Wednesday, September 3, 2025

Nestlé La Cremeria Raikan Bella Astillah Sebagai Wajah Baharu Jenama – Nikmati Perisa Kegemarannya Hari Ini

Hi Korang,

Setiap detik dalam hidup — besar mahupun kecil — wajar dihargai sepenuhnya. Nestlé La Cremeria menjemput Rakyat Malaysia untuk menikmati dua perisa baharu iaitu Neapolitan Royale Stick dan ChocoBerry Royale Pint - Aiskrim dengan kemewahan rasa yang lazat dan memikat. Sama ada untuk meraikan diri sendiri atau menikmati detik istimewa, kedua-dua perisa ini adalah pilihan sempurna. Dan siapa lagi yang lebih sesuai untuk menyampaikan mesej ini kalau bukan Bella Astillah, wajah baharu Nestlé La Cremeria yang turut menggemari perisa-perisa ini.


Bella Astillah menyerlah dengan aura positif, semangat yang ceria dan autentik – padanan sempurna bersama Nestlé La Cremeria. Bagi Bella, sama ada berehat seketika di tengah hari yang sibuk atau menikmati pencuci mulut di hujung hari, saat-saat indah yang menggembirakan seperti ini mampu memberikan impak besar dalam kehidupan seharian.


“Bagi saya, Nestlé La Cremeria lebih daripada sekadar aiskrim. Ia adalah ganjaran kecil penuh kenikmatan yang menaikkan semangat dan mengingatkan saya untuk meraikan setiap detik,” ujar Bella Astillah.

Stik Nestlé La Cremeria Neapolitan Royale baharu memperkenalkan gabungan aiskrim vanila dan strawberi yang lembut berkrim, disaluti dengan coklat kaya serta dihiasi dengan kacang pistachio rangup, kranberi masam manis, dan campuran granola yang unik. Kombinasi rasa dan tekstur ini menawarkan simfoni rasa manis, berkrim dan rangup yang menjadikan setiap momen menikmati aiskrim lebih istimewa dan memuaskan.

Bagi mereka yang gemar berkongsi, pint Nestlé La Cremeria ChocoBerry Royale merupakan pilihan paling sesuai. Kombinasi perisa aiskrim coklat dan strawberi yang lembut kaya, diserikan dengan sos coklat lazat serta taburan coklat rangup menjanjikan pengalaman penuh kenikmatan.


“Nestlé La Cremeria terus komited dalam mencipta pengalaman menikmati aiskrim yang memikat dengan sentuhan rasa mewah. Sejak sekian lama, kami mengekalkan janji kami untuk menghasilkan aiskrim berkualiti tinggi untuk menceriakan hari-hari anda,” kata April Wong, Pengawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Ice Cream Malaysia. “Kami juga amat teruja untuk memperkenalkan dua perisa baharu — Stik Neapolitan Royale dan pint ChocoBerry Royale — sebagai janji yang terus kami tepati. Lebih menggembirakan, kami amat berbesar hati menyambut kehadiran Bella Astillah ke dalam keluarga Nestlé La Cremeria. Keikhlasan dan keaslian personaliti Bella menyerlahkan kepercayaan kami bahawa setiap individu berhak meraikan diri mereka dan menikmati kemanisan hidup dalam cara yang tersendiri.”


Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kemeriahan Festival Aiskrim Nestlé yang berlangsung mulai Ogos ini — satu pengalaman penuh keseronokan yang pasti menggembirakan seisi keluarga. 

Festival ini akan bermula di Kuala Lumpur dan seterusnya menjelajah ke Pulau Pinang serta Johor Bahru. Para penggemar aiskrim boleh mencuba aiskrim Nestlé La Cremeria Neapolitan Royale dan ChocoBerry Royale dalam suasana penuh kemeriahan.

Sertai kemeriahan festival di lokasi-lokasi berikut :

 

 

 

Kuala Lumpur

Tarikh: 28 Ogos 1 September 2025

Masa: 10 am 10 pm

Lokasi: LG2, Central Avenue, Sunway Pyramid

 

 

Penang

Tarikh: 18 21 September 2025

Masa: 10 am 10 pm

Lokasi: GF, North Zone, Queensbay Mall

 

Johor

Tarikh: 24 28 September 2025

Masa: 10 am 10 pm

Lokasi: Maklumat lanjut berkenaan lokasi akan diumumkan dalam

masa terdekat.



Ikuti maklumat terkini dan sorotan sepanjang festival ini melalui Facebook dan Instagram rasmi Nestlé Ice Cream Malaysia.


No comments :