Monday, December 9, 2019

Baja DDR BIO GROW Cetusan Idea Datuk Dr Che Rozmey Che Din

Hi Korang, 

Masih ingat pada Datuk Dr Che Rozmey? 

Yang dulu di kenali sebagai salah sorang usahawan produk kesihatan yang meningkat naik pada tahun 90an dan kemudiannya hilang tanpa berita. 

Ermm ingat pun kan 

Baru-baru ni kak lily berkesempatan berjumpa sendiri dengan Datuk Dr Che Rozmey Che Din tau, meh kak lily citer sket kemana apa sebabnya beliau menghilang. 

Dikhianati teman rapat yang dianggap seperti darah daging sendiri meranapkan kepercayaan dan persahabatan yang digenggam lebih 10 tahun. Empayar yang dibina hasil keringat dan doa orang tersayang musnah gara-gara persahabatan itu disulami dengan iri hati. 

Begitulah kisah usahawan terkenal, Datuk Dr Che Rozmey Che Din yang pernah tersungkur akibat dikhianati bekas penasihat peribadi dan kewangannya ketika namanya berada di puncak.


Sedih pula bila mendengar cerita Datuk Dr Rozmey ni, yelah orang yang rapat dengannya boleh berperangai sebegitu, semuanya kerana duit. 

Kini, Dr Rozmey bertekad untuk bangkit membina semula empayarnya dengan memperkenalkan produk terbaru, DDR Bio Grow, baja organik kombinasi formula bio dan lautan yang dihasilkan menerusi penyelidikan serta kajian saintifik teknologi terkini.


Dr Rozmey memperkenalkan satu formula unggul melalui rumusan khas 27 jenis bakteria hidup yang boleh dibahgikan kepada 7 kumpulan yang memberi manfaat. Baja DDR mengandungi bahan organik seperti asid amino, asid fulvic, rumpai laut dan dan bahan bukan organik seperti NPK dan unsur surih. 

Ketika ditanya mengapa menceburi bidang pertanian sebagai alternatif, beliau berkata, idea menghasilkan produk baja tercetus ketika me Ii hat sektor pertanian berdepan masalah kurang hasil dan serangan makhluk perosak berulang. 

Melihat kepada permasalahan itu, Dr Rozmey bekerjasama dengan rakannya, seorang pakar kimia dalam polimer bagi menghasilkan baja yang dapat membantu petani meningkatkan hasil pertanian. 

"Kami ambil masa hampir dua tahun untuk proses pemba--ngunan dan penyelidikan bagi penghasilan baja ini. Pada peringkat permulaan, ia diberikan kepada rakan terdekat untuk menggunakannya. Pasaran baja ini dipromosikan dari mulut ke mulut dalam kalangan petani yang telah menggunakannya. Dari situ pengguna baja ini terus meningkat dari masa ke semasa," katanya.


Katanya, DDR Bio Grow adalah baja polimer yang diekstrak daripada kulit udang dan cengkerang ketam menerusi teknologi biosains dan fasiliti makmal terkini. 

"Menerusi kajian dijalankan mendapati kuasa bio mampu membantu menjadikan tanah subur dan gembur serta kaya dengan organik dan bakteria yang baik. la memberikan pulangan hasil tanaman tinggi, perkembangan buah dan tanaman memuaskan, menggalakkan akar lebat, serapan air dan baja yang efektif, tanaman sihat dan hijau serta pembesaran tanaman cepat," katanya. 

"Selain itu, baja ini turut mengandungi hasil lautan iaitu kitosan dan rumpai laut sebagai pendorong pembesaran dengan meningkatkan pemecahan sel-sel tumbuhan bagi merangsang pertumbuhan dan pembesaran lebih baik selain mempercepatkan peningkatan proses fotosintesis. Pertahanan dan sistem imunisasi tumbuhan dengan memperbaiki keupayaan daya pertahanan terhadap jangkitan kuman dan serangan serangga serta penggalak tumbuhan dan perkembangan has ii buah dengan peningkatan keupayaan serapan unsur nutrien dalam tanaman. Selain itu, ia juga r:nerawat serangan penyakit bermula daripada akar, batang hingga hasil. la juga mengurangkan kos baja dan rawatan pokok serta meningkatkan pendapatan petani," katanya. 

Kini, sejak mula diperkenalkan di pasaran tempatan pada awal tahun lalu, DOR Bio Grow menerima sambutan menggalakkan dalam kalangan petani, terutama pesawah. 

"Antara respon diterima ialah, pesawah mendapat hasil padi sebanyak 80 peratus daripada 0.3 hektar (1 relung) bersamaan 2.3 tan hingga 2.5 tan. Sebelum ini, hasil padi adalah 1.3 tan hingga 1.5 tan sahaja," katanya.


Di antara jaminan yang diberikan kepada para pelanggan :- 

Jaminan hasil padi meningkat sehingga 100% (1 kali ganda) Sehingga 1 tan metrik / RM1400. 

Jaminan kos pembajaan bersepadu untuk pengurusan tanaman padi jimat sehingga 50% (kurang separuh) 

Tanaman padi bebas dari penyakit bawaan benih BLB, BPB dan serangan makhluk perosak. 

Bebas dari penggunaan racun kimia. Jimat kos guna racun kimia sebanyak RM300 untuk serelung. 

Petani dan pengguna bebas dari bahaya kesan buruk racun kimia terhadap kesihatan.

Ni ada beberapa testimoni kak lily kongsikan pada korang ek




Melangkah ke hadapan, beliau yakin pasaran sektor pertanian mempunyai peluang yang besar dengan sebahagian besarnya masih belum diterokai oleh syarikat tempatan. 

"Kini kami dalam proses rundingan dengan beberapa agensi kerajaan untuk memperluaskan penggunaan DOR Bio Grow sebagai pembekal utama baja kepada petani. Dalam tempoh beberapa tahun lagi, kami yakin mampu meraih sekurang-kurangnya lima peratus pegangan pasaran dalam penawaran baja organik kepada petani," katanya. 


DDR Bio Grow didatangkan dalam saiz 1 liter bagi kegunaan 1.3 hektar sawah semusim (RM65) dan 4 liter pada harga RM199. 

Sebarang makluman boleh menghubungi Dr Rozmey di talian 012 2627125 atau 012 5688446 

WHATSAPP LINK (STAFF DDR) - untuk pertanyaan dan pembelian 








Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook: 

Instagram : 





No comments :