Friday, October 20, 2023

Lagu SERU CINTA Ost Bagi Filem MAR RAK Genre Seram dan Thriller Bakal Di Tayangkan Pada 2 November 2023

Hi Korang,

Pentas Wayang Production Sdn Bhd muncul dengan Filem Mar Rak arahan seorang pengarah filem, pelakon dan penerbit yang namanya tidak asing lagi dalam industri seni tanah air Malaysia, Dato' T.S.Jeffry, yang juga merupakan pengarah dalam filem ini. 


Filem Mar Rak yang bergenre seram & thriller ini merupakan idea dan cerita asal serta olahan skrip oleh Dato' T.S.Jeffry sendiri manakala skrip oleh Adza Waty dan Adza Ernie. Filem terbitan Pentas Wayang Production Sdn Bhd. Official Sound Track (OST) Mar Rak ini akan disiarkan secara rasmi di semua platform media sosial Pentas Wayang Production Sdn Bhd & Metrowealth.


Muzik video lagu 'Seru Cinta' terbitan Aby Studio and Entertainment menampilkan Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC dan Dyvianna James yang juga merupakan pelakon utama filem Mar Rak sebagai penyanyi dalam Official Sound Track ini. Menariknya, lirik lagu 'Seru Cinta' ini telah dihasilkan sepernuhnya oleh pengarah dan penerbit filem Mar Rak, iaitu Dato' T.S.Jeffry sendiri yang diinspirasikan khusus untuk filem Mar Rak yang berkisarkan kisah percintaan sehingga terpaksa menggadai nyawa.

Berikut merupakan info berkenaan lagu tema filem triller horror ini :

Tajuk Lagu : SERU CINTA

Lirik : Dato' T.S.Jeffry

Lagu dan muzik : Kabir Bambu

Penyanyi : Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC & Dyvianna James

Durasi : 2 minit 20 saat.

Rakaman : Aby Studio and Entertainment

Hak Cipta : Pentas Wayang Production Sdn Bhd




Sebagai makluman, filem ini telah mendapat kerjasama penuh daripada Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia {FINAS) atas Dana Kandungan Digital {DKD) yang telah dibelanjakan bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan seterusnya dapat menemui penonton di pawagam.

Filem Mar Rak terbitan PENTAS WAYANG PRODUCTION SDN BHD ini mendapat kerjasama serta edaran METROWEALTH PICTURES yang bakal menemui penonton pada 2 NOVEMBER 2023 di pawagam seluruh Malaysia.


LIRIK: SERU CINTA MAR RA K (OST) LIRIK

Utusan demi utusan ku terima 
Coretan nukilan tulus dari jiwa 
Luahan rasa yang penuh bermadah 
Terkulai diri menatapnya

Hati yang berdetik madah bagai terkunci, 
Tak mampu melafazkan yang tersirat dihati, 
Hidup terkadang indah bagai bulan purnama, 
Kadang kala menyakitkan bagai tiba gerhana,

Seandainya kita di takdirkan bersama, 
Kuserahkan seluruh jiwa dan raga,
Segala rintangan yang menghalangi cinta kita, 
Terhapuslah kewujudannya dari sealam maya,

Seandainya aku diberi kesempatan,
Kan ku cuba melemahkan seru yang bertandang, 
Warkah yang diutus bersama mentera jiwa,
Hanya pada Tuhan tempat ku meminta,

Sedikit sinopsis pendek filem MAR RAK

Mar Rak berkisar mengenai cerita Menora Siam tahun 80-an hingga 90-an dimana ia digambarkan tentang percintaan hero dan heroin melalui surat sahaja tanpa diketahui sesiapa.

Dalam waktu yang sama anak tauke Menora yang berketurunan cina juga turut menyukai hero keturunan Siam ini. Marah akibat cintanya ditolak, gadis tersebut mula mendapatkan bantuan bomoh hitam Siam bagi menjayakan hasratnya untuk memiliki hero. Kerja jahat ini dilakukan menerusi surat.

Dalam mendapatkan cintanya, gadis ini sanggup membunuh bagi memastikan impiannya tercapai.

Penyanyi dan Pelakon Utama : Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC & Dyvianna James


No comments :