Sunday, April 18, 2021

Hadiahkan Yang Tersayang Dengan Produk Kesihatan Dan Kecantikan Kegemaran Di Hari Raya Ini Dengan Perkhidmatan Hadiah Hari Raya Dalam Talian Istimewa GUARDIAN

Hi Korang,

Bulan mulia Ramadan kini tiba dan Hari Raya bakal menjelma tidak lama lagi!

Namun, dalam suasana norma baru dan PKP yang masih berterusan, menziarahi mereka yang tersayang di seluruh negara masih menjadi perkara yang belum pasti.

Memandangkan cabaran seperti inilah, Guardian Malaysia telah melancarkan satu perkhidmatan hadiah Hari Raya di stor dalam taliannya bagi membolehkan pelanggan menghadiahkan produk kesihatan dan kecantikan kegemaran mereka kepada keluarga, sanak saudara dan sahabat handai! 



Perkhidmatan hadiah itu merangkumi set Bundle Hari Raya yang disusun khas - set GLAM, set SLIMMING, set HEALTHY dan set BEAUTY.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran Jenama, Kesihatan dan Kecantikan, Asia Tenggara berkata: “Perkhidmatan hadiah Hari Raya ini merupakan sebahagian daripada kempen ‘Seiring Ramadhan – Bijak Belanja, Jimat Sentiasa’ kami yang menawarkan potongan harga untuk lebih 1,400 produk. Ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk memberikan lebih banyak nilai kepada para pelanggan walaupun menerusi stor dalam talian.

“Apa yang pelanggan perlu lakukan ialah layari www.guardian.com.my, pesan produk-produk kegemaran di pesta ‘Seiring Ramadhan – Bijak Belanja, Jimat Sentiasa’ Guardian dan hadiahkannya kepada orang yang mereka kasihi.

“Malah, anda juga boleh menyertakan ucapan Hari Raya peribadi kepada yang tersayang. Guardian akan menghantar pesanan anda ke kediaman mereka secara PERCUMA untuk pesanan bernilai melebihi RM100.”

Perkhidmatan hadiah ini bermula dari 12 April sehingga 12 Mei. Belian bernilai melebihi RM150 layak menerima satu HADIAH PERCUMA dan potongan TAMBAHAN sebanyak RM15 daripada bil mereka.



Bagi membolehkan pelanggan memanfaatkan perkhidmatan hadiah ini dengan sepenuhnya, beberapa Set Hadiah Penjagaan Kulit dari Wardah, SNP, Cosmoderm, Safi dan Garnier akan ditawarkan secara eksklusif di stor dalam talian kami sahaja,” tambah Anna.

“Jadi mulakan pemberian hadiah Hari Raya anda segera dengan perkhidmatan hadiah dalam talian istimewa Guardian dan buat pesanan lebih awal kerana set hadiah Hari Raya eksklusif dan set Bundle Hari Raya hanya boleh didapati sementara stok masih ada,” jelas Anna.



Maklumat lanjut boleh didapati di Facebook Guardian Malaysia.






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

No comments :