Saturday, July 23, 2022

D'Joy Plus Ekstrak Serat Tinggi dengan Enzim, Atasi Masalah Pencernaan

Hi Korang,

Nak citer pasal produk D’Joy Plus yang kak lily cuba baru-baru ini.

Sebenarnya macam nie, kak lily sering mengalami masalah payah untuk membuang air besar akibat daripada cara pemakanan yang tidak seimbang. Yelah mana taknya manis, masam, tawar even pahit terus di telannya, lagipun dengan gaya hidup harian yang tidak menentu mengakibatkan pelbagai masalah perkumuhan yang timbul.

Lebih-lebih kalau travel, lagilah payah sebab corak pemakanan tak menentukan sudahnya jadilah sembelit plak. Aduimak memacam hal bila dah tua-tua ni kan.

Kemudian ada cousin kak lily perkenalkan produk dari M-Plan Sdn Bhd iaitu D’Joy Plus.


D'Joy Plus ialah formulasi minuman serat diet yang berasal dari Perancis. 

D’Joy Plus bukan sahaja kaya dengan serat pemakanan daripada pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran, ia juga diperkaya dengan 17 jenis enzim. Ia adalah minuman yang menggalakkan antioksidan, pelangsingan dan detoksifikasi. D’Joy Plus ialah minuman berkhasiat lazat yang boleh meningkatkan rasa kenyang, menggalakkan metabolisme, menguatkan badan dan membuatkan kita berasa bertenaga dan lebih sihat.

Mengandungi ekstrak makanan lengkap 7 warna bagi melindungi 7 organ dalaman dan menggalakkan detoksifikasi seluruh badan. Ianya tinggi serat dan rendah kalori yang mana ianya boleh meningkatkan metabolism. Di samping itu ianya berupaya untuk membuang najis degil bagi mengelakkan sembelit serta membuang logam berat dalam badan untuk mempertingkatkan probiotik usus


Ekstrak daripada makanan sebenar lengkap dalam 7 warna

Merah – Jantung

Jingga – Perut

Kuning – Limpa

Hijau – Hati

Putih – Paru-paru

Ungu – Buah Pinggang

Biru – Otak

Selain daripada itu kandungan ekstrak serat yang lain seperti Kiwi, Epal, Rumput gandum, Anggur merah, anggur putih, oren, limau gedang, beri biru, betik, nanas, strawberi, aprikot, ceri, blackcurrant, teh hijau, brokoli, kubis hijau, bawang merah, bawang putih, Zaitun, Timun, Asparagus, Tomato dan Lobak Merah


Bahan-bahan lain yang terdapat di dalam D’Joy Plus adalah seperti :

1. Fibersol -2

Prebiotik yang membantu mengekalkan persekitaran usus yang sihat

a. Serat pemakanan digredkan sebagai GRAS dan diluluskan oleh kerajaan Jepun
b. Serat pemakanan larut air yang diekstrak daripada jagung
c. Mengelakkan peningkatan gula darah selepas makan

2. Enzim DigeSEB PRO

17 makanan, pencernaan dan enzim metabolik bercampur

a. Meningkatkan metabolisme, membantu dalam pemecahan makanan
b. Membantu dalam penyerapan nutrien dan penyingkiran toksin dalam badan

3. Oligosakarida Isomalt (IMO)

Mengembalikan keseimbangan bakteria usus

a. IMO sebagai prebiotik menyokong pertumbuhan bakteria usus
b. Menghalang pertumbuhan bakteria patogen
c. Mengelakkan sembelit

4. Wheatgrass

Mengeluarkan logam berat dari badan dengan berkesan

a. Kaya dengan klorofiII, magnesium, besi dan zink sebagai agen anti-radang yang kuat
b. Menggalakkan pertumbuhan semula sel dan penyembuhan luka

5. Pelbagai ekstrak sayuran & buah-buahan

Antioksidan yang tinggi meneutralkan radikal bebas yang berbahaya

a. Melindungi sel badan daripada radikal bebas (metabolisme, diet tidak sihat, tekanan, senaman berlebihan, merokok, alkohol, UV, sinaran, pencemaran & lain-lain
b. Melambatkan proses penuaan



Siapa yang memerlukan D’Joy Plus ini

1. selalu sembelit dan najisnys keras

2. Mempunyai perut kembung dan masalah ketidakhadaman

3. Mempunyai perut buncit, gemuk air dan obes

4. Glukosa darah postprandial yang tidak stabil

5. Selalu makan luar

6. Pemakanan yang tidak teratur

7. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak mencukupi

8. Tidur lewat malam

9. Kulit kusam dan berjerawat, liang pori yang besar

10. Kerap merantau


Cadangan Pengambilan D'JOY Plus

Campur 1 paket dengan 150ml air (suhu bilik), goncang dan minum segera, 2 kali sehari. Minum air secukupnya untuk kesan yang lebih baik

Harga di pasaran adalah RM130 sekotak mengandungi 30 sachets dan boleh dapatkan di platform berikut:

Pertanyaan: 03-55685111

Email: sales@m-plan.com.my

Whatsapp: 6019658-5521

Website : http://www.mplan.com.my/



Layari social media D’Joy Plus di :






#djoyplus #djoyplusfibre #mplan 
#mplanmalaysia #detox 
#healthydrink #healthylifestyle 
#madeinfrance #vegetablesandfruits

No comments :