Showing posts with label Chicken Pelicana Restaurant. Show all posts
Showing posts with label Chicken Pelicana Restaurant. Show all posts

Monday, October 19, 2015

Lunch Di Pelicana Chicken Restaurant, E-Curve Mutiara Damansara

Hi Korang,


Weekend kalau aku malas nak masak memang makan luar lah jawabnya.

Haruslah cuba yang lain daripada yang lain, bagi aku timelah dapat pi makan jejauh dengan Mr Big selain daripada food review kan. Kalau tak dia asyik duk nak makan nasi campur kat depan umah ni, malas nak jalan katanya.


So hari tuh kitaorang dapat invitation ke restoran Korea iaitu Chicken Pelicana di E-Curve Damansara. Wah Korean food lagi but yang ni specialist untuk hidangan ayam goreng jelah kan.



Restoran Pelicana Chicken yang paling mudah sekali untuk korang rasa hidangan ayam goreng original dari Korea. Segala bahan masakan di bawa dari sana untuk mengekalkan rasa keaslian yang ada seperti di Korea. Gituh ayatnye ye..

Ok jom check it out hidangan ayam-ayam yang dihidangkan di sini ek

Peli Crunchy Chicken


Ini memang akan yang pilihan pertama aku lah. Paling senang nak makan dan boleh di nikmati untuk semua peringkat usia iaitu Peli Crunchy Chicken. Ayam goreng yang garing dan lembut di dalam bersama dengan sos kuning memang terbaik.

Peli YangNyeom Chicken Garlic

Peli YangNyeom Chicken Original

Peli YangNyeom Chicken Spring Onion

Tu baru yang original tiada perisa lain tapi kat sini ada lagi 5 ayam goreng dengan perisa yang memuaskan hati untuk makan. Kalau takut or tak nak makan pedas boleh cuba ayam goreng perisa Peli YangNyeom Chicken Original dan juga Peli YangNyeom Chicken Spring Onion serta Peli YangNyeom Chicken Garlic. Tiga2 ni sedap dan kalau perisa original ni memang rasa sos yang di gaul dalam ayam goreng rangup. Manakala spring onion tu dapat rasa pedas bawang dan garlic tu mestinya rasa bawang putih yang ketara. Korang memang boleh rasa sendirilah different tu kan

Peli YangNyeom Chicken Hot Spice

Peli YangNyeom Chicken Charcoal BBQ

Dua lagi perisa ini agak rasa pedas di mana yang satu ni level pedas tahap 2 iaitu Peli YangNyeom Chicken Charcoal BBQ. Masih boleh makan tapi di akhir rasa ayam goreng ni boleh dapat rasa sedikit pedas di tekak. Manakala yang satu ni memang paling pedas dan terangkat bila makan. Ayam goreng perisa Peli YangNyeom Chicken Hot Spice ini adalah pedas tahap ke 3. Memang kalau tak tahan hanya boleh makan seketul sahaja dah cukup. Tak boleh tahan ooo

Tengok video yang Ruby amik ni ek..




Peli Chicken Fillet Rice 

Yang ni sesuai untuk kanak2 sesuai tak pedas dan mengenyangkan. Bagi yang suka hidangan ayam dengan nasi juga ada kat restoran ni. Specialnya kat sini ayam dengan nasi yang di panggil Peli Chicken Fillet Rice mengandungi daging ayam dan juga telur goreng serta Korean Fragrant Rice dan juga sedikit salad. Simple dish tapi rasanya marbeles 

Biggie Drum Burger 

Manakala yang nak makan ala burger juga ada di sediakan di restoran ini. Burger ayam yang special ini di hasilkan di beri nama Biggie Drum Burger di dalamnya ada patty daging ayam goreng garing, di lapis dengan telur goreng, cheese dan juga salad bersama bun yang lembut dan enak. Kalau yang burger daging ikan pun ada juga boleh pilih. 

Pelicana Value Platters 

Paling untung kalau datang dengan keluarga dan juga anak2. Kat sini ada set khas iaitu Pelicana Value Platters untuk satu keluarga yang menyediakan semua sekali hidangan yang ada kat sini. Ada ayam goreng dengan perisa yang korang boleh pilih sendiri, kemudian ada french fries, nugget, nasi Korea, Musaengchae Seasoned Radish dan jugaSeaweed salad. Hidangan ni lengkap bersama dengan minuman soft drink harga juga berpatutan. 

Forest Fruit Yoghurt 

Untuk minuman pula kat sini ada macam2 minuman softdrink dan juga minuman dari korea seperti Milk Soda pelbagai perisa, Smoothie Series, Pelicana Signature Mocktails dan banyak lagi. Paling best kat sini ada juice semulajadi buah-buahan yang di hasilkan 100% daripada sumber buah asli yang di proses perlahan. Jadi hasil air lebih original dan asli rasa buah. 

Korang yang nak rasa ayam goreng original Korea mesti kena cuba kat sini.Pelicana Chicken Restaurant ni memang tak lari dari kesedapan ayam goreng yang di hasilkan dan juga perisa yang asli dari Korea. 

PELICANA CHICKEN RESTAURANT 
E-Curve Mall (Next to IKEA)
Level 1, Lot 1-43, 
Mutiara Damansara, 
Petaling Jaya. 

Tel: 03-7732 0087 



Jemput makan semuanya… 

Cuba try yang pedas menyeringai tu ekk huhuhuhuhuhu…..