Friday, December 6, 2019

SAFI YOUTH RADIANCE – Gabungan Ekstrak Herba Mewah Untuk Tampil Lebih Muda Dan Cerah Berseri

Hi Korang,

SAFI senantiasa memperbaiki mutu produk-produk keluarannya dan kini SAFI memperkenalkan SAFI YOUTH RADIANCE jenama rangkaian produk anti-penuaan pertama yang menggabungkan teknologi Saffron Gold dengan kombinasi manfaat ekstrak herba mewah Saffron, Nano Gold, Beetox dan Lipo Vit-C di dalam produknya.


Rangkaian produk ini diuji secara dermatologi, BEBAS MINYAK MINERAL, BEBAS ALKOHOL, BEBAS PARABEN, TIDAK DIUJI KEATAS HAIWAN.

Kebetulan jugak kak lily dah kehabisan krim muka dan essence ni so tercari-carilah produk apa lagi yang boleh di cuba kan, ternampak produk SAFI yang terbaru ni so why not akak cuba kan. 

Kalau korang nak tau yang SAFI YOUTH RADIANCE menawarkan dua jenis produk iaitu SAFI Youth Randiance Anti-Aging & Whitening Essence dengan Nano Gold 24K & Saffron dan SAFI Youth Radiance Serum Infused Moisturiser  dengan Nano Gold 24K dan saffron. Setiap satu produk berfungsi melawan masalah penuaan kulit dari faktor luaran, mengurangkan garis halus, mengecilkan pori serta mengekalkan kelembapan kulit sekaligus mengekalkan keremajaan kulit agar cerah berseri.


SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING & WHITENING ESSENCE 

SAFI Youth Randiance Anti-Aging & Whitening Essence dengan Nano Gold 24K diperhebat dengan manfaat nutrisi mewah ekstrak saffron, Beetox dan Lipo Vit-C. Formulasi berasaskan air SAFI Youth Randiance Anti-Aging & Whitening Essence diperhebat dengan Asid Hialuronik yang mengunci lembapan dengan lebih mendalam. Oleh yang demikian ia mampu mempertingkatkan kadar kandungan air di dalam kulit sekaligus mengembalikan keanjalan kulit muka anda.

Produk 2 dalam 1 ini memberikan penghidratan segera, menghaluskan pori serta membantu untuk menyerap manfaat produk yang seterusnya dengan lebih baik.

Diperkaya dengan teknologi Saffron Gold, SAFI Youth Randiance Anti-Aging & Whitening Essence membantu mencegah masalah penuaan luaran dari dalam lapisan kulit, membaiki struktur kulit dengan mencerahkan kulit sekaligus melambatkan proses penuaan.

Ia mengandungi kombinasi nutrisi ramuan mewah kecantikan kulit seperti:

Ekstrak Saffron: Memperbaiki dan mencerahkan kulit wajah

Lipo Vit-C: Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran

Hyaluronik Asid: Menghidrat dan mengunci kelembapan kulit sehingga 24 jam

*Produk ini diuji secara dermatologi


Cara Nak Menggunakan

Tuangkan dengan kadar yang mencukupi ke telapak tangan dan sapu dan ratakan produk di muka. Kemudian di urut lembut dengan hujung jari secara bulatan sehingga meresap sempurna

Pengalaman Kak Lily

Ermm setelah kak lily guna selama 2 hari, of courselah belum Nampak kesan-kesannya tapi once di sapu pada muka terus ianya menyerap ke dalam kulit dan dalam sekejapan kulit kit akan terasa licin dan lembut. Baunya pun wangi.


SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER

SAFI Youth Radiance Serum Infused Moisturiser dengan Nano Gold 24K & Saffron diperhebat dengan manfaat nutrisi ekstrak Saffron, Beetox dan Lipo Vit-C. Dirumuskan untuk menjadi ringan, tidak melekit dan tidak berminyak untuk penyerapan cepat ke dalam kulit.

Serum menyerap lebih mendalam untuk merawat dan melembapkan kulit anda dalam satu aplikasi. Gel krim bertukar menjadi butiran serum kristal saat diaplikasi memberikan anda kulit lembut, licin dan lembap.

Ia mengandungi kombinasi nutrisi ramuan mewah kecantikan kulit seperti:

Ekstrak Saffron: Mengurangkan kadar keterlihatan kedutan pada wajah dan menyuburkan lapisan epidermis kulit wajah

Lipo Vit-C: Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran

Vita-B3: Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata mengurangkan garisan halus dan kulit kusam

*Produk ini diuji secara dermatologi

SAFI Youth Radiance Serum Infused Moisturiser telah terbukti iaitu 67% peningkatan kadar keanjalan kulit yang lebih baik, 75% peningkatan kadar pencerahan kulit. Ianya berdasarkan ujian klinikal, dengan penggunaan rangkaian SAFI YOUTH RADIANCE secara berterusan


Cara Nak Menggunakan

Sapukan produk diwajah dan leher dan urut lembut dengan cara bulatan sehingga bertukar menjadi titisan air. Seterusnya teruskan mengurut dengan lembut sehingga meresap sempurna.

Pengalaman Kak Lily

Ermm setelah kak lily guna selama 2 hari, of courselah belum nampak kesan-kesannya.

Lepas je di sapu pada muka yang dah ada essence tadi bagi kak lily ianya lambat sket nak menyerap ke dalam kulit, kak lily kena mengurut dah kemudiannya barulah ianya menyerap lembut . Baunya kak lily kurang gemar sket hehehe


Rangkaian SAFI YOUTH RADIANCE boleh didapati di WATSONS, GUARDIAN dan AEON WELLNESS seluruh negara pada harga RM55.90 setiap satu


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook: 

Instagram : 



#SAFIYouthRadiance
#RadiateYouth
#Safimalaysia


2 comments :

Umi Nazrah said...

kotak packaging merah tu macam kotak dunhill lak. huhuhuhuhu

Anonymous said...

Kulit berminyak sesuai tak produk ni?