Sunday, September 11, 2022

Bergembira Di EURO FUN FAIR TPM Bukit Jalil Dengan Geng Kopian

Hi Korang,

Bile last korang pi funfair?? 
Ermm kak lily rasanya masa anak dara dulu!! Ya ampun that mean dah lebih daripada 13 tahun wei hahahahha.

Ke korang tak pernah jejakkan kaki langsung ke tapak pesta muda mudi nieh!!! Hahahahha kak lily paham ade orang memang tak minat aktiviti macam nie.


Kebetulan masa ktorang bebudak Kopian borak-borak dalam group tercetuslah idea si padil nak pi fun fair nieh, yelah katanya nak release tension. Tapi yang tak best tuh di ajaknya ahad malam which is esoknyer kerja hahahaha tapi sebab dah janji so pegi sajolah.


Lokasinya adalah di Euro Fun fair TPM Bukit Jalil, dekatlah dengan kak lily so dalam kul 8 cam tuh kak lily kuar dari rumah, mr Big malas nak ikut maka ayuhlah kita mengembang kepak tanpa gangguan hahahaha… i love you dear hahahahha


Sesampai je bebudak nie dah belikan tiket masuk, alah sorang RM6 sajor. Ermm boleh sangatlah kan

Permainan Yang Terdapat di EURO Fun Park.

Euro Fun Park memperkenalkan beberapa rides ataupun permainan yang menyerlah untuk dinikmati semua orang. Beberapa tunggangan yang boleh korang cuba termasuklah:


Space Flyer (the newest and tallest ride)
Ferris Wheel
Mega Coaster
Junior rollercoaster
Bumper cars
Haunted house
Merry-go-round
Sky Rider
Vortex
Game booths

Rides terbaharu dan tertinggi di taman ini ialah Space Flyer. Ia adalah menara berayun di mana korang akan diangkat 30 meter ke udara dengan buaian dan berpusing perlahan-lahan. Fikirkan ia seperti kapal angkasa yang berputar tetapi dengan buaian. Matilah nak, memang ktorang tak main langsung pun game nieh.


Mari Tukar Token

Eh betullah harga rides untuk kesemua permainan adalah berbeza. 




So sebab tak tau nak main yang mana so ktorang chip in untuk duit token so hasilnya dapat RM700 then terus tukar. Ya ampun gilerlah RM700 wei boleh bayo kete sebulan tau tak?? 


Tapi sebab nak bergembira ayuh kita hahahaha

Ayuh Bergembira Sampai Jantung Berdebar

Diorg ni memang kaki main games betul, hampir semua rides nak di cubanya. Kak lily main 3 games je daripada banyak-banyak tuh. Ya ampun itu pun dah pening-pening bagai dah. Maklumlah dah tua kan, maka darah gemuruh tuh banyak lah kan.











Memang seronok betullah malam tuh, menjerit tak abis-abis sampai kering tekak di buatnya. Itu belum kira gelak bagai nak rak lagi. Apapun memang seronok release tension malam tuh hah.



Harga tiket masuk adalah seperti di bawah:

Dewasa: RM6

Kanak-kanak: RM4

Kanak-kanak di bawah 2 tahun: PERCUMA!

Alamat: Euro Fun Fair, Meranti Technology Park Malaysia, 57000 Kuala Lumpur

Waktu buka: 6 petang - 11 malam (hari biasa), 6 petang-tengah malam (hujung minggu)

No comments :