Tuesday, August 22, 2023

Tambang Penerbangan Hebat: Agoda Mendedahkan Laluan Penerbangan Domestik, Serantau dan Antarabangsa Termurah Dari Malaysia

Hi Korang,

Dalam mendepani kemelut inflasi, para pelancong seantero dunia sentiasa mencari tawaran terbaik yang tersedia. Bagi memudahkan para pelancong mendapatkan tawaran sedemikian, platform pelancongan digital Agoda berkongsi laluan penerbangan termurah yang telah ditempah oleh para pelancong dari Malaysia menerusi platform Agoda pada awal Ogos.



Dengan adanya ribuan laluan penerbangan dari Malaysia untuk dipilih di Agoda, para pelancong dari Korea mempunyai akses kepada tambang yang bermula serendah RM42. Tambang penerbangan termurah Malaysia telah menduduki tempat ketiga di antara 10 pasaran Asia Pasifik bagi tambang penerbangan domestik terendah. Thailand dan Filipina berkongsi tempat pertama – masing-masing menawarkan harga penerbangan domestik bernilai RM37.

Dalam peringkat serantau, Malaysia menduduki tempat pertama dengan tambang penerbangan ke Singapura bernilai RM56. Laluan penerbangan Kuala Lumpur – Sydney, yang merupakan penerbangan termurah dari Malaysia dalam ranking antara benua, menduduki tempat ke-6 dengan harga tempahan RM934. Warga India menikmati tambang penerbangan antara benua yang paling berpatutan di mana penerbangan dari Delhi ke Dubai boleh didapati pada harga RM418 sahaja.

Menurut Pengarah Malaysia dan Brunei Agoda, Cleland Robertson: “Adalah hebat melihat para pelancong menemukan tawaran penerbangan yang menakjubkan di Agoda. Tawaran sebegini membuktikan bahawa adanya promosi hebat yang boleh didapati sekiranya anda bersedia untuk bersifat fleksibel dengan syarikat penerbangan, laluan dan masa penerbangan. Harga tambang sudah tentu akan berubah seiring dengan peningkatan dalam permintaan, dan kami berusaha untuk membantu anda mendapatkan harga terbaik pada bila-bila masa sahaja anda bersedia untuk menaiki penerbangan, baik penerbangan domestik, serantau, mahupun merentas benua.”

Tambang penerbangan paling berpatutan dari Malaysia:

Domestik: Kota Bharu (KBR) -> Kuala Lumpur (KUL), RM42

Laluan penerbangan domestik termurah yang ditempah di Malaysia berlepas dari ibu negeri Kelantan, Kota Bharu. Destinasi penerbangan tersebut ialah Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Penerbangan ini, dengan tempoh sekitar 70 minit, telah ditempah sekitar awal bulan ini dengan harga RM42 sahaja, menjadikannya antara penerbangan termurah yang telah ditempah menerusi platform Agoda.

Serantau: Kuala Lumpur (KUL) -> Singapura (SIN), RM56

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura telah ditempah dengan harga sekitar RM56 sahaja. Negara jiran, Singapura yang terkenal dengan persekitaran yang bersih, pengangkutan awam yang efisien dan pelbagai tarikan lain hanyalah sejarak penerbangan berdurasi 70 minit.

Antara benua: Kuala Lumpur (KUL) -> Sydney (SYD), RM934

Dari Opera House dan Harbour Bridge yang terkenal di seluruh dunia hingga ke Blue Mountains dan Pantai Bondi… ramai akan bersetuju bahawa Sydney adalah antara destinasi terbaik untuk menikmati pengalaman di Australia. Penerbangan selama 8 jam dari Kuala Lumpur ke Sydney telah ditempah pada awal bulan ini dengan hanya RM934.

Agoda telah mengambil kira tambang keseluruhan bagi setiap penumpang, termasuk cukai dan caj tambahan, di sepuluh pasaran merentasi Asia Pasifik. Tambang-tambang ini merupakan tambang termurah yang didapati daripada tempahan sebenar melalui platform Agoda dari 1 Ogos hingga 14 Ogos bagi perjalanan sekitar September dan Oktober tahun ini.

Agoda telah membina reputasi di persada antarabangsa selaku sebuah platform tempahan pelancongan dalam talian bagi hotel dan rumah percutian dan telah menyaksikan tempahan penerbangan mengambil tempat semenjak pelancaran platform tersebut pada tahun 2019. 

Kini terdapat 130,000 laluan penerbangan tersedia untuk ditempah menerusi platform Agoda.


No comments :