Wednesday, August 23, 2023

Projek57 & PACS Meningkatkan Sokongan kepada Komuniti Orang Asli, Bina Prasekolah Baharu

Hi Korang,

Seiring dengan persiapan negara untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66 dan Hari Malaysia, semangat perpaduan dan kemerdekaan kian terasa. Bagi Projek57, sebuah perusahaan sosial di mana projek komunitinya adalah berinspirasikan wawasan keterangkuman Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman, matlamatnya untuk menggalakkan harapan di kalangan rakyat Malaysia sambil meningkatkan kehidupan anak-anak muda yang kurang bernasib baik telah mencapai tahap baru tahun ini.


Projek57 bersama penyokongnya telah mengumpul dana dan membina sebuah prasekolah baru untuk manfaat kanak-kanak Orang Asli di Gua Musang, Kelantan. Pendaftaran pertama akan melibatkan 25 kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun pada Januari 2024.

Dengan sebahagian besar inisiatif Projek57 tertumpu kepada kanak-kanak Orang Asli yang kurang bernasib baik sejak ditubuhkan pada tahun 2015, Projek57 percaya bahawa penerapan nilai pendidikan dari usia muda merupakan faktor utama dalam mencapai kehidupan yang bermatlamat.

Pengasas bersama Projek57, Syed Sadiq Albar berkata, "Pendidikan boleh menjadi kesaksamaan yang luar biasa. Ia dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk maju tanpa mengira latar belakang, bangsa, atau budaya. Sebab utama kami memulakan projek prasekolah ini adalah untuk mempersiapkan kanak-kanak Orang Asli dengan lebih baik untuk ke sekolah rendah yang lebih mencabar untuk kumpulan yang kurang bernasib baik. Dengan membantu mereka memulakan perjalanan pendidikan mereka dari usia muda dengan peralatan yang sesuai dan makanan berkhasiat, mereka akan dapat permulaan yang lebih baik dan semoga ini dapat membantu mereka untuk terus belajar dan berkembang maju.”

Menurut Projek57, sekitar RM100,000 diperlukan setiap tahun untuk mengekalkan operasi prasekolah dan infrastrukturnya. Ini termasuk menyediakan makanan harian yang sihat untuk semua kanak-kanak semasa tempoh persekolahan.

Tambah Syed Sadiq, “Projek prasekolah ini direka secara modular dan boleh direplikakan dengan mudah di lokasi dan komuniti lain yang memerlukan kemudahan pendidikan sedemikian. Kami percaya bahawa prasekolah awal ini dapat menjadi pemangkin untuk membina lebih banyak prasekolah dibina, dengan lebih banyak rakan kongsi yang mempunyai nilai teras yang sama.”

Sumbangan Prudential Ampri Cleanroom Services (PACS) iaitu penyokong tegar Projek57 telah memainkan peranan penting dalam usaha kolaboratif untuk membina prasekolah dari awal.

Ketua Pegawai Eksekutif PACS, Phng Wee Kiat, mengongsi nilai-nilai patriotik Projek57 dan kasih sayang terhadap negara. Beliau berkata, "Kami memilih untuk bekerjasama dengan Projek57 kerana matlamat mulia mereka untuk menyediakan sokongan pendidikan dan peluang lain bagi perkembangan berterusan Orang Asli. Sebagai rakyat Malaysia, Orang Asli juga memerlukan pertolongan kami untuk membantu kemajuan masyarakat mereka. PACS amat berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada projek prasekolah ini untuk memperkasa melalui kesaksamaan pendidikan.”

Perkongsian ini akan diteruskan dengan Projek57 sebagai platform tanggungjawab sosial korporat utama PACS. Selain daripada program prasekolah perintis dan rancangan untuk mereplika program tersebut untuk membina prasekolah di bahagian lain negara ini, ia juga termasuk penglibatan kakitangan PACS dan jualan barangan Projek57 untuk mengumpulkan lebih banyak dana bagi projek-projek masa depan.

Collin Swee, pengasas bersama Projek57, berkata “Perpaduan tetap menjadi matlamat Malaysia yang diperjuangkan untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama atau budaya. Kami telah dapat meningkatkan kesedaran dan sokongan yang lebih besar bagi komuniti kurang bernasib baik di Malaysia menerusi usaha kami ini. Dengan ‘Unity Ribbon’, inisiatif lain, dan penjualan barangan, kami berharap untuk menyentuh lebih banyak kehidupan dan terus membakar harapan seluruh rakyat Malaysia seiring dengan pembangunan negara."

Simbol akrab yang berhubung kait secara rapat dengan tujuan Projek57 iaitu Unity Ribbon, telah diilhamkan oleh Jalur Gemilang.



Pertama kali diperkenalkan pada 2018, ‘Unity Ribbon’ kini telah direka semula menjadi pewter. Dibuat oleh Royal Selangor, versi baru ‘Unity Ribbon’ yang menarik ini akan dijual setiap satu pada harga RM63, dan 100% daripada keuntungan yang dijana daripada jualan akan digunakan untuk membiayai program-program Projek57. Pewter ‘Unity Ribbon’ ini boleh dibeli di semua kedai dan bilik pameran Royal Selangor. Selain itu, kain ‘Unity Ribbon’ masih boleh dibeli secara dalam talian dari Projek57 dan di semua cawangan Pos Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.projek57.com/ atau lawati laman Facebook Projek57 di https://www.facebook.com/projek57, laman Twitter di https://twitter.com/projek_57 atau laman Instagram di https://www.instagram.com/projek57/.


Tuesday, August 22, 2023

Tambang Penerbangan Hebat: Agoda Mendedahkan Laluan Penerbangan Domestik, Serantau dan Antarabangsa Termurah Dari Malaysia

Hi Korang,

Dalam mendepani kemelut inflasi, para pelancong seantero dunia sentiasa mencari tawaran terbaik yang tersedia. Bagi memudahkan para pelancong mendapatkan tawaran sedemikian, platform pelancongan digital Agoda berkongsi laluan penerbangan termurah yang telah ditempah oleh para pelancong dari Malaysia menerusi platform Agoda pada awal Ogos.



Dengan adanya ribuan laluan penerbangan dari Malaysia untuk dipilih di Agoda, para pelancong dari Korea mempunyai akses kepada tambang yang bermula serendah RM42. Tambang penerbangan termurah Malaysia telah menduduki tempat ketiga di antara 10 pasaran Asia Pasifik bagi tambang penerbangan domestik terendah. Thailand dan Filipina berkongsi tempat pertama – masing-masing menawarkan harga penerbangan domestik bernilai RM37.

Dalam peringkat serantau, Malaysia menduduki tempat pertama dengan tambang penerbangan ke Singapura bernilai RM56. Laluan penerbangan Kuala Lumpur – Sydney, yang merupakan penerbangan termurah dari Malaysia dalam ranking antara benua, menduduki tempat ke-6 dengan harga tempahan RM934. Warga India menikmati tambang penerbangan antara benua yang paling berpatutan di mana penerbangan dari Delhi ke Dubai boleh didapati pada harga RM418 sahaja.

Menurut Pengarah Malaysia dan Brunei Agoda, Cleland Robertson: “Adalah hebat melihat para pelancong menemukan tawaran penerbangan yang menakjubkan di Agoda. Tawaran sebegini membuktikan bahawa adanya promosi hebat yang boleh didapati sekiranya anda bersedia untuk bersifat fleksibel dengan syarikat penerbangan, laluan dan masa penerbangan. Harga tambang sudah tentu akan berubah seiring dengan peningkatan dalam permintaan, dan kami berusaha untuk membantu anda mendapatkan harga terbaik pada bila-bila masa sahaja anda bersedia untuk menaiki penerbangan, baik penerbangan domestik, serantau, mahupun merentas benua.”

Tambang penerbangan paling berpatutan dari Malaysia:

Domestik: Kota Bharu (KBR) -> Kuala Lumpur (KUL), RM42

Laluan penerbangan domestik termurah yang ditempah di Malaysia berlepas dari ibu negeri Kelantan, Kota Bharu. Destinasi penerbangan tersebut ialah Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Penerbangan ini, dengan tempoh sekitar 70 minit, telah ditempah sekitar awal bulan ini dengan harga RM42 sahaja, menjadikannya antara penerbangan termurah yang telah ditempah menerusi platform Agoda.

Serantau: Kuala Lumpur (KUL) -> Singapura (SIN), RM56

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura telah ditempah dengan harga sekitar RM56 sahaja. Negara jiran, Singapura yang terkenal dengan persekitaran yang bersih, pengangkutan awam yang efisien dan pelbagai tarikan lain hanyalah sejarak penerbangan berdurasi 70 minit.

Antara benua: Kuala Lumpur (KUL) -> Sydney (SYD), RM934

Dari Opera House dan Harbour Bridge yang terkenal di seluruh dunia hingga ke Blue Mountains dan Pantai Bondi… ramai akan bersetuju bahawa Sydney adalah antara destinasi terbaik untuk menikmati pengalaman di Australia. Penerbangan selama 8 jam dari Kuala Lumpur ke Sydney telah ditempah pada awal bulan ini dengan hanya RM934.

Agoda telah mengambil kira tambang keseluruhan bagi setiap penumpang, termasuk cukai dan caj tambahan, di sepuluh pasaran merentasi Asia Pasifik. Tambang-tambang ini merupakan tambang termurah yang didapati daripada tempahan sebenar melalui platform Agoda dari 1 Ogos hingga 14 Ogos bagi perjalanan sekitar September dan Oktober tahun ini.

Agoda telah membina reputasi di persada antarabangsa selaku sebuah platform tempahan pelancongan dalam talian bagi hotel dan rumah percutian dan telah menyaksikan tempahan penerbangan mengambil tempat semenjak pelancaran platform tersebut pada tahun 2019. 

Kini terdapat 130,000 laluan penerbangan tersedia untuk ditempah menerusi platform Agoda.


Monday, August 21, 2023

Bluberries Wonders Workshop Anjuran OREGON Washington Bluberries, Banyak Info Dapat Di Pelajari

Hi Korang,

Hari tuh sempat kak lily sertai bengkel masak-masak Blueberries Wonders di KL Wellness City, Bukit Jalil. Ermm seronok betul dapat jumpa rakan-rakan influencers yang lelain jugak hah.


Sebelum acara bermula haruslah bergambar-gambar seperti biasa kan, itu adalah perkara wajib bagi ktorang influencers comey nie hehehhe

Pelbagai aktiviti disediakan penganjur Oregon Washington Blueberries, di antaranya seperti perkongsian informasi tentang manfaat buah blueberries, demonstrasi masakan dan aktiviti menyediakan resepi menggunakan buah blueberries.


Encik Eddie Saw wakil dari Total Market Solutions telah berkongsi kebaikan blueberries yang kini mendapat perhatian sebagai buahan yang hebat dengan ciri antioksida dan bagaimana kepentingan buah blueberries ini dalam diet harian.

Seterusnya slot perkongsian mom influencer Iman Azman yang turut berkongsi mengapa beliau memilih blueberries sebagai ruji dalam diet. Ini adalah kerana blueberries dapat memberi nilai pemakanan yang luar biasa dan serba boleh yang boleh dimasukkan ke dalam hampir semua hidangan dan minuman.


“Anak-anak kecil saya sangat sukakan blueberries dalam kek cawan. Sebagai ibu saya berasa lebih yakin untuk menambah bahan-bahan segar dan berkhasiat ke dalam snek dan minuman kegemaran mereka” kata Iman lagi





Acara masak-masak diserikan lagi kehadiran Chef Zie Zie, yang menunjukkan demonstrasi masakan Blueberry Rosemary Grilled Chicken Poke Bowl . Kami semua berpeluang menyaksikan sendiri gabungan perisa blueberries dapat menjadikan hidangan lebih enak dan manis secara semulajadi.




Selain daripada menyaksikan demo masakan, kami juga sempat belajar dan membuat sendiri Tart Mini Keju Krim Blueberry serta Minuman Blueberry Colada yang cukup menyegarkan.

Simple bebenau wei… boleh buat sendiri di rumah jer


Sebelum pulang, setiap peserta diberikan sijil penyertaan. Dan kami semua sempat menikmati hidangan yang cukup enak disediakan oleh pihak penganjur, Oregon Washington Blueberries.

Apa yang penting buah blueberries, merupakan buah bersaiz kecil yang kaya dengan antioksida. Ianya dapat memberikan pelbagai manfaat kesihatan serta menguatkan sistem imun terutama dalam menyokong kesihatan jantung.


Buah blueberries bebas kolesterol, kaya dengan Potassium dan Vitamin C yang tinggi, menjadikannya salah satu pilihan utama makanan hebat kepada mereka yang menggayakan gaya hidup yang sihat. Oregon Washington Blueberries dipilih dengan teliti, hanya blueberries berkualiti terbaik sahaja dipilih.


Jangan lupa untuk dapatkan Oregon Washington Blueberries di pasar raya dan kedai runcit utama.