Saturday, September 25, 2021

SQUID GAME Di NETFLIX – Kisah Kesan Ketamakan Manusia

Hi Korang,

Sekarang nieh tengah trending sekuel drama Korea SQUID GAME di Netflix yang bermula dari 17th September yang lalu.

Korang bayangkan lah laki ahkak Mr Big pun tau pasal citer nieh dari Tik Tok sebab ramai sangat yang buat review pasal citer nieh, eh kagum plak ahkak di buatnyer hah.


Squid Game ini menceritakan tentang 456 peserta dengan masalah hidup tersendiri direkrut dalam satu siri permainan kanak-kanak yang meragut nyawa.

Antara permasalahan yang dihadapi peserta termasuklah hutang keliling pinggang, menjadi pelarian, mencari rezeki di negara orang dan permasalahan mental.

Hadiah kemenangan keluar hidup-hidup daripada pertandingan tersebut adalah wang tunai lumayan berjumlah 45.6 bilion won (RM161 juta).


Hah, bile dah susah di sua plak dengan option cam nie, ermm majoriti orang akan joinlah kan, yelah setakat main games je kan tapi dia tak tau yang kesemua permainannya meragut nyawa.

Di antara para pelakonnya adalah :



Lee Jung-jae as Seong Gi-hun (No. 456)

Park Hae-soo as Cho Sang-woo (No. 218)

Oh Yeong-su as Oh Il-nam (No. 001)

HoYeon Jung as Kang Sae-byeok (No. 067)

Heo Sung-tae as Jang Deok-su (No. 101)

Anupam Tripathi as Abdul Ali (No. 199)

Kim Joo-ryoung as Han Mi-nyeo (No. 212)

Memang kak lily tengok secara marathon sebab nak tau kesudahan cepat-cepat kan, lepas tuh terbaca plak spoiler ishkk sakit nau ati ni lah.



Bagi kak lily :

Jalan ceritanya straight forward tapi plot twistnyer berbelit-belit kan tapi ada yang kak lily target buat perangai tuh memang betul lah kan. Memang betullah juara tuh keluar hidup-hidup dan dapat duit kemenangan tuh, yang ni kak lily salah sebab aku ingat diorang akan bunuh semua sekali orang yang main game nieh.

Bile episod saling bertukar kita akan nampak watak-watak utama ini berkembang dan masa ni lah korang akan mula suka / menyampah dengan watak-watak tersebut. Mana yg helok, elok nau, mana yang hanat tuh mak oi terkeluar hanatnya weii hahahahhaha. Cuma ramai yang komen cakap citer nieh banyak nau dialog kurang action tapi i dont care i likeee !!

Dan nasib ada ending sebab selalunya citer-citer macam ni kite akan kene fikir kesudahannya, so untuk ini tak delah ahkak ko nieh pening kepala tak tidur malam nak berfikir kan.

Tapi sebenarnya citer ni citer sedihlah bagi kak lily sebab dek kerana duit, kita sanggup jadi pembunuh walaupun terpaksa. Yang miskin sanggup bermati-matian untuk mendapatkannya tapi yang kaya sanggup menengok orang-orang miskin berebut duit demi memuaskan hatinya.

Apa-apa pun, ahkak ko bagi 4.5 / 5 stars sebab ahkak lurvvvv…

No comments :