Saturday, April 1, 2023

Beli dan Beramal bersama kempen Raya Go Shop

Hi Korang,

Go Shop, platform beli-belah dan e-dagang barangan rumah Malaysia telah melancarkan kempen Raya mereka, ‘Biar Biasa Janji Bersama’ bagi menyambut Hari Raya yang akan datang. Kempen yang berlangsung sehingga 22 April 2023 itu akan menampilkan pelbagai rangkaian jenama eksklusif, tawaran istimewa dan inisiatif aktiviti amal.


Sebagai sebahagian daripada inisiatif amal Go Shop, RM1 akan didermakan kepada rumah amal yang dipilih untuk setiap produk yang dibeli sebagai sebahagian daripada kempen ini. Inisiatif ini hanya terpakai untuk produk terpilih yang dipamerkan di program TV Go Shop. Para pelanggan boleh memilih produk daripada pelbagai jenama eksklusif sepanjang kempen termasuk Habib, SIMPLYSITI, FGWalet, Corelle, Nona dan Munif Hijjaz.

Selain itu, para pelanggan boleh menikmati diskaun istimewa apabila menggunakan kod EID12 untuk potongan RM12 dengan perbelanjaan minimum RM150, EID30 untuk potongan RM30 dengan perbelanjaan minimum RM280 dan EID60 untuk potongan RM60 dengan perbelanjaan minimum RM500. Penghantaran percuma juga disediakan di Semenanjung Malaysia pada hari bekerja sepanjang tempoh kempen dan di seluruh negara pada hujung minggu sehingga 16 April 2023.

Untuk pengalaman membeli-belah yang unik dan hebat kepada para pelanggan, Go Shop akan menyiarkan program istimewa secara LIVE sepanjang bulan Ramadan dan Raya, setiap hari pada jam 8 pagi, 9 pagi, 10 pagi dan 11 pagi di saluran Astro 111 dan 118. Go Shop juga berbesar hati untuk memperkenalkan Program GoRewards Loyalty mereka untuk para pelanggan mendapatkan points dengan setiap pembelian yang dibuat. Program ini mempunyai tiga peringkat* :

· GoGold: Para pelanggan yang membelanjakan RM1,500 dan ke atas layak mendapat 50 Go Points

· GoSilver: Para pelanggan yang berbelanja antara RM900 hingga RM1,499 layak mendapat 30 Go Points

· GoBronze: Para pelanggan yang berbelanja antara RM500 hingga RM899 layak mendapat 10 Go Points

Layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store untuk mengetahui lebih banyak tawaran menarik. Jangan lupa untuk menonton Saluran Go Shop di Astro saluran 111 dan saluran 118.


No comments :