Friday, October 27, 2023

SW Gitu Gitu Sdn Bhd Jalin Kerjasama Dengan Rantaian Kedai Serbaneka O2O Smart Store

Hi Korang,

Sebelum itu Tahniah diucapkan kepada SW Gitu Gitu Sdn Bhd atas termenterai perjanjian sebagai Merchant kepada O2O Smart Store, rantaian kedai dibawah Panpay Holdings Sdn Bhd.

Majlis ini telah berlangsung di 020 QR Smartstore Nilai, baru baru ini.


Untuk pengetahuan semua, SW Gitu Gitu Sdn Bhd merupakan syarikat bertaraf bumiputera yang berpengkalan di Shah Alam Seksyen 26, Selangor diasaskan oleh Pn. Noor Azian binti Mohamed bersama co-founder Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam bin Mohammed Yusoff.

Syarikat ini bertanggungjawab memasarkan produk minuman berasaskan sarang burung walit asli yang tidak menggunakan bahan sampingan pengawet malahan kami mengutamakan keaslian dan khasiat sarang burung walit sebenar.


Untuk makluman, O2O Smart Store ini bermaksud “online to offline” di mana konsep perniagaan adalah peruncitan dan membuka peluang kepada usahawan di luar sana untuk menyenarai produk mereka di dalam O2O Smart Store. Tambahan lagi, Syarikat telah menyediakan ruang sejumlah 30% dalam kedai kepada usahawan tanpa sewaan (listing fees). Ini merupakan salah satu konsep WAKAF yang diperkenalkan oleh syarikat.



Dalam perjanjian ini, selain daripada meletakkan produk di dalam O2O Smart Store, Syarikat QR- Pay juga menyediakan perkhidmatan pembayaran dalam talian (e-walllet) yang mana konsep pembayaran dalam talian ini membuka peluang kepada masyarakatnya khususnya. Ini satu-satunya konsep peluang yang baru diperkenalkan pada dunia.



QR- Pay adalah system pembayaran dalam talian yang telah berada di pasaran sejak setahun yang lalu, dan setakat ini sudah lebih 30k ( tiga puluh ribu ) pengguna (user) yang telah download aplikasi kami. Jumlah deposit masyarakat yang menggunakan e-wallet QR-Pay kini pula telah melebihi RM32juta setakat 4 bulan lepas. Untuk makluman, e-wallet QR-Pay ini kami gelarkan SuperApps kerana menyediakan banyak perkhidmatan dalam satu applikasi. Lebih menyeronokkan applikasi ini menyediakan konsep cash rebate kepada masyarakat amnya.

Sementara itu, Panpay Holdings Sdn Bhd adalah Syarikat yang mempunyai lesen dibawah Akta 500 daripada KPDNHEP yang menyediakan satu program iaitu Program Pembagunan Usahawan Waqaf. 


Di mana program ini telah berjaya menukar landskap kewangan kepada usahawan yang telah mengikuti program ini yang satu satu nya di Malaysia ada simpanan KWSP untuk setiap ahli di syarikat PANPAY. Program ini juga menyediakan GERAN untuk setiap program keusahawanan di seluruh Malaysia.


Pihak SW Gitu Gitu Sdn Bhd juga turut menyumbangkan RM2,000 buat Pusat Jagaan Warga Tua SRA dalam membantu memartabatkan amalan membantu masyarakat tidak mengira dalam apa jua situasi.



Korang kini boleh dapatkan produk Saliva Walit di 16 rantaian kedai O2O Smart Store seluruh Malaysia atau secara online di https://panpaymart.com/

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Saliva Walit, anda boleh layari :

Facebook : Saliva Walit

Instagram : salivawalit

No comments :