Sunday, July 20, 2025

MITSUI OUTLET PARK KLIA SEPANG Meraikan Ulangtahun Ke-10 Dengan Bergaya

Hi Korang,

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA), pusat beli-belah jenama premium terus dari kilang yang berasal dari Jepun kini sedang meraikan ulang tahun ke-10 bagi menandakan pengalaman membeli belah yang hebat. 


Para pengunjung akan disediakan dengan pelbagai promosi menarik, tawaran eksklusif dan persembahan rancak secara live termasuk penampilan istimewa kegemaran ramai KLP48. Ayuh sertai sambutan sedekad ini dan nikmati pengalaman membeli-belah yang tidak dapat dilupakan!


Acara sambutan akan berlangsung sepanjang bulan Julai di mana para pengunjung yang singgah di Sunshine Square akan disambut dengan dekorasi yang berwarna-warni serta ‘photo booth’ yang disediakan khas untuk peluang bergambar. Ruangan meriah yang dihiasi mengikut tema warna MOP KLIA Sepang ini juga menjadi lokasi untuk pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti ‘Spin & Win’, tebusan hadiah eksklusif dan cabaran media sosial.

TJ Cheah, Timbalan Pengarah Urusan MFMA Development Sdn Bhd, menyatakan rasa bangganya kerana dapat menyaksikan kejayaan berterusan pusat membeli-belah ini yang kini melangkah ke dekad baharu — dengan tawaran eksklusif, kepelbagaian dan suasana membeli belah yang meriah kepada para pembeli dari segenap lapisan masyarakat. Tambah beliau lagi, ulang tahun ke-10 bukan sahaja menandakan pencapaian penting untuk MOP KLIA Sepang, malah juga mencerminkan sokongan yang berterusan daripada pengunjung, dan rakan kongsi yang juga turut memainkan peranan penting dalam kejayaan pusat beli-belah ini.

“Sebagai tanda penghargaan, kami dengan berbesar hati menjemput para pengunjung untuk turut menyertai sambutan ulang tahun ke-10 ini. Antara acara istimewa ialah majlis memotong kek bagi meraikan perjalanan MOP KLIA Sepang sepanjang 10 tahun yang bersulam dengan kenangan indah, pencapaian penting dan hubungan yang penuh bermakna dengan para pembeli dan rakan niaga. Sambutan ini juga akan disertai dengan persembahan menarik oleh kumpulan pop idol tempatan, KLP48 untuk memeriahkan lagi suasana,” kata Cheah.


Dalam meraikan ulang tahun ke-10 ini, MOP KLIA Sepang turut menyediakan aktiviti-aktiviti dimana para pengunjung berpeluang menyertai kempen ‘Spin & Win’, yang berlangsung pada setiap hujung minggu sepanjang bulan Julai 2025. Untuk penyertaan, para pengunjung boleh memuat turun Aplikasi Mitsui Shopping Park MY (MSP MY App) dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM300 dalam dua (2) keping resit maksima dari mana-mana kedai untuk menuntut satu pusingan ‘Spin &Win’. Antara hadiah utama yang disediakan termasuk dua keping tiket penerbangan Japan Airlines ke Jepun dan penginapan atau bufet makan malam untuk dua orang di Sama Sama Hotel KLIA atau Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA.

Pengunjung yang memuat turun MSP MY App juga boleh menuntut e-Baucar bernilai RM10 dengan hanya mengumpulkan 500 mata. Tawaran ini disediakan secara eksklusif pada 25, 26 dan 27 Julai 2025 dalam tempoh kempen ulang tahun ke-10 ini. Para pembeli tidak perlu risau jika mereka terlebih berbelanja kerana ganjaran yang disediakan akan berlipat ganda dengan setiap pembelian.
 

Dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM800 dalam dua (2) keping resit dari mana-mana kedai pada hujung minggu sepanjang bulan Julai, pengunjung boleh menuntut Hadiah Eksklusif Ulang Tahun ke-10 MOP KLIA Sepang yang terdiri daripada sebuah termos dan beg rotan yang bergaya. Tuntutan boleh dibuat di Kaunter Maklumat di Sunshine Square, sementara stok masih ada.

Pengumuman istimewa untuk mereka yang suka bergambar! 


Abadikan detik istimewa anda di ruangan dekorasi bertemakaan ulang tahun ke-10 di Sunshine Square dan sertai ‘hashtag’ #MOPKLIA10Years di Facebook atau Instagram untuk berpeluang memenangi hadiah hebat. Pada setiap hujung minggu juga, para pengunjung dengan MSP MY App juga berpeluang untuk tebus sesi bergambar percuma di ‘photo booth’ bersama rakan dan keluarga. Tebusan ini akan bermula dari pukul 12pm hingga 8pm dan terhad kepada 500 orang pengunjung yang pertama sahaja.

Selain itu, tawaran istimewa yang turut disediakan untuk pengguna MSP MY App juga adalah 10X kali mata ganjaran bagi setiap pembelian tertentu pada 25, 26 dan 27 Julai 2025. Pelanggan aplikasi juga boleh menikmati diskaun penerbangan tertentu sehingga 15% dari Japan Airlines melalui kod promosi di dalam pautan laman web yang tertera.


Jangan lepaskan peluang untuk menyertai aktiviti Origami Hikoki pada 26 Julai 2025 mulai dari 2pm sehingga 4pm di Sunshine Square dan rebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa. Untuk kemudahan para pengunjung, khidmat bas ulang-alik secara percuma turut disediakan, bermula di ‘Transportation Hub’ di Lalaport BBCC ke MOP KLIA Sepang.

MOP KLIA Sepang berada pada kedudukan strategik hanya 8 minit dari KLIA (Terminal 1) dan KLIA 2 (Terminal 2) dan anggaran 45 minit dari Pusat Bandaraya KL. Pusat beli-belah ini mudah diakses melalui beberapa lebuhraya utama seperti ELITE, LDP, KESAS, MAJU Expressway, North South Expressway Central Link dan NKVE. Perkhidmatan pengangkutan awam yang mencukupi turut disediakan untuk kemudahan mengunjungi MOP KLIA.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tawaran, promosi dan acara yang akan datang di MOP KLIA, layari mitsui-shopping-park.com.my/MOPKLIA/ atau www.facebook.com/MOPKLIA.




No comments :