Saturday, November 21, 2020

Langit Masih Cerah Namun Bagaimana Nasib Taman Tema Ketika Pandemik ?

Hi Korang,

Tahun ini merupakan tahun yang sukar buat semua orang dan pastinya berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini. Ia berikutan kes Covid-19 meningkat naik secara mendadak di negara kita mahupun di seluruh dunia. Banyak industri yang tidak mampu bertahan lama dalam keadaan seperti ini. Kita tidak lagi melihat kabin krew bergegas di lapangan terbang, kita tidak dapat lagi menghadiri konsert di stadium dan banyak lagi. Begitu juga dengan taman tema, tiada jeritan keriangan para pengunjung. Kebanyakan tempat bertukar sepi seperi ‘Ghost Island’. Namun kita semua percaya masih ada sinar harapan buat semua. 

Sunway Lagoon turut menangguhkan acara tahunan yang ditunggu-tunggu iaitu DAY.LIGHT.FRIGHT, buat selama-lamanya berikutan wujud kebimbangan akibat Covid-19. Sunway Theme Parks menutup sementara kedua-dua taman mereka, Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun sehingga 6 Disember 2020 kerana kes Covid-19 meningkat naik dengan mendadak. 

Bagaimana Ingin Menikmati Keseronokan Dengan Norma Baharu ? 

Namun, pihak Sunway Theme Parks masih kekal bertahan dan berusaha mencari inisiatif untuk memberikan keseronokan yang berbeza buat para pengunjung mereka dengan norma baharu. 


Meskipun taman tema mereka ditutup namun pekerja-pekerja mereka tetap komited bekerja serta berlatih sebagai persediaan untuk menyambut pembukaan semula taman tema mereka. 


Pihak Sunway Theme Parks akan menyesuaikan langkah-langkah keselamatan sebagai norma baharu seperti mengamalkan penjarakan fizikal, kapasiti yang terhad, memakai topeng muka, menggunakan pencuci dan banyak lagi. 

Pihak Sunway Theme Parks telah menjawab persoalan orang ramai mengenai standard operasi di taman tema khususnya permainan yang berkelajuan tinggi. 



Mereka telah menjalankan ujian terhadap permainan-permainan mereka lebih daripada 100 kali. Para pekerja telah menguji dengan memakai topeng muka yang berbeza seperti topeng muka. Bukan itu sahaja, mereka turut mengamalkan penjarakan fizikal di tempat duduk permainan mereka. 




Menurut Pengarah Eksekutif Sunway Theme Parks, Calvin Ho berkata “Semua ujian yang dijalankan amat penting jadi kita dapat memastikan keselamatan para pengunjung kami terjamin di samping mereka kekal dapat berseronok. Hal ini kerana, keselamatan para pengunjung adalah keutamaan kami. Pihak Sunway Theme Parks turut memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa bagi memastikan kesejahteraan semua orang kerana kami yakin, standard operasi kami berada pada tahap yang tertinggi. Kami berharap agar industri pelancongan domestik dibenarkan semula dan taman tema kami dapat dibuka tidak lama lagi.”



No comments :