ke sini.


Muka ceria coz dapat tiket media dari Samsung dan Nuffnang. Thanks tau coz susah2 bagi aku tiket ni.

Masa aku sampai tuh, pemain perseorangan negara Hafiz Hashim tengah duk lawan dengan player Thailand. Menang ok tak yah nak main sampai 3 set. Itu yang seronok tuh. Seat plak cantik bawah. So nampaklah diorg ni dekat sangat.


Yang ni plak masa pemain beregu negara Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat tengah berentap. Yang baju oren tuh Datuk Lee Chong Wei. Walaupun tak main tapi still datang bari moral support tau. Tapi aku tak abis tengok pun coz ada event lain yang kena attend.

Maybe hari ni pi lagi kot coz ada lagi tiket kan. Bestnya.

CLP notes : Anak Koo Kien Keat sangat comel, Eva namanya. Tapi tak sure lah anak ke anak sedara kan.